Sumber gambar dan artikel di sini
Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru.
Bahagian yang paling mujarab terletak pada hati arnab. Untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen ini, sebaiknya ia dimasak menggunakan konsep merebus. Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.
Hati arnab juga mempunyai composisi yang baik untuk mengubati penyakit asma. Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.
Manakala penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.
Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan.
Bahan:
1 ekor arnab yang siap diproses (dipotong kecil2)
5 Batang serai (kisar halus)
½ kilo bawang merah (kisar halus)
200 gram halia (kisar halus)
300 gram lengkuas (kisar halus)
50 gram jintan manis (kisar halus)
30 gram jintan putih (kisar halus)
50 gram kunyit (kisar halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam
Cara membuat satay arnab;
Untuk kuah Satay
1. Daging arnab yg dipotong kecil diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan.
2. Bakar seperti membakar satay biasa...Untuk kuah Satay
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya;
1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay arnab.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.
Sumber gambar drp pakcik google.
9 ulasan:
Sorang kawan saya dulu pernah gunakan hati arnab (atau daging, saya lupa) dan bawa pegi berubat untuk dapatkan zuriat. Saya tidak pasti sejauh mana keberkesanannya, tapi selepas 18 tahun kosong, beliau mengandung jua...
dulu pnah bela dan makan daging arnab, sedap. semelih dan lapah sendiri rasa lain macam sebab tengok macam kucing la plak tapi bila pekena... perghh
x nak mkn arnab...
mkn daging ayam n lembu je...
arnab comey, x sanggup... huhuhu
To azieazah..
Tak brapa pasti kalau utk kesuburan tp kalau utk kurangkan asma, insyaAllah. Tp apa pun dgn izin Allah.
To cemomoi..
Saya makan juga daging arnab yg siap proses sbb tak nampak mcm arnab dah. Kalau kena sembelih dan proses sendiri rasanya tak sanggup juga..
To inas..
kalau dh masak, rasa dia pun tak dpt beza arnab atau ayam. Sedap..
tak tertelan lah pulak
salam...
Bila nak jamu kami ngan satey arnab ni...
Salam Shaniza.
Dulu ada kawan bela arnab dan memang dia ada kedai makan, memang pernah diberi kepada kak siap dipotong dan dibersihkan, kak masak kari je lah dan goreng, kak memang suka, burger daging arnab pun suka.
Aslkm... jika ada buat satey arnab saya mahu membeli tulang arnab pd bahagian kaki yg tidak dipotong2 boleh wasap saya 0173739420 t.kasih
Aslkm... jika ada buat satey arnab saya mahu membeli tulang arnab pd bahagian kaki yg tidak dipotong2 boleh wasap saya 0173739420 t.kasih
Catat Ulasan