Selasa, Ogos 25, 2009

Sup Cendawan Ayam Organik

Hujan-hujan ni sedap kalau kita pekena sup..Bayangkan sup ekor, sup gear box, sup bebola ikan dan macam-macam sup lagi. He..he..bulan puasa ni sebut je sup apa, tentu sedap rasanya. Kalau nak berubah selera apa kata kita cuba sup cendawan ni. Ayam yang aku guna adalah ayam organik HPA sebab ayam tu lebih sedap dan kurang lemak...selamat mencuba.

Bahan-bahan ( untuk 6 org )
1 keping dada ayam (potong kecil-kecil)
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam atau 1 camca sedang stok pekat ayam.
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil-kecil)
sedikit garam
1 cawan tepung gandum



Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara-cara membuatnya.


1. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk, rebus sehingga masak.


2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak dengan api yang perlahan.


3. Masukkan cendawan butang ke dalam periuk. Tambah garam.


4. Bancuh tepung gandum dengan air (jangan bagi bergentel). Kemudian masukkan bancuhan tepung, kacau sehingga pekat.


5. Sup yang siap untuk dimakan.

* Sup ni sedap dimakan dengan roti perancis yang telah dibakar.. Tapi aku guna roti bakar biasa je sebab tak dak roti perancis..

Ni rupa roti perancis @ french loaf

Roti yang telah dipotong, letak sos bawang putih dan bakar sikit...(^_^)

5 ulasan:

nz berkata...

roti perancis tu yg mcm mane rupenye?

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

yummy.. sedapnye..
nnt nak try la.. hehe

ummi sha berkata...

To inas.
Roti perancis tu yg panjang dan keras..banyak jual di Tesco. Kena potong serong, bakar sikit dan letak sos bawang putih..
nanti ummi sha edit sikit entry ni dan letak gambar roti tu..

To Norullisza..
Cubalah..memang sedap. Anak bongsu ummi sha makan sampai empat bowl.. he..he..

anakmuaallaf berkata...

Insyaallah petang ni berbuka boleh cuba..Sup ni memang pekat ye..

Tang mana nak cari french loaf ni..simpang 4 ni tak dak Tesco..roti jala boleh kot..

Nanti publish cara buat french loaf pulak...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

To anak muallaf..
Sup ni memang pekat sikit macam yg jual kat pizza hut tu.
French loaf ni, kalau di sesetengah bakery ada.
InsyaAllah..