Rabu, Julai 22, 2009

Biskut Koko Rangup

Biskut yang dibuat dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas (gaul hujung jari je) senang dibuat dan kemenjadiannya..insyaAllah boleh jadi. Marjerin atau mentega perlu dibekukan dan dipotong kecil-kecil sebelum digaul ke dalam campuran tepung. Waktu gaul dengan hujung jari, 'tarik' menghala ke atas ketulan tepung dan mentega agar menjadi berderai seperti serbuk roti.

Resepi biskut koko ni agak mudah dibuat dan sedap dimakan. Kedua-dua anak perempuan ku buat sendiri tanpa bantuanku. Hasilnya memang boleh dibanggakan cuma disebabkan biskut tidak ditekan kuat dan rata, biskut jadi mudah pecah. Tapi sebab ni kali pertama mereka berdua buat sendiri..aku kata ok. Lepas ni diaorang nak buat lagi, nak dapat hasil yang lebih baik.. chaiyo!

Bahan-bahan
50 gram mentega (Bekukan dalam peti sejuk)
*70 gram tepung
*15 gram serbuk koko
*1/8 camca teh serbuk kulit kayu manis
*1/4 camca teh baking powder
*40 gram gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar ke 180C. Alas dulang dengan kertas surih.
2. Potong mentega sebesar 1 cm.
3. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *.
4. Ramas-ramaskan dengan hujung jari mentega dan bahan ayak sehingga jadi seperti serbuk roti.
5. Ambil 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam dulang dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. (pastikan betul-betul padat supaya bila dipotong tidak berderai)
6. Ambil adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
7. Bakar selama 25-30 minit.
8. Potong memanjang 1-2cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Adunan yang aku bagi ni boleh hasilkan lebih kurang 18 hingga 21 keping je..kalau nak lebih, tambahkan adunannya sendiri.
Ni le biskut koko rangup yang anak aku buat...

3 ulasan:

Dida... berkata...

Salam Shaniza..

Sudah terasa nak berhari raya pulak.. hehe.. padahal Ramadhan baru nak muncul..

Terima kasih bg resipi yg mudah ini... teringin nak buat biskut raya.. tp dkt sini.. byk sgt benda yg x ada.. membantutkan keinginan nak buat...

Balik Malaysia pun dah seminggu raya... tumpang makan je lah... :)

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Waalaikumusalam..
Anak-anak ni tak kira waktu, kalau rasa nak makan diorang buat je.
Balik raya ni tentu dah ramai yang tunggu...he..he..'angpau' mesti tebal!

maszilawati berkata...

mmg nampak mudah dan menarik tp sy takde alat untuk menyukat leh x bg yg guna cawan