Sabtu, Januari 09, 2010

Tasik Meromiktik

Persekolahan rasmi telah bermula dan pelbagai aktiviti dijalankan di dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran luar bilik darjah banyak membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik dan mengalami sendiri apa yg dipelajari tersebut. Kalau kau orang ada kesempatan untuk membawa pelajar mengikuti rombongan, aku cadangkan kau orang bawa pelajar melihat sendiri Tasik Meromitik di Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Pernah dengar tak tentang Tasik Meromiktik? Tasik ni merupakan fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting ni akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa oleh ombak besar sehingga membentuk sebuah lagun bermusim yang kemudiannya terjadinya tasik meromiktik ini.

Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatan, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik (air tawar) akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk tetapi di sebelah bawah pula, panas. Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September).

Gambar yg aku paparkan ni adalah gambar lama sewaktu aku membawa pelajar mengikuti rombongan ke Taman Negara dan melihat Tasik Meromiktik ni. Memang berbaloi membawa mereka ke sini walaupun banyak peristiwa yg terjadi sewaktu mengendalikan rombongan yg seramai dua bas!

Kami memilih melalui jalan darat, mendaki bukit dan berjalan hampir 40 minit (banyak berhenti rehat). Agak mencabar juga bagi sesiapa yg kurang stamina atau kurang lasak. Bagi pelajar mereka tak ada masalah tetapi bagi guru yg dah berusia ni, nak daki bukit memanglah lambat sikit. Bagi sesiapa yang tak mahu berjalan di dalam hutan, perkhidmatan bot ada disediakan... tambang pun boleh tahan.


Jeti tempat menaiki bot.


Tasik ni sangat luas.


Titi gantung dan anak tangga yg digunakan untuk menuruni bukit melalui jalan darat. Ini adalah bahagian tasik Meromiktik yg telah terbentuk hasil daripada air laut yg dibawa oleh ombak besar dan terkumpul di dalam tasik (ada beting pasir yg menghalang air ke laut).


Permandangan laut yg bersih dan terjaga. Di hujung tanjung ni ada tempat pengumpulan dan penetasan penyu. Sesiapa yg nak tengok penyu bertelur boleh berkhemah di sini tetapi kena buat permohonan pada pegawai perhilitan dulu.


Pelajar seronok mandi laut dan bermain air.


Bahagian pasir yg dilalui oleh pelajar-pelajar ni merupakan beting pasir yg menghalang laluan air laut dengan air tawar.


Cuba perhatikan tasik yg terbentuk berada di sebelah kiri gambar dan di sebelah kanan pula adalah laut. Warna air pun berbeza..


Bila mandi dalam tasik ni, baru dapat rasakan air di bahagian bawah panas dan di bahagian atas pula sejuk.


Disebabkan semua dah keletihan, jadi kami pulang menggunakan bot pada petang tu. Mulanya takut juga kalau ombak besar tetapi nasib kami baik kerana sepanjang perjalanan menaiki bot, tiada ombak besar berlaku.


Sebahagian pelajar yg menaiki bot terakhir... ada empat bot kesemuanya.


Batu buaya...


Batu buaya dari pandangan hadapan.

Macamana? Teringin nak datang ke sini? Datang dan tengok lah sendiri tasik ni kerana ini adalah tasik yg unik dan hanya terdapat di Pulau Pinang. Keadaan percampuran laut masin dan tawar ni ada di dalam Al-Quran dan benarlah dipertemuan kedua-dua laut dan air tawar akan terdapatnya mutiara dan marjan. Sebab tu lah memang terdapat mutiara di kawasan Pulau Pinang...Pulau Mutiara!

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Rahman ayat 18 hingga 23 yang bermaksud;
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

13 ulasan:

Aidah berkata...

Salam Shaniza,

Sy ni dh lama merancang nk ke Penang tapi tak tau lah bila. Tahun ni anak yg sulung nk ambik SPM so pergerakan tu terhad sikit. Info yg berguna ni

Unknown berkata...

Salam Niza. Bagus info ini. Maklumat ini boleh dimasukkan dalam subjek Ilmu Alam Fizikal. Yang kita sibuk belajar pasal glasier, drumlin, yang tak relevan, elok belajar apa-apa yang terdapat di depan mata. Betul tak?

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To Aidah..
Tahun ni pun anak sulung saya ambik SPM.. mungkin lepas habis exam boleh la jln2.

To Mybabah..
Waalaikumusalam..
Betul tu..kita terlalu mengagungkan negara luar. Sejarah pun belajar pasal ng luar.. Negara kita tak mcm Jepun yg hanya belajar segalanya tentang negaranya. Budak2 byk agungkan org luar dr yg ada dlm ng sendiri..
Kena tukar sistem pelajaran dan silibus termasuk menterinya sekali!

Maiyah berkata...

duduk mesia tapi tak pernah pegi lagi

anismi berkata...

cantiknya... nanti boleh pergi buat rombongan.. sesungguhnya ciptaan Ilahi teramat indahnya..

Idalara berkata...

kak ida baru pertama kali dgr pasal tasik ni...canti dan menarik..nak pegi ntah bila...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

salam ummi..
dulu kecik2 selalu ke pulau pinang.. xpenah pulak ke tmpt ni..

ummi ajar sains ek.. ilmu yg dikutip melalui pengalaman sendiri mmg amat berkesan.. jd.. jom jalan2 :D

muraisenja berkata...

info yg menarik saya pun tak penah sampai lg.... satu hari nanti nak kena pegi gak melawat

nz berkata...

ade juga ye tempat mcm ni.. sblh tasik sblh laut... subhanallah!

ni kena g tgk nih!

al-lavendari berkata...

sesungguhnya pada setiap kejadian itu ada tanda2 kebesaranNya, kepada mereka yang mahu berfikir. Subhanallah. saya belum pernah sampai lagi ..tak tahu lah boleh sampai ke tidak nanti.

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To maiyah..
Kalau ada kesempatan, datanglah..

To anismi..
kalau nk buat rombongan elok masa tasik tu terbentuk (peralihan musim monson). Nk kertas kerja pun boleh, edit je.

To Kak Ida..
Datanglah bila berkesempatan..memang cantik.

To Norul..
Waalaikumusalam..
Mungkin masa tu tak diwartakan lg kawasan tu sbg Taman Negara..jd tak terkenal la.
Ummi sha tak ajar sains tp KH & Sivik. Lawatan tu bawah program sivik ummi sha..

To Murai senja..
Pergi dan bawa sekali kamera idaman tu. kalau ambil gambar di situ mesti cantik..

To inas..
Kena jelajah Malaysia sbb di tempat kita pun byk fenomena yg tak kita ketahui..

To al-lavendari..
Kalau nk camping boleh sj di situ tp tak boleh nyalakan api. Permandangan di situ memang cantik sangat..pelajar yg dh pi pun ajak pi lagi.

wItH loVe berkata...

salam
nur pun prnh pergi kt pantai kerachut ni mse form 4 ary 2..2thun lpas..mmg best tmpt ni...tringin rase nk pergi lagi...

aina rahimah berkata...

saya harap kawasan itu tidak mengerunkan saya