Ahad, April 25, 2010

Steam Chicken & Black Pepper



Bahan:

2 keping isi ayam }

1 camca teh Sos Tiram }

1 camca sedang Kicap Cair }

2 ulas bawang putih (cincang halus) }

1 camca sedang minyak bijan } perap selama sejam

½ camca besar Perencah lada Hitam }

1 camca sedang Sos Cili Thai }

1 camca sedang Sos Tomato }bancuh sekali

1 cawan air }

100 gm sayuran campur

½ biji bawang besar (dadu)

1 biji tomato (dipotong baji)

minyak untuk menumis

Hiasan

Cili merah

Daun bawang


Cara membuatnya

1. Kukus ayam yang telah diperap sehingga empuk.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang telah didadu.

3. Masukkan bancuhan Perencah lada Hitam, Sos Cili Thai dan Sos Tomato.

4. Masukkan tomato yang dipotong baji dan sayuran campur.

5. Apabila sos agak pekat, angkat dan tuang di atas ayam yang telah dikukus tadi.

6. Hidang dan hias.

3 ulasan:

aidah berkata...

Salam Shaniza,

Anak sy kalau nengok menu ni mesti dia suruh buat.

shaniza berkata...

Salam..
Cubalah..ni adalah salah satu resepi ciptaan saya utk pertandingan memasak.

Werdah berkata...

Salam shaniza.

Sedap nampak ayam ni.