Ahad, Januari 23, 2011

Cream Puff



Cream Puff
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya
1. Ayak tepung dan garam.

2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.


3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Inti Kastard
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara membuatnya
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.

3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

4 ulasan:

aidah berkata...

Salam Shaniza,
sy suka makan cream puff ni tapi tak pernah buat lagi

cemomoi berkata...

tunggu orang jemput

Nieza berkata...

tq singgah my blog...btw sedap nengok cream puff ni.my fav ni nanti boleh cuba ni..:)

shaniza berkata...

To aidah..
Anak2 suka le makan, saya kurang sikit.

To cemomoi..
Jemput le..sila oi sila....

To Nieza..
He..he..try jgn tak try.