Isnin, Jun 29, 2009

Pais Ikan Kukus Ideal

Pada minggu lepas telah berlangsung pertandingan memasak untuk sekolah menengah tajaan Nestle Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi negeri Perlis. Sekolah ku telah muncul sebagai johan pertandingan dan akan mewakili Perlis ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah. He..he..glamour sekejap aku dan tiga orang pelajarku.. Masing-masing asyik bertanyakan resepi pais yang menjadi "resepi kemenangan" dan ada yang meminta untuk merasanya.

Anak-anakku yang menyertai pertandingan

Chef Muluk sebagi chef jemputan dan juga juri pertandingan.

Jadi untuk tidak menghampakan kawan-kawan, aku letakkan gambar dan juga resepinya sekali. Buat la sendiri, senang je..



PAIS IKAN KUKUS IDEAL
Bahan:
1 potong isi ikan (rebus ambil isinya)
1 camca besar udang hidup ( potong kecil-kecil)
2 camca besar Susu Sejat Ideal
½ camca teh Serbuk Belacan
1 camca teh Serbuk Pati Ikan Bilis Maggi
1 camca sedang air asam jawa
1 batang serai (mayang halus)
½ biji telur
½ cawan kelapa parut
1 helai daun kunyit (hiris)
1 helai daun limau purut (hiris)
2 helai daun pisang ( untuk membungkus)
Sedikit garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili kering
1 sm kunyit hidup
3 -5 biji lada hitam
1 biji buah keras
5 – 7 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan kesemua bahan dan bahan kisar. Gaul sebati.
2. Kemudian bungkuskan dengan daun pisang.
3. Kukus selama 20 minit. Bila masak, angkat.

Resepi ni hak milik aku, tapi siapa-siapa yang nak salin dan buat boleh saja.. Tapi janganlah ambil resepi ni untuk masuk pertandingan yang sama dengan aku. Takut nanti pihak penganjur reject kau orang punya penyertaan pula..

p/s cucu sutera kasih oii..tokcik dah letak resepi ni..cucu buat la ye..bubuh ikang selayang lagi sedap..Terengganu banyak ikang fresh, mesti sedapppp...

6 ulasan:

suterakasih85 berkata...

salam...
dh2 wahh kecur air liuq nih tokcik..
copy n paste deh?
ana tak wat masuk pertandingan ...hihi
sedapnyeeee...

Pengasas berkata...

Salam Shaniza,
Jadi ke nak buat pais daun anggur?

hamba berkata...

salam..
mmm.. dulu pernah jugak buah pais nie.. tapi lain skit la..
Bezanya,
-ikan x perlu direbus dulu.. letak ikan mentah dlm dan pisang..
-guna ikan kecik yg diguna (mcm seluang, karim).
-ikan dipanggang.. bkn direbus..

Dida... berkata...

Salam Shaniza...

Thanks for the recipe...

p/s: Saya dh baca comment shaniza ttg n3 terbaru saya dan saya dah delete info & link beliau.. dan saya nak minta maaf juga krn sy terpaksa delete comment shaniza krn takut menimbulkan perbalahan di antara kawan2 saya di sini.... ini saya buat utk kebaikan bersama... harap shaniza tak berkecil hati... walau apapun.. saya faham apa yg shaniza cuba sampaikan dan saya akan lebih berhati2 apabila merujuk kepada mana2 ahli agama... tetapi tak semestinya ilmu yg beliau ada tak boleh diguna pakai langsung.... walaupun beliau seorang yg biadap.. tp ilmu yg beliau smpaikan tak adalah menyesatkan.. boleh diterima lagi.. wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

wah tokcik..pais ikan ni mcm sedap je..hmm tak penah cuba lagi..insyaAllah saya cuba tapi xtau lagi bila..hehe.. biasanya saya jumpa pais ikan dengan tempoyak..pais tu dibalut dgn daun kunyit dulu pastu baru bungkus dgn daun pisang..pastu bakar..
nak pakai aluminium foil pun boleh tapi tak original la rasanya..best lagi guna daun pisang ngan daun kunyit..

shaniza berkata...

Suterakasih:
copy le..buat jgn tak buat..tapi jgn guna ikan kap sudah..

Pengasas:
Pais daun anggur, mungkin coming soon..daun anggur tak ada lagi.

hamba:
pais ni banyak caranya..ini cara saya dan cara ni lebih mudah. InsyaAllah menjadi..

Dida:
cubalah buat resepi ni..ada ke daun kunyit dan limau purut di Madinah?

tanpa nama:
Pais dengan tempoyak, mesti best kan..tukar resepi nak?