Ahad, November 21, 2010

Gulai Ayam Jantung Pisang

Bahan-Bahan


1 ekor ayam dipotong 12 (Seeloknya Ayam Kampung)
1 buah jantung pisang dipotong 8
7 ulas bawang merah (kecil) } tumbuk
4 ulas bawang putih } tumbuk
1/2 inci halia } tumbuk
2 bungkus rempah kari daging

2 camca besar kerisik
1 keping asam keping
100 gm santan pekat
4 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Menumis

4 ulas bawang merah } hiris halus

3 ulas bawang putih } hiris halus

1 tangkai daun kari

2 cm halia } hiris

Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih.


Cara Memasak
1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, dan halia.
2. kemudian, bancuhkan bahan2 yang ditumbuk tadi didalam mangkuk bersama-sama dengan serbuk kari dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak didalam periuk, tumiskan bahan menumis.
4. Masukkan pula bahan2 bancuhan tadi. Tumis hingga naik bau.
5. Masukkan secawan air dan kemudian masukkan ayam.
6. Masukkan lagi air santan dan kerisik, biarkan ianya mendidih sehingga ayam separuh masak.

7. Masukkan jantung pisang,asam keping dan garam, biarkan hingga empuk.



Isnin, Oktober 11, 2010

Kuih Mua Chi

Hari ni aku nak kongsi satu resepi yg aku belajar masa di sekolah dulu. Kuih ni senang je nak buatnya. Rasanya pun sedap. Orang Cina suka buat kuih ni.
Darlina, Rosnaim atau kawan2 yg dok tanya resepi baru....mesti cuba resepi ni. Jangan dok kumpul je tapi tak cuba...hi..hi..hi.

Bahan.

3 sudu besar tepung pulut
9 sudu besar air
2 sudu besar kacang tanah (tumbuk)
1 sudu besar bijan goreng
2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak

Cara Membuatnya.
1. Bancuh tepung pulut dengan air sehingga sebati.


2. Masukkan minyak masak

3. Gaulkan kacang tanah tumbuk, bijan goreng dan gula.


4. Masak bancuhan tepung pulut atas api yg perlahan hingga pekat tanpa berketul atau bergentel.

5. Tuang ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan kukus adunan selama 10 minit atau sehingga masak.


6. Angkat dan keluarkan dari loyang. Sejukkan dan potong kecil-kecil seperti gambar di atas. Gaulkan dengan campuran kacang, bijan dan gula tadi.


7. Dah siap utk dimakan...

Rabu, September 15, 2010

Keli Bakar, Wadik Haruan.

1. Buat pertama kalinya aku beraya tanpa ibu dan ayah... Raya kali ni aku balik ke kampung dan beraya bersama-sama abang2 dan adik. Buat kali pertamanya aku ke rumah abang sulungku yg baru dibina di kampung isterinya.

Suasana perkampungan banjar di Titi Tinggi mengimbau memori sewaktu kecilku. Dulu kalau ke rumah saudara di Tebuk Haji Musa atau Bukit Merah, aku sering terlopong jika mendengar mereka bersembang...cakap 'arab' (banjar) mana aku nak faham.. Walaupun ayahku berketurunan banjar tapi kami tak dilatih utk berbahasa banjar...

Abangku mengusahakan ikan keli kolam dan menternak arnab daging.


ini adalah sebahagian ikan di kolamnya.


ini adalah ikan yg dijala di dalam sungai berhampiran rumahnya..


Malam tu kami bakar je ikan2 yg dijala dan ikan keli.. kemudian cicah dengan 'ayaq asam'

2. WADIK..

Kak Iparku pandai menyediakan wadik (perkasam banjar) dan pelbagai ikan dibuatnya, haruan, sepat dan puyu. Ada yg order melalui facebook abangku. Ha..kalau kau org nak boleh order le kat aku..


Wadik...inyak sarupa mcm pekasam tp wadik hingkat bertahan 6-12 bulan...sabab cara ma'ulah nyak kadak sarupa...lg satu iwak nang biasak di ulah wadik ialah iwak sapat/puyu/talapia

Cara ma'ulah wadik

- iwak sapat/puyu/talapia
- uyah nang ganal2 (kasar)
- asam gelugor/asam kaping
- baras basangan, di ulah samo (ditumbok.di giling halus)
- cabai karing
- bawang halui
- gula (amun sukak)

Proses

- iwak di siangi, basuh iwak hingga langis, tes kan satumat kamudian iwak dibarasi, andaki uyah. Jgn kalupanan andaki juak dlm parot iwak
- Taburkan uyah dalam guri/wadah, susun ikan selang seli wan uyah
- biar di paja 3-5 hari
- talah 3-4 hari, tuskan banyu wadik. imbah tu jarang banyu wadik tuh
- kabohkan samo, cabai karing, bawang halui, gula wan iwak. Masukkan banyu wadik td
- paja sakurang2 nya saminggu, inyak hanyar nyaman dimakan
*masa maulah wadik gula jgn bnyk sgt, jika talabih gula bila digoreng iwaknya jd hirang bangat.
amun kulaan handak, hingkat aku padahkan ka abg ku, inya bisa ma'ulah wadik...nyaman bangat..

p.s: sorry basurah banjar campur melayu

JANGAN HAIRAN YE...SEBENARNYA CAKAP BANJAR TU AKU COPY JE DARI BLOG NI...


Inilah wadik haruan yg aku goreng dengan cili kering campur bawang...memang 'nyaman'..

Sabtu, Julai 31, 2010

KENALI JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

1. TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

2. TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

5. TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

6. TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

7. TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

8. TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

9. TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

10. TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

11. TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

12. TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

13. TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

14. TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

15. TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

16. TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

17. TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

18. TEPUNG ROSE
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

19. TEPUNG HONGKONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

20. TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

21. TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

22. TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

Sabtu, Julai 17, 2010

Bingka Ubi Kayu

Harga barang dah naik.. tiba-tiba teringatkan ubi kayu yang pernah menjadi santapan 'ruji' penduduk Tanah Melayu zaman Jepun. Arwah ibuku pernah menceritakan penderitaan yang ditempuh sepanjang zaman tersebut. Masa tu arwah ibuku masih kanak-kanak dan makanan mereka pada masa tu, seadanya sahaja. Pada masa tu arwah Tok Wan ku tinggal di Matang Gerdu, Perak dan merupakan seorang guru. Ubi kayu dimasak dengan pelbagai resepi hinggakan kulit ubi kayu pun dimakan juga...buat kerabu atau goreng macam kerepek.

Tapi takkan la kita pun nak balik ke zaman tu kan? Apa pun mari kita cuba resepi bingka ni.. makan masa hujan tentu sedappp..


Bahan-bahannya:

1 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan buang airnya (sejat)
150 gram gula pasir
1/2 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning - jika perlu
1 biji telur (dipukul )
250 ml santan daripada 1/2 biji kelapa

Cara membuatnya:

1. Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk

2. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur.

3. Kacau, kemudian masukkan santan kacau lagi hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.

4. Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya.

5. Bakar pada suhu 300 darjah Celsius, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan. Biar sejuk sebelum dipotong.

Sabtu, Julai 10, 2010

Acar Buah Ibuku

Sudah dua minggu ibuku kembali ke Rahmatullah (25.6.2010). Sebelum ni arwah telah menyatakan kepada adikku akan mengajarnya menyediakan acar buah utk katering yg adik aku usahakan. Tapi hasrat tersebut tidak kesampaian dan esok acar yg akan dihidangkan utk katering adikku adalah dimasak oleh tukang masaknya sendiri... Rasanya tak kan sama dengan 'air tangan' ibuku yg memang pandai memasak...

Aku pernah belajar buat acar buah ni dulu dan resepinya lebih kurang seperti di bawah...



Bahan-bahan.

  • 4 biji limau jeruk (boleh dibelah dua atau ikut suka)
  • 10 biji belimbing buluh
  • 20 biji jeruk cermai
  • 1 cawan kismis
  • 10 biji buah prune
  • 10 biji kurma ( belah dua )
  • 20 biji bawang merah ( biar sebiji-sebiji)
  • 8 biji bawang putih ( biar sebiji-sebiji)
  • 250 asam boi merah
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • sedikit cili api jeruk ( jika suka )
  • sedikit bijan goreng
  • 1 1/2 cawan cili kering yg kisar
  • 1/2 botol kecil cuka putih
  • 2 1/2 cawan gula (ikut rasa )
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 5 biji bawang merah ( kisar )
  • 3 biji bawang putih ( kisar )
  • 1 cawan minyak utk menumis
Cara menyediakannya.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar.

2. Bila cili garing masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

3. Bila telah wangi baunya, masukkan gula dan cuka. Biar gula larut dan pekat. Masukkan buah2an serta bawang. Masak hingga pekat dan agak kering.

4. Akhir sekali masukkan bijan goreng. Angkat dan sejukkan.

* Acar akan lebih sedap setelah sehari dimasak..

Selasa, Jun 08, 2010

Roti Bakar Mata Kerbau

Semua jenis roti mengandungi lemak yang rendah dan boleh membekalkan protien, karbohidrat dan serat. Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan
tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Kadangkala anak2 sukar utk makan makanan yg disediakan. Apa kata cuba resepi ini utk menarik minat anak2 makan terutamanya sarapan pagi.

Bahan;

1/2 buku roti
4 biji telur ayam (kecil)
Mayonis
serbuk lada sulah/ lada hitam
daun sup

Cara Menyediakannya;

1. Ambil sekeping roti dan potong bulat dibahagian tengahnya, seperti dlm gambar.
2. Sapu sekeping roti lain dengan mayonis.


3. Letakkan kepingan roti yg berlubang di atas roti yg disapu mayonis tadi.
4. Pecahkan telur ditengah2 lubang roti tadi.


5. Bakar roti sehingga garing dan telur menjadi separuh masak.
6. Letakkan lada sulah dan hirisan daun sup di atas telur spt dlm gambar.

7. Hidang dan siap utk dimakan...selamat mencuba.

Khamis, Jun 03, 2010

Rendang Pedas Rusa

Musim cuti sekolah telah bermula. Banyaklah panggilan kenduri yg perlu kita hadiri. Jika anda ingin mengadakan kenduri, apa kata cuba resepi ini sebagai salah satu lauk utk tetamu atau pengantin..


  • 1 kilo daging rusa (potong sederhana kecil)
  • 600 ml santan (dari 1 biji kelapa)
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping gula kabung atau 2 inci gula melaka.
  • 1/3 cawan kerisik
  • 2 - 3 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • 5 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan Kisar:-

  • 4 sudu besar cili kering kisar (jika nk lebih pedas, boleh lebihkan cili )
  • 20 ulas bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 2 biji isi buah keras

Cara-Cara:-

  1. Tumis bahan-bahan kisar. Masukkan daging rusa dan masak dengan api perlahan. Biar air dari daging tu keluar dan daging mesra dengan bahan.
  2. Bila air daging tadi kelihatan surut, masukkan santan, asam gelugor dan serai yg telah ketuk. Biarkan mereneh dan santan agak surut.
  3. Masukkan kerisek, garam dan gula kabung. Masak lagi sambil dikacau sesekali hingga kuah rendang pekat dan bersalut dengan daging. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kunyit yang dihiris tadi dan tutup api. Gaul-gaul rata daun kunyit dengan daging tadi. Angkat dan hidangkan.

Jumaat, Mei 28, 2010

Daging Gulai Kawah. (Drp lembu yg ditag)


Ini adalah lembu wasiat yg ditag oleh cikgu Normah (a kl citizen).
Sebenarnya lembu ni patut ditag kepada beberapa org kawan lain. Tapi aku nak ubah sikit tag kali ni. Disebabkan lembu ni dah merayau masuk ke blog2 org lain, maka lembu ni patut disembelih dan dibuat kenduri. Lagi pun kan sekarang musim org buat kenduri kawin kan! Lembu ni rasanya, cukup utk semua..jemput la jamu selera...Resepi gulai daging kawah ni pun dr blog chef Hanieliza...Sedappppp!!

DAGING (lembu) GULAI KAWAH
Sumber : FP Hanieliza

Bahannya
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Jemput la makan...gulai lembu kawah dah siap!! Nak bawa balik pun boleh atau bagi kat sapa2 yg bagi lembu tag ni sebelum ni...hi..hi..hi.

Ahad, Mei 23, 2010

Satay Arnab.


Sumber gambar dan artikel di sini

Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru.
Bahagian yang paling mujarab terletak pada hati arnab. Untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen ini, sebaiknya ia dimasak menggunakan konsep merebus. Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.
Hati arnab juga mempunyai composisi yang baik untuk mengubati penyakit asma. Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.
Manakala penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.

Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan.
Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita mula berjinak-jinak dalam aktiviti pemakanan daging arnab. Kita mulakan dengan satay arnab...

Bahan:

1 ekor arnab yang siap diproses (dipotong kecil2)
5 Batang serai (kisar halus)
½ kilo bawang merah (kisar halus)
200 gram halia (kisar halus)
300 gram lengkuas (kisar halus)
50 gram jintan manis (kisar halus)
30 gram jintan putih (kisar halus)
50 gram kunyit (kisar halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Cara membuat satay arnab;

1. Daging arnab yg dipotong kecil diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan.

2. Bakar seperti membakar satay biasa...

Untuk kuah Satay

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay arnab.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.


Sumber gambar drp pakcik google.

Ahad, Mei 16, 2010

Donat / Donat sambal

350 gm tepung gandum } ayak sedikit dengan garam
80 gm marjerin
6 camca besar susu cair (suam)
2 camca teh gula halus
1 biji telur dipukul
25 gm yis kering
minyak masak
gula halus untuk sadur

Cara:
1. Gaul ramas tepung dengan marjerin
2. Sediakan campuran yis - susu cair + yis
3. Campurkan ke dalam tepung dan gaul hingga doh lembut, letak tepi sekejap (20 minit)
4. Uli sebentar, bahagi doh kepada beberapa bahagian
5. Buat le bulat dan lubangkan, goreng...


Doh yg telah siap utk dibentuk


Lepas ditoskan, gaulkan dgn gula halus atau gula aising


kalau rajin boleh letak, coklat masakan yg telah dicairkan dan hias ikut kegemaran.


*boleh juga buat bulat2 tanpa lubang, letak sambal bilis dan timun jd donat sambal. Atau boleh letak inti kacang utk donat manis...

p/s Sumber gambar drp pakcik google.

Jumaat, Mei 07, 2010

Kuih-kuih Daripada Pastri Rapuh

Resepi asas pastri rapuh: (boleh menghasilkan 7-10 bj karipap)

120 gm tepung gandum
1/4 camca teh garam
45 gm marjerin sejuk beku (letak dlm peti ais sekejap)
3-4 camca sedang air sejuk

Cara nak buat:
1. Ayak tepung dengan garam, masukkan marjerin yang telah dipotong2.
2. Gaul dan ramas marjerin dengan tepung (hujung jari je) sampai jadi macam serbuk roti
3. Masukkan air sejuk dan uli hingga dapat doh yg lembut tapi tak melekat.
4. Bahagikan doh kpd beberapa bahagian dan canai dengan torak.
5. Letak inti karipap..dah jadi karipap, letak inti sayur jadi epok2 tapi kalau nak buat sardin gulung letak je sardin dan bakar.

* Inti Karipap.
  • 250gm ubi kentang - potong dadu
  • 100gm bawang besar- potong dadu
  • 50 gm daging - potong halus
  • minyak
  • 1 sb rempah kari (campur sedikit air)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • garam
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan seketika baru masukkan daging.
3. Masukkan garam dan biar ubi kentang empuk. Angkat dan sejukkan.


Karipap


Epok-epok sayur

* inti epok-epok sayur.
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(kesemua bahan di atas ditumbuk atau dimesin halus)
400 gm taugeh
1/2 biji sederhana sengkuang (hiris halus mcm btg mancis)
1/2 batang lobak merah (hiris halus mcm btg mancis)
garam
minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau dan biar sebentar sehingga separuh masak.
3. Masukkan taugeh dan garam. Jgn biar terlalu lama agar taugeh tak layu
4. Angkat dan sejukkan.


Sardin Gulung.

* Inti sardin gulung;
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji cili Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, cili merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
6. Tumis hingga betul² garing.

* Sumber gambar drp pakcik google....

Isnin, Mei 03, 2010

Puding Koktel Bersos Aiskrim Vanila



Bahan untuk puding;

Bahan A.

4 gm serbuk agar-agar

75 gm gula pasir

250 ml sirap koktel


Bahan B.

125 gm susu sejat / susu cair

1 biji kuning telur

½ camca teh tepung kastard


Bahan C.

½ tin koktel buah-buahan

½ camca besar mentega


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A hingga mendidih.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi.

3. Masukkan bahan C ke dalam gelas sundae dan tuang campuran bahan AB tadi. Biar beku.

4. Tuang sos vanila di atasnya dan hias dengan ceri.


Bahan untuk sos vanila;

Bahan A

50 ml Susu Rendah Lemak

50 ml air


Bahan B

25 ml Susu Rendah Lemak

1 biji kuning telur

25 gm gula kastor

½ camca teh esen vanila

½ camca teh tepung jagung


Bahan C

1 camca besar Aiskrim vanila


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A seketika.

2. Putar bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.

3. Masak semula kedua-dua bahan tersebut. Angkat.

4. Masukkan Aiskrim Vanila dan setelah sejuk, tuangkan sos di atas puding.


Sabtu, Mei 01, 2010

CUKUP RASA TUNA BREAD

Kali ni aku letakkan resepi yg pernah memenangi tempat pertama pertandingan memasak kebangsaan tahun lepas, atas permintaan seorang rakan. Resepi ni ditulis dalam Bahasa Inggeris sbb pihak penaja nak begitu..


Ingredients

2 loaf of hotdog bread ( cut into 2 )

2 tablespoons tuna in can

1 egg

½ carrot ( finely chopped )

2 cabbage leaves (sliced)

2 salad leaves

1 tablespoon butter

A pinch of salt

1 tablespoon mayonnaise

Ingredients for sauce

1 teaspoon mayonnaise }

1 tablespoon Chili Sauce } mix together

1 tablespoon Tomato Ketchup }

Method:

1. Mash the tuna meat and mix well with egg.

2. Add a pinch of salt.

3. Mix sliced cabbage and chopped carrot with mayonnaise.

4. Spread bread with butter, put tuna meat and grill it on non stick pan.

5. When the bread ready, put in vegetable ( cabbage and carrot) and salad.

6. Spread sauce and cut in halves.


Jumaat, April 30, 2010

Nasi Kerabu



Dah 5 hari aku tahankan diri tak makan nasi. Tapi hari ni salah seorang kawanku belanja makan, aku pun tak dpt nak tolak. Dia belanja nasi kerabu yg sehari dua ni asyik ada dimindaku...

Aku pernah juga buat nasi kerabu ni (dengan kawanku) masa ada gerai jualan di sekolah dulu. Resepi nasi kerabu ni, aku ikut dlm buku dan pernah tengok kawanku yg telah berpindah semula ke Kelantan membuatnya..

Bahan-bahan (utk 5 org)
6 cawan nasi putih atau nasi warna biru.

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara menyediakannya:
1. Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
2. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

SAMBAL KELAPA

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.


Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Sedikit belacan - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 cm halia - kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai - hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:
1. Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.

2. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

SOLOK LADA


10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak.

3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


CILI PADI JERUK

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.

2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.


Cara Menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, kuah dan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.