Sabtu, Julai 17, 2010

Bingka Ubi Kayu

Harga barang dah naik.. tiba-tiba teringatkan ubi kayu yang pernah menjadi santapan 'ruji' penduduk Tanah Melayu zaman Jepun. Arwah ibuku pernah menceritakan penderitaan yang ditempuh sepanjang zaman tersebut. Masa tu arwah ibuku masih kanak-kanak dan makanan mereka pada masa tu, seadanya sahaja. Pada masa tu arwah Tok Wan ku tinggal di Matang Gerdu, Perak dan merupakan seorang guru. Ubi kayu dimasak dengan pelbagai resepi hinggakan kulit ubi kayu pun dimakan juga...buat kerabu atau goreng macam kerepek.

Tapi takkan la kita pun nak balik ke zaman tu kan? Apa pun mari kita cuba resepi bingka ni.. makan masa hujan tentu sedappp..


Bahan-bahannya:

1 kg ubi kayu - dikupas, diparut dan buang airnya (sejat)
150 gram gula pasir
1/2 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning - jika perlu
1 biji telur (dipukul )
250 ml santan daripada 1/2 biji kelapa

Cara membuatnya:

1. Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk

2. Kemudian masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning (jika perlu) dan telur.

3. Kacau, kemudian masukkan santan kacau lagi hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.

4. Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya.

5. Bakar pada suhu 300 darjah Celsius, 30 minit atau hingga permukaannya kekuningan. Biar sejuk sebelum dipotong.

2 ulasan:

a kl citizen berkata...

memang suka bingka ubi...

terbaru dari saya : manjakan diri

CIKGU ZAM berkata...

salam, memang saya suka sangattttt kuih bingka tu, (",) lame dah tak ku temu.