Denai Larian Sungai Perlis sejauh 6 km ini merupakan denai larian yang sering digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi seperti berjongging, bersenam, bersiar-siar, refleksologi dan lain-lain. Kawasan rekreasi ini terletak di Jalan Pengkalan Asam dan berada di kawasan Sungai Perlis. Kawasan rekreasi ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengujung seperti trek jogging, titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, wakaf, 'outdoor gym', chalet, surau, tandas awam dan sebagainya. Jumlah Chalet yang ada untuk sesiapa yang ingin menginap adalah 3 unit ( 1 unit banglow & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan.
Titi gantung dibina merentasi sungai dan jika sesiapa yang ada penyakit lemah jantung atau masalah kesihatan, dinasihatkan tidak menaikinya. Anak keempatku yang sememangnya gayat bila berada ditempat tinggi, agak takut hendak menyeberang tapi bila lihat adiknya berjalan tanpa rasa takut, dia pun memberanikan diri. Akupun sebenarnya gayat juga, apatah lagi bila berjalan ramai-ramai, titi tersebut bergoyang dan berbunyi. Tapi sebab nak tunjuk berani pada anak, aku kawallah rasa gayat...dalam hati Allah saja yang tahu..he..he..aku sebenarnya fobia kat tempat tinggi!
Pada setiap hujung minggu, aktiviti seperti senaman aerobik, poco-poco, sukaneka turut diadakan bagi memberi ruang kepada para pengunjung untuk beriadah bersama keluarga di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama masyarakat. Selain itu, budaya hidup sihat dapat dipraktikkan untuk menjamin kesejahteraan bersama. Keluarga ceria, keluarga bahagia.
Hemm..apa lagi, mai pakat mai, pakat mai ramai-ramai..Tapi jangan mai dengan awek...mai dengan mahram supaya tak sumbang mata memandang..
5 ulasan:
titi gantung.. ummi x lompat2 ke atas titi tu? best gile!
cantik tpt ni.sy suke tpt2 tenang camni.kt msia sy dok kt pasir gudang.mmg sah2 penuh kilang je.paling2 pun ajak asben gi mersig.1st time pegi terus suke dan nak pegi selalu.feel tu susah nk ckp.mcm tgk gambo kt atas ni la.tenang je rase.harap dptla smpai perlis satu hari nnti.hehe..
2inas..
x boleh lompat..nanti orang sangka hantu cina pulak.
2linda..
InsyaAllah jika ada jodoh sampai le nanti ke sini..Perlis ni kecik je, kilang tak banyak.. kampung lagi.
emmm...mnarik gak tempat tu...tempat tu ade pakej tak???cam 2d1n ke...takpun 3d1n ke...murah or mahal kalo sekepale???
Boleh tengok dalam web jps perlis ni..
http://www.jpsperlis.gov.my/news_Details.php?news_id=5
sewa chalet tu tak ikut kepala.. jd nk bawa byk kepala pun boleh la.Try le tipon tanya sendiri..
Catat Ulasan