Ahad, Disember 13, 2009

Garam Belacan

Garam belacan ni boleh makan dengan buah-buah yang muda macam mempelam muda, asam muda, kedondong, jambu atau buah-buah yang kita suka. Kalau betik muda, pencicah dia lain pulak.

Kat bawah ni aku letakkan resepi garam belacan...

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 ketul belacan sebesar ibu jari.
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api (boleh dilebihkan kalau nak berasap telinga)
  • 5 sudu kicap lemak manis
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali kicap dalam blender kering. Blend sampai hancur.
2. Dah hancur, tuang dalam bekas. Masukkan kicap. Gaul.
3. Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.

Jom cicah.... ada yang meleleh ayaq lioq tak?

16 ulasan:

Nida berkata...

Salam...

Alamak meleleh ler pulak air liur ni tengok gambar dalam n3 ni...hehe

Kalau saya suka cicah dengan garam jer.. (pelikkan?)

rosnanie berkata...

Salam.. ala kak niza ni sajer jer kasi ayaq lioq orang meleleh... hehehe... nasib baik kt rumah memang ada buat jeruk mempelam (bapak sedara bagi)

Biasa saya buat garam belacan ni tak blend pun, campur2 jer sume dalam mangkuk pastu tang cili tu picit2 jer

Arianni berkata...

Salam Shaniza,

Eeeee..terliur nyer!!
Memang sedap sehingga menjilat jari..hehehe

shaniza berkata...

To Nida..
Waalaikumusalam..
Sebut cicah dengan garam pun dah rasa masamnya...
Tak pelik lah.. akak pun kadang2 suka cicah garam terutama garam bukit.

To rosnanie..
Waalaikumusalam..
Sedapnya jeruk mempelam, tp sayang kena pantang makan jeruk.. hu..hu..hu.
Cara tu la yg akak buat dulu.. depa gelak sbb depa kata yg tu gula kicap.(tp tak letak belacan)
Garam belacan mesti blend dan halus serta pekat campurannya.

shaniza berkata...

To Arianni..
Waalaikumusalam..
Hi..hi..hi.. sedap, memang sedap. Tak sedar boleh habis 2/3 biji pelam sala sekali makan (anak2 paling suka)

rosnanie berkata...

kak niza
makan 2 3 biji pastu gigi mula ngilu, alahai...
kak niza, sy buat jeruk tak guna cuka, guna aiskrim soda jer, tambah gula sikit

linda berkata...

salam,

huhu..kecuq ayaq liuq tgk gambo tu.kalu org joho biase letak kicap dan gule je.dah kire ngancam la tu..

sedap2..hehe

a kl citizen berkata...

assalammualaikum shaniza

kecur air liur...

shaniza berkata...

To rosnanie..
Yang byk makan ni anak2 perempuan.. akak takat 4/5 kali suap je..tak tahan masam.
Mesti sedap jeruk guna aiskrim soda.. nk cuba la juga. Tima kasih..

To Linda..
Waalaikumusalam..
Betul...tempat lain buat cicah ni simple je tp di Perlis ni depa demand sikit. Kena buat jenis likat, kalau tak depa dok peleceh je..
Di Johor, pisang goreng pun ada pencicahnya kan. Tak pernah rasa..

To a kl citizen..
Waalaikumusalam..
Kenapa ye bila kita tengok benda masam, kecur air liur?
Tapi bila saya mengandung tak teringin pun nk makan garam belacan ni...tp hubby pulak yg makan sampai 2/3 biji sala sorang2.

sekuntum mawar berduri berkata...

salam...

Baru baca resepi dah rasa terliur, tu belum dapat makan lagi tu .

Kalau saya buat garam belacan, saya letak atas api sat bagi dia cayaq lepas tu bagi dia sejuk baru makan hak yang lebih simpan dalam peti ais bolehlah tahan lama sikit.

shaniza berkata...

Waalaikumusalam..
Mcm2 cara boleh buatkan? Yg penting sedap bila dicicah. Kalau dok gebang lagi syok menyicah..sedar2 habis semangkuk garam belacan..

blogresipi.com berkata...

Salam kak,
kite dah sampai nk makan garam belacan akak nie.heheheh..cedappp nyer!

Ivo Serentha and Friends berkata...

This dish must be really good, congratulations to the cook

Good start of week

azieazah berkata...

Heeee... sedap nih.. sedapppp... Lama tul tak mencicah ni..

Rasa macam dah lama tak buat. Biasanya beli yang ready maid jerrr

shaniza berkata...

To Blogresepi..
Waalaikumusalam..
Jemput le makan, tapi jangan byk sgt (takat rasa je)sbb Mikail kecik lagi kan..

To Ivo Serentha..
Thank you 4 joining us.
Please visit us again..

To azieazah..
Memang sedap...org itali pun mai nak rasa garam belacan ni..

Yg beli tak pedas sgt dan rasa mcm kuah rojak. Buat sendiri lebih terangkat...

muraisenja berkata...

kecur ayaq lioq ....