Selasa, November 24, 2009

...Almond n hazel Perlis...

Kali ni aku nak kongsi resepi almond n hazel Perlis yang rangup... Sebab apa aku bagi nama almond dan hazel? sebab aku guna dua-dua jenis kacang ni. Kenapa Perlis?...sebab biskut ni dibuat di rumah aku di Perlis...bukan di london..hi..hi..hi. Anak-anak aku ada yang suka bentuk bulat (hazel) dan ada yang suka bentuk memanjang (almond). Apa yang penting masa buat biskut ni, mereka nak tolong buat sekali. Kakak2 tolong bentukkan dan masukkan ke ketuhar dan adik2 pula, letak hiasan atas biskut. Apa yang penting? kerjasama...


Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

250 gm butter

9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum

1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )- aku guna radix cereal

3 oz / 1 cawan tepung jagung

4 oz / 1 cawan gula aising

1 biji kuning telur

Badam biji di panggang secukupnya

Badam cincang untuk hiasan (aku guna manik warna)

Coklat masakan secukupnya

Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai

Sedikit minyak jagung


Cara-cara


1. Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.


2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang
lembut dan tak melekat di tangan.



3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri.


4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 mi
nit, bila dah masak..sejukkan.



5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..kaedah double boiler..( dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi..)


6. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.
7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang atau manik warna.
8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.. dah siap..




Tukang tabur hiasan...kadang2 banyak udin letak dan kadang2 sikit...ikut suka dia la. Udin sempat berceloteh yang dia akan buat biskut ni bila dia besar nanti dan bila dia dah kawin... ha..ha.. Dilah menantu u dah pandai nak buat biskut! Nak rasa tak?


Biskut ni aku buat sebab nak bagi Hidayah makan. InsyaAllah aku sekeluarga akan balik ke Taiping dan seterusnya ke Hospital Tentera di Lumut untuk beraya bersama-sama Hidayah yang masih mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut. Raya tahun ni pasti berbeza kerana terpaksa beraya di hospital...tapi aku tetap bersyukur kerana Hidayah dah beransur pulih.

Kepada semua kawan2 yang memberi sokongan moral dan mendoakan kesihatan Hidayah sewaktu pembedahannya tempohari, aku ucapkan ribuan terima kasih... InsyaAllah aku akan masukkan gambar Hidayah yang terbaru selepas pulang nanti... SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA untuk semua..Jumpa lagi!

10 ulasan:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Dah berkobar2 dah nak buat dah ni... tapi malangnya semua bahan dah ada dah except coklat utk masakan jer.. Coklat cadbury anak2 ada ler..hehe

azieazah berkata...

Syabass... benar, apa yang penting? Kerjasamaaaa...!

Apapun semoga HIDAYAH segera sembuh dan dapat bergembira bersama di Hari Raya nanti..

Ntah kenapa, saya kurang gemar coklat dan apa yang berasaskan coklat.. rugikan? sekali sekala makan, mesti enak tu..

Unknown berkata...

Kalau ye pun pelawa lah kita orang sama pi makan hari raya nih..
sedap tu..

Kakcik Seroja berkata...

Salam Aidil Adha buat Shaniza sekeluarga.

Senang hati kakcik bila baca tentang Hidayah yang semakin pulih.. Alhamdulillah..

nak biskut boleh?? :)

nz berkata...

sy plak nak buat biskut konflek madu je la raye ni.. simple.

hehhe.

slmt rayeeeee

Cikgu Zam berkata...

salam eiduladha buat puan sekeluarga. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Aminnn

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To Nida..
Waalaikumusalam..
hi..hi..hi..anak2 akak makan separuh bekas biskut sebelum salutan coklat lg..sedap juga rupanya. Cubalah..

To azieazah..
Terima kasih.. kerjasama penting kalau tak tak jadi..
Alhamdulillah kerana Hidayah boleh berhari raya di Perak juga.. jika tak kena raya di HUKM la jawabnya.

To Lanabulu..
Ye, jemput la datang ke Hospital Tentera, Lumut kerana kami semua akan beraya di sana...boleh ceriakan lg Hidayah..

To Kakcikseroja..
Salam Aidil Adha jua buat kakciks..
Hidayah makin pulih tapi masih tak boleh bangun sendiri..nk duduk pun kena angkat lagi.
Anak bongsu saya kata Hidayah jadi bionic girl sbb dlm badan dia ada besi...pengaruh tv betul.
Saya tak cukup rajin ambil order, setakat mengajar dn buat utk makan..

To inas..
Simple tapi sedap konflek madu tu.. nk sikit la.
Ummi sha balik Taiping esok, boleh le inas bg sikit..^_^

To cikgu zam..
Salam aidil Adha jua buat cikgu..
Terima kasih atas doa dan semoga cikgu juga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat berbakti utk generasi mendatang..

Tanpa Nama berkata...

Hehehe.. lawak la udin. Berpandangan jauh nak buat bisut ni bila kawin nanti.eehehehe.... p.s selamat hari raya aidiladha :)

Aidah berkata...

Salam Shaniza,
wah nampak sedap je biskut tu. Mintak sikit boleh, hantar la sikit ke Kuantan ni. Lama tak dengar kisah hidayah. Dia masih di HUKM lagi ke. 10hb Dec ni sy ke HUKM, kalau ada kesempatan anak sy nk ajak melawat Hidayah boleh tak.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To blogresepi..
Udin ni kadang2 kata2 dia slamber je.. tapi penuh keyakinan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha jua..

To Kak Aidah...
Terima kasih kerana ambil berat hal Hidayah. Sebenarnya Hidayah ada di hospital Tentera Lumut (HAT) dan mungkin ambil masa sikit utk keluar sbb dia tak boleh berjln sendiri lagi.