Ahad, Januari 24, 2010

Pegedil Daging

Dah lama aku nak buat pegedil ni tapi asyik tertangguh je sbb tak sempat nak berlama2 di dapur. Bila bercuti, aku sempat menyediakan beberapa resepi kegemaran keluarga. Ni adalah salah satunya...pegedil daging. Kalau nak ubah jadi pegedil ikan atau ayam pun boleh. Tukarkan saja daging cincang dengan ayam cincang atau isi ikan. Sesetengah org suka goreng kentang tu dulu baru lenyek tapi aku lebih suka direbus tanpa goreng (tak mau banyak kali goreng).

Bahan-bahan ( utk 3 orang )

  • 2 bj kentang(rebus hingga empuk)
  • segenggam daging cincang
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu makan bawang goreng (jika suka)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 1 sudu makan tepung jagung
Cara membuatnya;
1. Kentang yg siap direbus dilenyek.
2. Masukkan daging cincang, garam, lada sulah, tepung jagung, bawang goreng dan daun sup
3. Gaul sebati semua campuran bahan tadi dan kepal mengikut saiz yg disukai.



4. Celup kepalan bahan (no 3) ke dalam telur yg telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak panas.
5. Bila dah kekuningan angkat dan hidang.


Dah siap..bolehlah dimakan dengan mee soto, nasi, bihun atau dimakan begitu saja...

Sabtu, Januari 09, 2010

Tasik Meromiktik

Persekolahan rasmi telah bermula dan pelbagai aktiviti dijalankan di dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran luar bilik darjah banyak membantu pelajar memahami sesuatu pelajaran dengan lebih baik dan mengalami sendiri apa yg dipelajari tersebut. Kalau kau orang ada kesempatan untuk membawa pelajar mengikuti rombongan, aku cadangkan kau orang bawa pelajar melihat sendiri Tasik Meromitik di Pantai Kerachut, Pulau Pinang.

Pernah dengar tak tentang Tasik Meromiktik? Tasik ni merupakan fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting ni akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa oleh ombak besar sehingga membentuk sebuah lagun bermusim yang kemudiannya terjadinya tasik meromiktik ini.

Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatan, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik (air tawar) akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk tetapi di sebelah bawah pula, panas. Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September).

Gambar yg aku paparkan ni adalah gambar lama sewaktu aku membawa pelajar mengikuti rombongan ke Taman Negara dan melihat Tasik Meromiktik ni. Memang berbaloi membawa mereka ke sini walaupun banyak peristiwa yg terjadi sewaktu mengendalikan rombongan yg seramai dua bas!

Kami memilih melalui jalan darat, mendaki bukit dan berjalan hampir 40 minit (banyak berhenti rehat). Agak mencabar juga bagi sesiapa yg kurang stamina atau kurang lasak. Bagi pelajar mereka tak ada masalah tetapi bagi guru yg dah berusia ni, nak daki bukit memanglah lambat sikit. Bagi sesiapa yang tak mahu berjalan di dalam hutan, perkhidmatan bot ada disediakan... tambang pun boleh tahan.


Jeti tempat menaiki bot.


Tasik ni sangat luas.


Titi gantung dan anak tangga yg digunakan untuk menuruni bukit melalui jalan darat. Ini adalah bahagian tasik Meromiktik yg telah terbentuk hasil daripada air laut yg dibawa oleh ombak besar dan terkumpul di dalam tasik (ada beting pasir yg menghalang air ke laut).


Permandangan laut yg bersih dan terjaga. Di hujung tanjung ni ada tempat pengumpulan dan penetasan penyu. Sesiapa yg nak tengok penyu bertelur boleh berkhemah di sini tetapi kena buat permohonan pada pegawai perhilitan dulu.


Pelajar seronok mandi laut dan bermain air.


Bahagian pasir yg dilalui oleh pelajar-pelajar ni merupakan beting pasir yg menghalang laluan air laut dengan air tawar.


Cuba perhatikan tasik yg terbentuk berada di sebelah kiri gambar dan di sebelah kanan pula adalah laut. Warna air pun berbeza..


Bila mandi dalam tasik ni, baru dapat rasakan air di bahagian bawah panas dan di bahagian atas pula sejuk.


Disebabkan semua dah keletihan, jadi kami pulang menggunakan bot pada petang tu. Mulanya takut juga kalau ombak besar tetapi nasib kami baik kerana sepanjang perjalanan menaiki bot, tiada ombak besar berlaku.


Sebahagian pelajar yg menaiki bot terakhir... ada empat bot kesemuanya.


Batu buaya...


Batu buaya dari pandangan hadapan.

Macamana? Teringin nak datang ke sini? Datang dan tengok lah sendiri tasik ni kerana ini adalah tasik yg unik dan hanya terdapat di Pulau Pinang. Keadaan percampuran laut masin dan tawar ni ada di dalam Al-Quran dan benarlah dipertemuan kedua-dua laut dan air tawar akan terdapatnya mutiara dan marjan. Sebab tu lah memang terdapat mutiara di kawasan Pulau Pinang...Pulau Mutiara!

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Rahman ayat 18 hingga 23 yang bermaksud;
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?