Jumaat, Mei 28, 2010

Daging Gulai Kawah. (Drp lembu yg ditag)


Ini adalah lembu wasiat yg ditag oleh cikgu Normah (a kl citizen).
Sebenarnya lembu ni patut ditag kepada beberapa org kawan lain. Tapi aku nak ubah sikit tag kali ni. Disebabkan lembu ni dah merayau masuk ke blog2 org lain, maka lembu ni patut disembelih dan dibuat kenduri. Lagi pun kan sekarang musim org buat kenduri kawin kan! Lembu ni rasanya, cukup utk semua..jemput la jamu selera...Resepi gulai daging kawah ni pun dr blog chef Hanieliza...Sedappppp!!

DAGING (lembu) GULAI KAWAH
Sumber : FP Hanieliza

Bahannya
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Jemput la makan...gulai lembu kawah dah siap!! Nak bawa balik pun boleh atau bagi kat sapa2 yg bagi lembu tag ni sebelum ni...hi..hi..hi.

6 ulasan:

nz berkata...

sy suka daging masak kicap or masak merah kering..

tak bape suka gulai daging..

;p

al-lavendari berkata...

boleh pinjam tupperware ?

Guru berkata...

bau wangi sampai ke rumah acik...
dah selamat dah lembu ni ya

Werdah berkata...

Salam acik.

sedap gulai daging lembu masak kawah. sekarang nipun jika ke kenduri kahwin di rumah saudara yang masih tinggal di kampung dapat merasa.

terokai seni berkata...

masa dok klate dulu orang kata masak gulai kawah sedap, dah jenis bukan kaki makan pulak tu stigma dok rasa nasi kawah orang kawin ni biasanya tak brapa mengancam, jadi tak berapa nak jalan le...

Cikgu Zam berkata...

ohh gulai kawahhhh..............