Ahad, Januari 24, 2010

Pegedil Daging

Dah lama aku nak buat pegedil ni tapi asyik tertangguh je sbb tak sempat nak berlama2 di dapur. Bila bercuti, aku sempat menyediakan beberapa resepi kegemaran keluarga. Ni adalah salah satunya...pegedil daging. Kalau nak ubah jadi pegedil ikan atau ayam pun boleh. Tukarkan saja daging cincang dengan ayam cincang atau isi ikan. Sesetengah org suka goreng kentang tu dulu baru lenyek tapi aku lebih suka direbus tanpa goreng (tak mau banyak kali goreng).

Bahan-bahan ( utk 3 orang )

  • 2 bj kentang(rebus hingga empuk)
  • segenggam daging cincang
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu makan bawang goreng (jika suka)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus dilenyek.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, tepung jagung, bawang goreng dan daun sup
3. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.



4. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
5. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.


Dah siap..bolehlah dimakan dengan mee soto, nasi, bihun atau dimakan begitu saja...

Sabtu, Januari 09, 2010

Tasik Meromiktik

Persekolahan rasmi telah bermula dan pelbagai aktiviti dijalankan di dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran luar bilik darjah banyak membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik dan mengalami sendiri apa yg dipelajari tersebut. Kalau kau orang ada kesempatan untuk membawa pelajar mengikuti rombongan, aku cadangkan kau orang bawa pelajar melihat sendiri Tasik Meromitik di Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Pernah dengar tak tentang Tasik Meromiktik? Tasik ni merupakan fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting ni akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa oleh ombak besar sehingga membentuk sebuah lagun bermusim yang kemudiannya terjadinya tasik meromiktik ini.

Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatan, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik (air tawar) akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk tetapi di sebelah bawah pula, panas. Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September).

Gambar yg aku paparkan ni adalah gambar lama sewaktu aku membawa pelajar mengikuti rombongan ke Taman Negara dan melihat Tasik Meromiktik ni. Memang berbaloi membawa mereka ke sini walaupun banyak peristiwa yg terjadi sewaktu mengendalikan rombongan yg seramai dua bas!

Kami memilih melalui jalan darat, mendaki bukit dan berjalan hampir 40 minit (banyak berhenti rehat). Agak mencabar juga bagi sesiapa yg kurang stamina atau kurang lasak. Bagi pelajar mereka tak ada masalah tetapi bagi guru yg dah berusia ni, nak daki bukit memanglah lambat sikit. Bagi sesiapa yang tak mahu berjalan di dalam hutan, perkhidmatan bot ada disediakan... tambang pun boleh tahan.


Jeti tempat menaiki bot.


Tasik ni sangat luas.


Titi gantung dan anak tangga yg digunakan untuk menuruni bukit melalui jalan darat. Ini adalah bahagian tasik Meromiktik yg telah terbentuk hasil daripada air laut yg dibawa oleh ombak besar dan terkumpul di dalam tasik (ada beting pasir yg menghalang air ke laut).


Permandangan laut yg bersih dan terjaga. Di hujung tanjung ni ada tempat pengumpulan dan penetasan penyu. Sesiapa yg nak tengok penyu bertelur boleh berkhemah di sini tetapi kena buat permohonan pada pegawai perhilitan dulu.


Pelajar seronok mandi laut dan bermain air.


Bahagian pasir yg dilalui oleh pelajar-pelajar ni merupakan beting pasir yg menghalang laluan air laut dengan air tawar.


Cuba perhatikan tasik yg terbentuk berada di sebelah kiri gambar dan di sebelah kanan pula adalah laut. Warna air pun berbeza..


Bila mandi dalam tasik ni, baru dapat rasakan air di bahagian bawah panas dan di bahagian atas pula sejuk.


Disebabkan semua dah keletihan, jadi kami pulang menggunakan bot pada petang tu. Mulanya takut juga kalau ombak besar tetapi nasib kami baik kerana sepanjang perjalanan menaiki bot, tiada ombak besar berlaku.


Sebahagian pelajar yg menaiki bot terakhir... ada empat bot kesemuanya.


Batu buaya...


Batu buaya dari pandangan hadapan.

Macamana? Teringin nak datang ke sini? Datang dan tengok lah sendiri tasik ni kerana ini adalah tasik yg unik dan hanya terdapat di Pulau Pinang. Keadaan percampuran laut masin dan tawar ni ada di dalam Al-Quran dan benarlah dipertemuan kedua-dua laut dan air tawar akan terdapatnya mutiara dan marjan. Sebab tu lah memang terdapat mutiara di kawasan Pulau Pinang...Pulau Mutiara!

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Rahman ayat 18 hingga 23 yang bermaksud;
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Ahad, Disember 13, 2009

Garam Belacan

Garam belacan ni boleh makan dengan buah-buah yang muda macam mempelam muda, asam muda, kedondong, jambu atau buah-buah yang kita suka. Kalau betik muda, pencicah dia lain pulak.

Kat bawah ni aku letakkan resepi garam belacan...

Bahan-bahan

  • 1 cawan gula pasir
  • 2 ketul belacan sebesar ibu jari.
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api (boleh dilebihkan kalau nak berasap telinga)
  • 5 sudu kicap lemak manis
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan kecuali kicap dalam blender kering. Blend sampai hancur.
2. Dah hancur, tuang dalam bekas. Masukkan kicap. Gaul.
3. Dah siap untuk dicicah dengan buah-buahan kegemaran.

Jom cicah.... ada yang meleleh ayaq lioq tak?

Rabu, Disember 09, 2009

Piza Kari Ayam

Hari ni aku buat piza utk anak2. Dah lama tak buat...sesekali buat, sedap juga. Mungkin kau org ada resepi piza yg lebih menarik toppingnya. Topping aku, ikut dan je...apa yg ada le. Kebetulan ada kari ayam, jd piza ni piza kari ayam. Kalau nk letak sambal bilis, kari daging, sate atau udang pun boleh. Sambal tumis petai gamak2nya boleh tak? hi..hi..hi...tak pernah cuba. Petua nk bg doh ni naik....pastikan masa nk buat doh ni, cuaca panas (tak hujan).

Jenis2 doh yg guna yis ni kena buat dlm keadaan panas. Kalau lembab, yis tak nak biak atau naik... doh yg buat pun tak menjadi dgn elok. Waktu rehatkan doh, boleh jemur seketika di panas matahari atau letakkan berhampiran ketuhar panas( jgn letak dlm ketuhar lg). Doh akan naik dgn cepat... Ni pesanan guru aku masa sekolah menengah dulu...lama dh. Cikgu aku ni pun dh pencen kot..aku tak pernah jumpa dah. Aku ingat lg pesan dia sbb aku suka tajuk yis (donat n pau), pastri, flan atau biskut yg dia ajar. Seronok bila menjadi...terutama sekali pastri kelopak, cantik!

A. Bahan-bahan kulit piza

200 gm tepung roti / tepung gandum (ayak)
1 sudu besar margerin / 1 susu besar minyak zaitun
1 sudu kecil gula
5 gm /1 sudu kecil yis segera
125 ml susu segar / air suam + susu tepung/ susu pekat
sedikit garam
* boleh letak sebiji telur jika suka.(jd lembut kulit doh)

B. Bahan topping
* ikut suka kau org le nk letak apa... aku letak kari ayam yg dicarik2 isinya.
kalau nk letakkan tuna pun sodap...
kalau nk jdkan cara barat, letakkan cili benggala, hirisan sosej, keju parut, oregano.. atau apa2 yg kau org suka

Cara membuatnya :
1. Campurkan yis dgn susu suam dan gula. (biar yis naik )
2. Campur tepung dgn garam dan masukkan marjerin.
3. Gaul ramas marjerin dan tepung dgn hujung jari. ( bagi berderai)
4. Buat lubang tengah-tengah tepung dan masukkan campuran yis. Gaul dan uli sehingga sebati.


5. Bila dah sebati (doh tak melekat pd tangan), rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sebaiknya tutup dgn kain maslin.


6. Selepas doh naik, uli sedikit dan letakkan atas pan piza. Ratakan dan cucuk dgn garfu kulit tersebut.

7. Sapukan mayonis pd kulit piza.


8. Letakkan sos cili, sos tomato dan kari ayam atau apa saja topping yg nak.


9. Taburkan sayur campuran.


10. Bakar di dalam ketuhar sampai garing. Bila dah masak (mcm gambar atas) angkat dan hidang.

Piza aku ni sebenarnya tak ikut sukatan pun... aku main agak2 je. Anak-anak tak suka letak keju atau terlampau banyak sayur, jadi buat piza bodo je le... tu pun habis sehingga menjilat jari.
Kulit tu kalau tak nak tebal (mcm aku buat), nipiskan dan bahagikan kepada 2 pan.

Selasa, November 24, 2009

...Almond n hazel Perlis...

Kali ni aku nak kongsi resepi almond n hazel Perlis yang rangup... Sebab apa aku bagi nama almond dan hazel? sebab aku guna dua-dua jenis kacang ni. Kenapa Perlis?...sebab biskut ni dibuat di rumah aku di Perlis...bukan di london..hi..hi..hi. Anak-anak aku ada yang suka bentuk bulat (hazel) dan ada yang suka bentuk memanjang (almond). Apa yang penting masa buat biskut ni, mereka nak tolong buat sekali. Kakak2 tolong bentukkan dan masukkan ke ketuhar dan adik2 pula, letak hiasan atas biskut. Apa yang penting? kerjasama...


Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm butter

9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum

1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )- aku guna radix cereal

3 oz / 1 cawan tepung jagung

4 oz / 1 cawan gula aising

1 biji kuning telur

Badam biji di panggang secukupnya

Badam cincang untuk hiasan (aku guna manik warna)

Coklat masakan secukupnya

Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai

Sedikit minyak jagung


Cara-cara


1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.


2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang
lembut dan tak melekat di tangan.



3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri.


4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 mi
nit, bila dah masak..sejukkan.



5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi..)


6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang atau manik warna.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.. dah siap..




Tukang tabur hiasan...kadang2 banyak udin letak dan kadang2 sikit...ikut suka dia la. Udin sempat berceloteh yang dia akan buat biskut ni bila dia besar nanti dan bila dia dah kawin... ha..ha.. Dilah menantu u dah pandai nak buat biskut! Nak rasa tak?


Biskut ni aku buat sebab nak bagi Hidayah makan. InsyaAllah aku sekeluarga akan balik ke Taiping dan seterusnya ke Hospital Tentera di Lumut untuk beraya bersama-sama Hidayah yang masih mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut. Raya tahun ni pasti berbeza kerana terpaksa beraya di hospital...tapi aku tetap bersyukur kerana Hidayah dah beransur pulih.

Kepada semua kawan2 yang memberi sokongan moral dan mendoakan kesihatan Hidayah sewaktu pembedahannya tempohari, aku ucapkan ribuan terima kasih... InsyaAllah aku akan masukkan gambar Hidayah yang terbaru selepas pulang nanti... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua..Jumpa lagi!