Selasa, Jun 08, 2010

Roti Bakar Mata Kerbau

Semua jenis roti mengandungi lemak yang rendah dan boleh membekalkan protien, karbohidrat dan serat. Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu dengan memotong dengan
tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Kadangkala anak2 sukar utk makan makanan yg disediakan. Apa kata cuba resepi ini utk menarik minat anak2 makan terutamanya sarapan pagi.

Bahan;

1/2 buku roti
4 biji telur ayam (kecil)
Mayonis
serbuk lada sulah/ lada hitam
daun sup

Cara Menyediakannya;

1. Ambil sekeping roti dan potong bulat dibahagian tengahnya, seperti dlm gambar.
2. Sapu sekeping roti lain dengan mayonis.


3. Letakkan kepingan roti yg berlubang di atas roti yg disapu mayonis tadi.
4. Pecahkan telur ditengah2 lubang roti tadi.


5. Bakar roti sehingga garing dan telur menjadi separuh masak.
6. Letakkan lada sulah dan hirisan daun sup di atas telur spt dlm gambar.

7. Hidang dan siap utk dimakan...selamat mencuba.

7 ulasan:

n0vemBer zuLu berkata...

comelll nyaaa rotiii hahha

nnti nak mkn kena snap pic dulu.

cemomoi berkata...

wooo kreatif tul... mengancam, lapo pulok rasanya... potong bulat tu tekap dengan tutup tupperwear ke

Acik berkata...

To inas..
Try le mudah dan sedap. Ambil gambo nanti senang nk buat utk anak2 inas pula..

To cemomoi..
potong bulat boleh guna acuan utk buat pie atau guna gelas/bekas minuman pun boleh.

anismi berkata...

Salam kak Niza,

Wah...nampak menyelerakan... mesti budak-budak suka makan roti tu...sangat kreatif...

a kl citizen berkata...

sukanya tengok roti ni

Sebuah Catatan Perjalanan Hidup berkata...

Kreatif sungguh..nk try lah

Sebuah Catatan Perjalanan Hidup berkata...

Kreatif sungguh..nk try lah