Khamis, Jun 03, 2010

Rendang Pedas Rusa

Musim cuti sekolah telah bermula. Banyaklah panggilan kenduri yg perlu kita hadiri. Jika anda ingin mengadakan kenduri, apa kata cuba resepi ini sebagai salah satu lauk utk tetamu atau pengantin..


  • 1 kilo daging rusa (potong sederhana kecil)
  • 600 ml santan (dari 1 biji kelapa)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping gula kabung atau 2 inci gula melaka.
  • 1/3 cawan kerisik
  • 2 - 3 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan Kisar:-

  • 4 sudu besar cili kering kisar (jika nk lebih pedas, boleh lebihkan cili )
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 2 biji isi buah keras

Cara-Cara:-

  1. Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan daging rusa dan masak dengan api perlahan. Biar air dari daging tu keluar dan daging mesra dengan bahan.
  2. Bila air daging tadi kelihatan surut, masukkan santan, asam gelugor dan serai yg telah ketuk. Biarkan mereneh dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan daging. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan daging tadi. Angkat dan hidangkan.

4 ulasan:

ummu berkata...

salam shaniza
sedapnya rendang ni
dulu masa hamil pernah mengidam nak sate rusa.syukur alhamdulillah dapat

hamba berkata...

salam..
err..
mana mau cari daging rusa?

Cikgu Zam berkata...

salam, terima kasih ye kak, boleh la try nanati mase saya nikah, tapi taktau bile lagi hahahah

anismi berkata...

Salam akak..
Mesti seronok cuti sekolah ni...dok kat rumah dan boleh mencuba pelbagai resepi...lepas ni bolehlah cuba cari resepi yang lain pulak...