Selasa, Jun 14, 2011

Masalodeh


Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )


2 genggam kacang dal - direndam semalaman

1/2 bii bawang besar-didadu

Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris

Daun kari -dihiris

1/2 kiub pati ikan bilis

1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar

1/2 biji telur


Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air. Kalau tak hancur sangat pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.

3 ulasan:

aidah berkata...

Salam, dah lama tak singgah kat sini. Sihat ke? sy pun dah lama tak update blog. Busy sejak kebelakangan ni. Masalodeh ni memang sy suka sangat, tapi tak pernah buat, selalunya beli je. Boleh lah sy cuba nanti

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Shaniza

Kak suka masalodeh tapi tak pernah nak buat sendiri, biasanya beli je di pasar malam seketul dua.

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor berkata...

Salam.. wah!!! sedapnya... lama tak makan ini. Nak cuba , nak cuba petang ni....