Sabtu, Mac 30, 2013

Nasi Arnab


Bahan-bahan
1 ekor Arnab( boleh digantikan dgn ayam/daging/kambing)
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu teh rempah arab
1 sudu teh rempah kari daging
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang lobak merah (kecil)
kulit kayu manis dan bunga lawang
sedikit butter/minyak sapi (ikut suka)dan minyak masak untuk menumis
garam
beras 1/2 - 1kg

Cara Memasak:
1- bersihkan arnab, potong besar-besar- perap dengan garam ,(serbuk halia jika suka)
2- masakkan nasi bersama-sama lobak merah yg telah disagat.Tambahkan sedikit garam. ketepikan.
3- tumiskan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang,rempah hingga wangi kemudian masukkan tomato,
arnab dan sedikit air (jika suka masukkan susu cair), tutup. tambahkan garam secukup rasa biarkan hingga separuh masak.
4- Bila nasi hampir kering masukkan semua bahan (arnab yg separuh masak tadi)ke dalam periuk nasi,
tutup dan tunggu hingga nasi masak.
kredit resepi : Adilah
gambar-gambar drp pak cik google. 

2 ulasan:

Ahsfantasy Ryu berkata...

Hehe, kalau tengah bosan boleh cuba ni :)

Imanisa riana @ sarimah berkata...

hihii...boleh, tapi kena tangkap arnab dulu ;)