Ahad, November 21, 2010

Gulai Ayam Jantung Pisang

Bahan-Bahan


1 ekor ayam dipotong 12 (Seeloknya Ayam Kampung)
1 buah jantung pisang dipotong 8
7 ulas bawang merah (kecil) } tumbuk
4 ulas bawang putih } tumbuk
1/2 inci halia } tumbuk
2 bungkus rempah kari daging

2 camca besar kerisik
1 keping asam keping
100 gm santan pekat
4 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Menumis

4 ulas bawang merah } hiris halus

3 ulas bawang putih } hiris halus

1 tangkai daun kari

2 cm halia } hiris

Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih.


Cara Memasak
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, dan halia.
2. kemudian, bancuhkan bahan2 yang ditumbuk tadi didalam mangkuk bersama-sama dengan serbuk kari dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan bahan menumis.
4. Masukkan pula bahan2 bancuhan tadi. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan secawan air dan kemudian masukkan ayam.
6. Masukkan lagi air santan dan kerisik, biarkan ianya mendidih sehingga ayam separuh masak.

7. Masukkan jantung pisang,asam keping dan garam, biarkan hingga empuk.



4 ulasan:

azieazah berkata...

Salam SHANIZA..
hmm guna Ayam Kampung. Menarik. Pertama kali saya tahu Gulai Ayam Kampung boleh campur Jantung Pisang.

Mesti sedap tuh...

cemomoi berkata...

daging kurban tak abih lagik ni camana nak buat gulai ayam?

ahsfantasy24 berkata...

bentny...
nk ugax...!!!
hehhe lme xjnguk sis cni..

hrap2 chat slalu :)

Lana~Bulu berkata...

Setahu teman..jantung pisang ni dok makan sebagai ulam saja..rebuih..hee