Isnin, Mei 03, 2010

Puding Koktel Bersos Aiskrim Vanila



Bahan untuk puding;

Bahan A.

4 gm serbuk agar-agar

75 gm gula pasir

250 ml sirap koktel


Bahan B.

125 gm susu sejat / susu cair

1 biji kuning telur

½ camca teh tepung kastard


Bahan C.

½ tin koktel buah-buahan

½ camca besar mentega


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A hingga mendidih.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi.

3. Masukkan bahan C ke dalam gelas sundae dan tuang campuran bahan AB tadi. Biar beku.

4. Tuang sos vanila di atasnya dan hias dengan ceri.


Bahan untuk sos vanila;

Bahan A

50 ml Susu Rendah Lemak

50 ml air


Bahan B

25 ml Susu Rendah Lemak

1 biji kuning telur

25 gm gula kastor

½ camca teh esen vanila

½ camca teh tepung jagung


Bahan C

1 camca besar Aiskrim vanila


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A seketika.

2. Putar bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.

3. Masak semula kedua-dua bahan tersebut. Angkat.

4. Masukkan Aiskrim Vanila dan setelah sejuk, tuangkan sos di atas puding.


4 ulasan:

azieazah berkata...

Salam Kak Shaniza... puding ni kalu makan sejuk dingin, mesti best nihh..

Unknown berkata...

kurangkan manis dalam masakan ..lebihkan manis dalam senyuman tapi biar bertempat..

Cikgu Zam berkata...

salam,
aduhaiiii sejukkkk je rase kerongkong saya ni haa

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To azieazah..
Salam.. kalau sejuk memang sedap dan menyegarkan..

To LB..
senyum tak bertempat nanti org dok mengumpat..hi..hi..hi.

To Cikgu Zam..
Salam..memang sedap! Cubalah buat..