Rabu, Disember 09, 2009

Piza Kari Ayam

Hari ni aku buat piza utk anak2. Dah lama tak buat...sesekali buat, sedap juga. Mungkin kau org ada resepi piza yg lebih menarik toppingnya. Topping aku, ikut dan je...apa yg ada le. Kebetulan ada kari ayam, jd piza ni piza kari ayam. Kalau nk letak sambal bilis, kari daging, sate atau udang pun boleh. Sambal tumis petai gamak2nya boleh tak? hi..hi..hi...tak pernah cuba. Petua nk bg doh ni naik....pastikan masa nk buat doh ni, cuaca panas (tak hujan).

Jenis2 doh yg guna yis ni kena buat dlm keadaan panas. Kalau lembab, yis tak nak biak atau naik... doh yg buat pun tak menjadi dgn elok. Waktu rehatkan doh, boleh jemur seketika di panas matahari atau letakkan berhampiran ketuhar panas( jgn letak dlm ketuhar lg). Doh akan naik dgn cepat... Ni pesanan guru aku masa sekolah menengah dulu...lama dh. Cikgu aku ni pun dh pencen kot..aku tak pernah jumpa dah. Aku ingat lg pesan dia sbb aku suka tajuk yis (donat n pau), pastri, flan atau biskut yg dia ajar. Seronok bila menjadi...terutama sekali pastri kelopak, cantik!

A. Bahan-bahan kulit piza

200 gm tepung roti / tepung gandum (ayak)
1 sudu besar margerin / 1 susu besar minyak zaitun
1 sudu kecil gula
5 gm /1 sudu kecil yis segera
125 ml susu segar / air suam + susu tepung/ susu pekat
sedikit garam
* boleh letak sebiji telur jika suka.(jd lembut kulit doh)

B. Bahan topping
* ikut suka kau org le nk letak apa... aku letak kari ayam yg dicarik2 isinya.
kalau nk letakkan tuna pun sodap...
kalau nk jdkan cara barat, letakkan cili benggala, hirisan sosej, keju parut, oregano.. atau apa2 yg kau org suka

Cara membuatnya :
1. Campurkan yis dgn susu suam dan gula. (biar yis naik )
2. Campur tepung dgn garam dan masukkan marjerin.
3. Gaul ramas marjerin dan tepung dgn hujung jari. ( bagi berderai)
4. Buat lubang tengah-tengah tepung dan masukkan campuran yis. Gaul dan uli sehingga sebati.


5. Bila dah sebati (doh tak melekat pd tangan), rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sebaiknya tutup dgn kain maslin.


6. Selepas doh naik, uli sedikit dan letakkan atas pan piza. Ratakan dan cucuk dgn garfu kulit tersebut.

7. Sapukan mayonis pd kulit piza.


8. Letakkan sos cili, sos tomato dan kari ayam atau apa saja topping yg nak.


9. Taburkan sayur campuran.


10. Bakar di dalam ketuhar sampai garing. Bila dah masak (mcm gambar atas) angkat dan hidang.

Piza aku ni sebenarnya tak ikut sukatan pun... aku main agak2 je. Anak-anak tak suka letak keju atau terlampau banyak sayur, jadi buat piza bodo je le... tu pun habis sehingga menjilat jari.
Kulit tu kalau tak nak tebal (mcm aku buat), nipiskan dan bahagikan kepada 2 pan.

14 ulasan:

azieazah berkata...

Waaa terror tu buat piza.. Saya cuma pandai setakat buat Maggi Piza jer.. tak guna tepung tapi guna maggi..

Kakcik Seroja berkata...

Salam Niza...

kalau guna roti arab utk buat piza boleh tak? Cuma tambah topping je ;-) (dasar pemalas la kakcik ni..)

nz berkata...

oven sy suka menghangitkan kek and biskut wlupon suhunya dah setting betul2.

nape ek.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To azieazah...
tak terror lah.. takat ngajar budak sekolah lepas le.

To kakcikseroja..
Waalaikumusalam..
Boleh guna roti arab kalau nk cepat. Tp anak2 saya tak suka guna roti arab sbb rasa kering dan tak rasa 'kenyal' roti dia.

To inas..
oven tu dah patut bolilen je...
hi..hi..hi.
oven inas jenis elektrik ke gas? sebaiknya hantar servis kalau masih elok.
kalau nk elak cepat hangit, (oven dulu2) ummi sha letak bekas air (jenis aluminium/steel)pd bah bawah oven..jd kek tak mudah hangit.

Unknown berkata...

Piza sambal tomis petai tu adalah pilihan perdana buat teman..
Nanti bila buat ..habaq mai noo..

rosnanie berkata...

kak niza, pizza homemade ni memang feveret saya tapi kat home memang tak pernah made, hehe... nak buat karipap pun malas ler ni

Cikgu Zam berkata...

salam, emmmm bestnye , dal lama saya mencari resipi nak buat kulit pizza yang lembut, thanksssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To LB..
Betoi ke nk makan piza petai ni? Mcm mana la rupa nya nanti...

To Rosnanie..
Akak ni ikut mood juga.. time rajin semua boleh buat tp kalau mood 'm' tu datang, beli juga...hi..hi..hi.

To Cikgu Zam..
Rajin rupanya cikgu masak memasak.. beruntung sapa yg kawin dgn cikgu nanti.
Nk dptkan kulit piza yg elok, kena pilih tepung yg kurang gluten mcm tepung roti atau tepung berprotein tinggi. Kalau guna tepung gandum biasa, tekstur dia akan jd kasar dan berat..

Aidah berkata...

Kalau rajin sy nk cuba lak buat piza. Selama ni tak pernah buat lagi, sebab malas nk menguli dohnya

Junie Octovian berkata...

Tak apa cikgu, biar bodo2 dulu kerana 'practice makes perfect' hehehe...

Junie Octovian berkata...

Tak apa cikgu, biar bodo2 dulu kerana 'practice makes perfect' hehehe...

Junie Octovian berkata...

Tak apa cikgu, biar bodo2 dulu kerana 'practice makes perfect' hehehe...

Junie Octovian berkata...

Tak apa cikgu, biar bodo2 dulu kerana 'practice makes perfect' hehehe...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

wow..kak Junie, sekali komen keluar 4 hihihi. Ya, practice makes perfect'. Cuma sekarang malas sikit.. FB punya pasallah ni.