Jumaat, April 30, 2010

Nasi Kerabu



Dah 5 hari aku tahankan diri tak makan nasi. Tapi hari ni salah seorang kawanku belanja makan, aku pun tak dpt nak tolak. Dia belanja nasi kerabu yg sehari dua ni asyik ada dimindaku...

Aku pernah juga buat nasi kerabu ni (dengan kawanku) masa ada gerai jualan di sekolah dulu. Resepi nasi kerabu ni, aku ikut dlm buku dan pernah tengok kawanku yg telah berpindah semula ke Kelantan membuatnya..

Bahan-bahan (utk 5 org)
6 cawan nasi putih atau nasi warna biru.

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara menyediakannya:
1. Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
2. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

SAMBAL KELAPA

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.


Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Sedikit belacan - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 cm halia - kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai - hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:
1. Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.

2. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

SOLOK LADA


10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak.

3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


CILI PADI JERUK

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.

2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.


Cara Menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, kuah dan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

2 ulasan:

azieazah berkata...

Baru pagi tadi saya bersembang2 dgn kawan nak makan Nasi Kerabu.. ohhh sungguh terliur..

Ada juga yang makan dengan budu dan keropok kan?

apapun memang sangat sedap tuuu...

shaniza berkata...

Mcm2 cara org makan nasi kerabu. Ada yg letak rendang atau ayam percik ganti ikan. Kuah budu mesti ada baru terangkat...