Ahad, Januari 24, 2010

Pegedil Daging

Dah lama aku nak buat pegedil ni tapi asyik tertangguh je sbb tak sempat nak berlama2 di dapur. Bila bercuti, aku sempat menyediakan beberapa resepi kegemaran keluarga. Ni adalah salah satunya...pegedil daging. Kalau nak ubah jadi pegedil ikan atau ayam pun boleh. Tukarkan saja daging cincang dengan ayam cincang atau isi ikan. Sesetengah org suka goreng kentang tu dulu baru lenyek tapi aku lebih suka direbus tanpa goreng (tak mau banyak kali goreng).

Bahan-bahan ( utk 3 orang )

  • 2 bj kentang(rebus hingga empuk)
  • segenggam daging cincang
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu makan bawang goreng (jika suka)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus dilenyek.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, tepung jagung, bawang goreng dan daun sup
3. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.



4. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
5. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.


Dah siap..bolehlah dimakan dengan mee soto, nasi, bihun atau dimakan begitu saja...

19 ulasan:

tajnur berkata...

Salam!
Teman ni mmgler suke peghedil tapi nak tanya Bahan-bahan 3 orang pe bendanya? Mike biyor bebenor, ater sebelum masak nak diikat 3 org tu ke, dah makan nak dilepaskan 3 org tu ker? Atau dicincang2....

Adilah Mnor berkata...

salam...
sedap nampak pegedil daging yg u buat...lagi sedap kalau pos kat i sama....

Adilah Mnor berkata...

salam...
sedap nampak pegedil daging yg u buat...lagi sedap kalau pos kat i sama....

Idalara berkata...

sebenarnya akak nk komen dah terlupe apa sbb asik tergelak baca komen c tajnur tu..lawak betul smpai kuo air mata gelak..hahahaha..

akak suka gak mkn bergedil ni tp jrg sgt buat.buat pun masa raya nk makan dgn soto..hihihi

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Nida tak pernah lagi buat begedil daging ni.. selalu guna ikan bilis goreng yang ditumbuk utk buat begedil.. thanks kerana berkongsi resipi, bila buat soto nanti bolehlah try resipi ni :)

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To tajnur..
Waalaikumusalam..
Alahai..sorry le teman tak tertambah perkataan utk 3 org. Ater kalau kome tega nk ngikat 3 org sebelum makan, kome buat le dulu. Kalau ade yg ngamuk teman tak campur...

To Adilah..
Waalaikumusalam..
U kata pegedil bukan kegemaran u dan family. I rasa lebih baik u try dulu, balik bulan 4 ni u masak utk i, sekali ngn fish ball yg i bg resepi tu. Lagi sedap!!...^_^

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To kak Ida..
Saya pun tergelak baca komen tajnur tu sampai anak2 pun hairan.
Saya buat sbb kalau nk beli, sebiji je RM 1.00. Buat sendiri boleh byk..

To Nida..
Waalaikumusalam..
Akak pulak tak pernah guna bilis. Nanti akak nk cuba buat guna bilis pula. Thanks...

Maiyah berkata...

sedap pegedil.. dah lama x mkn ni

Arianni berkata...

Salam,

Memang kegemaran sy ni..nampak sedap dan tak berminyak..nanti blh cuba..makan gitu pun sedap

Werdah berkata...

Salam shaniza,

terliur la pula nengokkan pegedil ni.. nak buat juga lah nant insyaAllah

terokai seni berkata...

bila nak hidang ni... dah tak sabo nak rasa... kamek tau makan je

Tanpa Nama berkata...

salam..
tepung jagung tu utk bg rangup ke?
sy pnah buat tapi lembik la..berminyak2 lak tu..emm tak letak tepung jagung kut ek?
tepung gambdum blh tak/

azieazah berkata...

Wah sedap nihhh.... mesti nak try buat gak...

I'm Seri berkata...

Ini makanan 'peberet' saya. Tapi selalu makan pegedil ayam...daging belum try.


btw, cantik tirai baru akak.

sekuntum mawar berduri berkata...

Salam...

Anak-2 suka makan begedil ni kalau rasa teringin selalu pergi makan di dermes corner kat mak cik ina soto.Dah ada resepi ni boleh ka nak copy nak cuba buat sendiri pula.

Aidah berkata...

Salam Shaniza,

Dh beberapa hari tak masuk sini. Sibuk sikit 2/3 hari ni. Dh berwajah baru nampak. Cantik warna latar biru tu, sejuk mata memandang. Anak2 sy suka sgt bergedil daging tu. Kalau sy buat they all ratah gitu je.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To maiyah..
cubalah buat, mudah je.

To Arianni..
waalaikumusalam. Ya, makan gitu pun sedap..

To werdah..
Waalaikumusalam..cubalah, memang sedap.

To cemomoi..
Dah habis pun...

To dahlia nawi..
Jadi rangup sikit dan tak mudah pecah.

To azieazah..
cuba jangan tak cuba..

To Iris..
Cubalah buat, air tangan sendiri tentu sedap

To Sekuntum mawar berduri..
Waalaikumusalam..buat sendiri lebih jimat dan boleh ajar anak2 juga.

To aidah..
waalaikumusalam..anak2 saya pun suka makan gitu je. warna biru tu sj test. Tukar warna ijo pulak...

rosnanie berkata...

salam
feveret saya tu, tp nak buatnyer tak pandai + tak rajin, hehehe....

Unknown berkata...

assalamualaikum..saya jual/supply daging rusa tempatan (sejuk beku) dengan penghantaran terus ke rumah atau restoran. harga rm 38 sekilo untuk tempahan minima (1 kg pun kita hantar). beli banyak harga lagi kurang. untuk restoran boleh runding harga borong. tiada caj penghantaran di kawasan lembah klang, putrajaya dan cyberjaya. berminat boleh sms/call 017-3863573 - zaf dari seri kembangan.

http://www.rusaryan.blogspot.com