Sabtu, Julai 10, 2010

Acar Buah Ibuku

Sudah dua minggu ibuku kembali ke Rahmatullah (25.6.2010). Sebelum ni arwah telah menyatakan kepada adikku akan mengajarnya menyediakan acar buah utk katering yg adik aku usahakan. Tapi hasrat tersebut tidak kesampaian dan esok acar yg akan dihidangkan utk katering adikku adalah dimasak oleh tukang masaknya sendiri... Rasanya tak kan sama dengan 'air tangan' ibuku yg memang pandai memasak...

Aku pernah belajar buat acar buah ni dulu dan resepinya lebih kurang seperti di bawah...



Bahan-bahan.

  • 4 biji limau jeruk (boleh dibelah dua atau ikut suka)
  • 10 biji belimbing buluh
  • 20 biji jeruk cermai
  • 1 cawan kismis
  • 10 biji buah prune
  • 10 biji kurma ( belah dua )
  • 20 biji bawang merah ( biar sebiji-sebiji)
  • 8 biji bawang putih ( biar sebiji-sebiji)
  • 250 asam boi merah
  • 2 inci halia dihiris nipis
  • sedikit cili api jeruk ( jika suka )
  • sedikit bijan goreng
  • 1 1/2 cawan cili kering yg kisar
  • 1/2 botol kecil cuka putih
  • 2 1/2 cawan gula (ikut rasa )
  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu jintan putih
  • 5 biji bawang merah ( kisar )
  • 3 biji bawang putih ( kisar )
  • 1 cawan minyak utk menumis
Cara menyediakannya.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar.

2. Bila cili garing masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

3. Bila telah wangi baunya, masukkan gula dan cuka. Biar gula larut dan pekat. Masukkan buah2an serta bawang. Masak hingga pekat dan agak kering.

4. Akhir sekali masukkan bijan goreng. Angkat dan sejukkan.

* Acar akan lebih sedap setelah sehari dimasak..

6 ulasan:

Idalara berkata...

Salam niza
innalillah..
akak mintak maaf tak tahupun ibunda niza telah kembali kerahmatullah...mudah2an roh arwah dicucuri rahmatNYa dan dimasukkan bersama gulungan insan yg diterima segala amalannya.

kak ida mng suka sgt acar buah..mng tak ramai yg pandai buat.yg betul2 sedap.

terokai seni berkata...

innalillah, moga arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang yang diredhai Allah

tima kasih kongsi peberet ni, copy n nk suruh orang rumah try cuba test

Cikgu Zam berkata...

salam kak,
Semoga roh arwah bonda akak ditempatkan ditempat yang baik dan mulia disisiNYA, Amin
banyakkan bersabar dan tabahkan hati, kita juga akan ke sana cuma masa yang belum tiba bagi giliran kita..... Semoga kita semua dalam ketenangan

nz berkata...

pasti terubat rindu bila dpt masak resipi arwah...

Guru berkata...

semoga roh ibu niza ditempatkan bersama orang yang soleh...

saya kurang gemar acar buah,,,

entri terbaru saya : FIKIRAN TIDAK TAJAM

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To kak Ida..
Waalaikumusalam..
Terima kasih atas doa.. memang tak ramai yg tahu buat yg betul2 sedap (termasuk la saya)

To cemomoi..
Terima kasih atas doa dan ingatan.. try la, kalau tak sedap salah org umah bukan resepinya...

To cikgu zam..
Terima ksaih atas doa.. ya, giliran kita entah bila. Nanti jika blog akak ni tak ber up date berbulan2.. tandanya akak pun dh jd arwah juga la.

To inas..
Rindu sentiasa ada, bila rindu akak hadiahkan bacaan surah2 Al-Quran pd arwah2 ibu, ayah, abang dan kakak..

To cikgu Normah..
Terima kasih atas doa dan semoga segala doa kawan2 dimakbulkan Allah.
Saya suka acar tp sekarang dh tak boleh makan..