Ahad, Ogos 30, 2009

Ikan Beranak.

Pernah dengar tak ikan hiasan yang beranak? Tentu kau orang terfikir ikan yang beranak ialah ikan paus, dugong atau yang sejenis dengannya kan? Memang ikan tu jenis yang beranak tapi kalau nak jadikan ikan tu ikan hiasan...tentu kau orang seorang yang kaya! Bayangkan saiz ikan tu..tentu perlukan kawasan luas dan berhampiran laut macam underwater world.

Ikan hiasan yang beranak kebanyakannya bersaiz kecil tergolong dalam keluarga poeciliidae seperti mosquito fish, guppy dan merry widow. Terdapat juga spesis-spesis lain daripada keluarga-keluarga anablepidae (four-eyed fish), goodeidae (orange-tailed goodeid) dan exocoetidae (half-beak fish). Aku hanya fokuskan tentang ikan mosquito dengan ikan guppy yang rupanya hampir sama tapi guppy lebih cantik. Kedua-dua ikan ni memakan larva dan nyamuk. Elok sangat dibela di rumah untuk menghindari pembiakan nyamuk dan jentik-jentik serta boleh dijadikan bisnes (permintaan tinggi untuk ikan hiasan).

Ikan jantan mudah dikenali kerana kebanyakannya mempunyai gonopodium yang terjulur menggantikan sirip duburnya. Ikan betina pula mempunyai liang atau lubang genital. Seperti ikan jantan, lubang genital mungkin terletak di sebelah kiri atau kanan badan. Jadi apabila hendak bersatu, ikan terpaksalah mencari pasangan yang bersesuaian. Persenyawaan berlaku secara dalaman. Ikan jantan akan memasukkan alat kelaminnya yang dipanggil gonopodium ke dalam lubang genital ikan betina dan melepaskan miltnya. Tempoh bunting adalah dalam lingkungan satu bulan mengikut spesis masing-masing.

Ikan mosquito jantan lebih kecil dari betina.
Ni rupa ikan betina..tak ada warna.

Jantan dia pun tak dak warna.

Ikan ni banyak dalam sungai, paya atau longkang.

Ikan guppy jantan cantik berwarna tapi guppy betina tak.
Guppy jantan bersaiz kecil tapi betina bersaiz besar.

Ketika memilih ikan jantan untuk dijadikan induk, pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang disukai:
�� Bentuk badan yang besar, cantik, menarik, gagah, sihat dan segar.
�� Sirip kaudal atau ekor yang kembang.
�� Siripnya pun ada warna yang seragam.
Memilih ikan betina untuk dijadikan induk agak rumit sebab ia tidak menunjukkan ciri-ciri genetik yang ketara seperti ikan jantan. Ikan betina seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:
�� Bentuk badannya besar, tegap, dan cantik.
�� Bentuk dan warna ekornya biarlah yang cantik.

Kecantikan warna ikan betina tidaklah begitu penting, memandangkan anak-anaknya nanti akan lebih mengikut ciri-ciri ikan jantan. Pemilihan induk jantan lebih diutamakan. Inilah baka asas pemilihan mengikut kegemaran kau orang. Kau orang boleh mengekalkan keunikan baka pilihan ini sampai ke anak cucu ikan melalui teknik pembiakan yang dikenali sebagai line breeding. Bab-bab nak biakkan ni kau orang kena belajar sendiri sebab aku pun baru nak belajar..Nama ikan pun baru nak kenai...
Neon Blue Tux

Guppy Flame

Guppy Calico Lyre Tail

Guppy Blond Cobra

Guppy Dragon

Guppy Green Cobra

17 ulasan:

^inas^ berkata...

ikan mosquito n the geng tu cam liquid paper (papermate). perut dia tmpt picit utk keluarkan liquid. hehhe..

Maha Suci Allah yg mencipta sesuatu yg tiada tandingan!

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

ikan: "best nyer berenang-renang.. yuhuuu, lalala~"

wah3.. ikan pulak dah, sblm ni kucing.. hehe.. comey2 lak tu.. bagus la ummi ni.. ummi nak tau, sy ni, nama ikan yg tuk masak pun sy xtau.. byk sgt jenis nyer, so, panggil ikut warna je la, n rupe.. hehe

sama la gak ngan kuih.. sume pggil kuih ijo.. hehe.. tula, sape suh letak sume kuih warna ijo.. lalala~ :D

ummi sha berkata...

To inas..
Mungkin idea pencipta liquid paper tu pun ambik dari rupa ikan ni sbb di barat pun ikan ni ada pelbagai jenis dan rupa..
Maha Sempurna segala kejadian Allah dari sekecil-kecil haiwan hinggalah sebesar-besarnya.

To Norullisza..
he..he..dah ada kucing mestilah ada ikan..
Banyak haiwan yg ummi sha suka dan ikan adalah salah satunya.. seronok tengok diaekor ni berenang2boleh menenangkan minda..
Nama ni kita boleh panggil apa saja tapi kalau tau nama sebenar kan lebih baik. Bayangkan satu hari nanti suami Norul nak belikan kuih,norul kata kuih ijo, mungkin semua kuih ijo dibelinya..membazir tu.

muraisenja berkata...

saya suka guppy.... cantik ditambah dgn beberapa hiasan lain spt batu warna warni kayu rumput kulit kerang atau batu karang... kena dgn cahaya lampu kemerah-merahan wow cantik...

kt umah sy ni cuma tinggal arowana jer... baru lebih kurang besar 3 jari....

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

haha.. ummi, sy akan terangkan kat dia, kuih ijo yg camne.. sekali sekala 'buli' suami xper.. haha.. kalo dia beli semua, perli la tu nampak nyer.. hehe

blaja nama kuih ngan suami je la.. hehe (gatai :D)

shaniza berkata...

To murai senja..
Guppy cantik dan mudah membiak. Kat umah saya, ada kolam tapi hairan makin sikit guppynya selalu cicak makan..pandai cicak pancing.
Arowana cantik, kalau dah besar tentu mahal harganya.

To Norullisza..
oo..belum kawin lagi dah ada niat nk buli ye? He..he..kalau suami jenis yg pandai masak tentu boleh belajar tapi kalau yg pandai makan je, sama-sama ijo mato.:))

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

buli manje ummi.. hehe.. bukan buli betul.. derhaka tu..

haha.. sama2 ijo mato.. susah tu.. sumo dah ijo.. camno tu.. :D kena carik suami yg penah study luar la.. sbb mesti diorg pandai masak.. hehe.. mano den nak carik ni :D

Dida... berkata...

Salam...

Saya panggil ikan GAPI.... baru tau ejaan sebenar dia mcm mana.. hehe.. suka tengok ikan.. tp kalau nak bela dlm akuarium.. nak bersihkan akuarium tu yg tak sanggup...agak leceh skit... kolam takde pulak...

shaniza berkata...

To Norullisza..
hemm..anak chef wan le kot, tak pun chef wan sendiri..pandai masak! Jangan marah ehh..

To Dida..
Kita sebut gapi, tapi dlm modul yg akak belajar guppy..sama je.
Akak pun segan gak nak bersihkan kolam tapi yg rajinnya hubby dan anak-anak..selalunya akak jadi tukang tengok dan bancuh air je..

Tanpa Nama berkata...

Saya sekeluarga suka guppy. Dah hampir 10 tahun kami pelihara ikan jenis ini. Biaknya bukan main, macam tuannya. Sering dijadikan ole-ole bagi rakan yang berkunjung. Sekarang guppy yg dibeli 2 bulan lalu dah mula beranak..

elle_R1 berkata...

sedikit ilmu boleh dikongsi di http://eller1agrofarm.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

I seldom leave comments on blogs, but you really impress me, also I have a few questions like to ask, what's your contact details?

-Johnson

Tanpa Nama berkata...

hey your blog design is very nice, clean and fresh and with updated content, make people feel peace and I always like browsing your site.

- Norman

Tanpa Nama berkata...

awesome blog, do you have twitter or facebook? i will bookmark this page thanks. lina holzbauer

Tanpa Nama berkata...

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.

:: Inspirasi Diri :: berkata...

i like this info...sekurang-kurangnye blh la try biakkan ikan ini..heheh

Tanpa Nama berkata...

X sabar tunggu 6 ekor guppy bunting tu kempis perut dia...heheheh smlm mati sekor sekali belah perut dia ada 6 baby dah yg nmpk mata dia... Sedihnye