Ahad, Ogos 30, 2009

Ikan Beranak.

Pernah dengar tak ikan hiasan yang beranak? Tentu kau orang terfikir ikan yang beranak ialah ikan paus, dugong atau yang sejenis dengannya kan? Memang ikan tu jenis yang beranak tapi kalau nak jadikan ikan tu ikan hiasan...tentu kau orang seorang yang kaya! Bayangkan saiz ikan tu..tentu perlukan kawasan luas dan berhampiran laut macam underwater world.

Ikan hiasan yang beranak kebanyakannya bersaiz kecil tergolong dalam keluarga poeciliidae seperti mosquito fish, guppy dan merry widow. Terdapat juga spesis-spesis lain daripada keluarga-keluarga anablepidae (four-eyed fish), goodeidae (orange-tailed goodeid) dan exocoetidae (half-beak fish). Aku hanya fokuskan tentang ikan mosquito dengan ikan guppy yang rupanya hampir sama tapi guppy lebih cantik. Kedua-dua ikan ni memakan larva dan nyamuk. Elok sangat dibela di rumah untuk menghindari pembiakan nyamuk dan jentik-jentik serta boleh dijadikan bisnes (permintaan tinggi untuk ikan hiasan).

Ikan jantan mudah dikenali kerana kebanyakannya mempunyai gonopodium yang terjulur menggantikan sirip duburnya. Ikan betina pula mempunyai liang atau lubang genital. Seperti ikan jantan, lubang genital mungkin terletak di sebelah kiri atau kanan badan. Jadi apabila hendak bersatu, ikan terpaksalah mencari pasangan yang bersesuaian. Persenyawaan berlaku secara dalaman. Ikan jantan akan memasukkan alat kelaminnya yang dipanggil gonopodium ke dalam lubang genital ikan betina dan melepaskan miltnya. Tempoh bunting adalah dalam lingkungan satu bulan mengikut spesis masing-masing.

Ikan mosquito jantan lebih kecil dari betina.
Ni rupa ikan betina..tak ada warna.

Jantan dia pun tak dak warna.

Ikan ni banyak dalam sungai, paya atau longkang.

Ikan guppy jantan cantik berwarna tapi guppy betina tak.
Guppy jantan bersaiz kecil tapi betina bersaiz besar.

Ketika memilih ikan jantan untuk dijadikan induk, pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang disukai:
􀄆 Bentuk badan yang besar, cantik, menarik, gagah, sihat dan segar.
􀄆 Sirip kaudal atau ekor yang kembang.
􀄆 Siripnya pun ada warna yang seragam.
Memilih ikan betina untuk dijadikan induk agak rumit sebab ia tidak menunjukkan ciri-ciri genetik yang ketara seperti ikan jantan. Ikan betina seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:
􀄆 Bentuk badannya besar, tegap, dan cantik.
􀄆 Bentuk dan warna ekornya biarlah yang cantik.

Kecantikan warna ikan betina tidaklah begitu penting, memandangkan anak-anaknya nanti akan lebih mengikut ciri-ciri ikan jantan. Pemilihan induk jantan lebih diutamakan. Inilah baka asas pemilihan mengikut kegemaran kau orang. Kau orang boleh mengekalkan keunikan baka pilihan ini sampai ke anak cucu ikan melalui teknik pembiakan yang dikenali sebagai line breeding. Bab-bab nak biakkan ni kau orang kena belajar sendiri sebab aku pun baru nak belajar..Nama ikan pun baru nak kenai...
Neon Blue Tux

Guppy Flame

Guppy Calico Lyre Tail

Guppy Blond Cobra

Guppy Dragon

Guppy Green Cobra

Selasa, Ogos 25, 2009

Sup Cendawan Ayam Organik

Hujan-hujan ni sedap kalau kita pekena sup..Bayangkan sup ekor, sup gear box, sup bebola ikan dan macam-macam sup lagi. He..he..bulan puasa ni sebut je sup apa, tentu sedap rasanya. Kalau nak berubah selera apa kata kita cuba sup cendawan ni. Ayam yang aku guna adalah ayam organik HPA sebab ayam tu lebih sedap dan kurang lemak...selamat mencuba.

Bahan-bahan ( untuk 6 org )
1 keping dada ayam (potong kecil-kecil)
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam atau 1 camca sedang stok pekat ayam.
1 tin kecil cendawan butang (dihiris kecil-kecil)
sedikit garam
1 cawan tepung gandum



Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara-cara membuatnya.


1. Masukkan ayam dan air ke dalam periuk, rebus sehingga masak.


2. Masukkan susu dan kiub ayam, masak dengan api yang perlahan.


3. Masukkan cendawan butang ke dalam periuk. Tambah garam.


4. Bancuh tepung gandum dengan air (jangan bagi bergentel). Kemudian masukkan bancuhan tepung, kacau sehingga pekat.


5. Sup yang siap untuk dimakan.

* Sup ni sedap dimakan dengan roti perancis yang telah dibakar.. Tapi aku guna roti bakar biasa je sebab tak dak roti perancis..

Ni rupa roti perancis @ french loaf

Roti yang telah dipotong, letak sos bawang putih dan bakar sikit...(^_^)

Ahad, Ogos 02, 2009

Kuda Laut Dan Naga Laut

Minggu ni beban kerja begitu menyakitkan...kalau layan sangat, mesti boleh stres dan akhirnya boleh jadi darah tinggi..
Mai kita relaks minda dengan tengok gambar-gambar kuda laut dan naga laut ni.. nampak comel dan tenang.




Kuda laut termasuk dalam jenis ikan, dan bernafas dengan insang. Ukuran mereka bervariasi dari sekitar 4 sampai 30 sentimeter.


Naga Laut (phycodurus eques) rupanya kelihatan seperti daun yang membantunya bersembunyi di antara rumput-rumput laut, sehingga baik mangsa maupun predatornya sulit mengetahui kehadirannya. Naga laut boleh ditemui di Australia. Naga laut dewasa berukuran 45cm (18 inci).


Yang ni permandangan yang tak ingin kita lihat.... kuda laut dah dikeringkan berkotak-kotak pula tu. Khabarnya untuk dijadikan ubat khususnya ubat xxx...

Jumaat, Julai 24, 2009

Mai Belajag Buat Kek Pelangi..

Minggu ni aku tengah 'rajin' ajar pelajar tingkatan 3 buat kek pelangi.. Tajuk yang paling seronok bagi depa. Bagi aku, ni la tajuk yang senang diajar kerana bagi je barang pada depa, depa ikut resepi dan buat ikut arahan. Masing-masing teruja nak tengok hasilnya kerana ada diantara mereka ni yang tak pernah buat kek. Anak orang berada tak pernah tolong di dapur dan yang tak berada, walau rajin di dapur tapi nak jumpa ketuhar memang le tak ada di rumah depa. Jadi tajuk ni le yang ditunggu-tunggu sampai ada yang asyik bertanya setiap hari..xcited habis.

Aku janji nak bubuh gambar kek yang depa buat dalam blog aku..kalau mungkir janji tak elok kan? Resepi yang ada dalam buku teks sekolah ni kalau disimpan pun berbaloi sebab resepi ni dah diuji dan insyaAllah boleh menjadi. Teringat aku masa sekolah dulu-dulu, aku buat buku resepi mula dari resepi buat air hinggalah tajuk yang susah seperti pastri kelopak, pastri lapis, aising kek, masakan yis, flan, pai dan banyak lagi..memang amat berguna, sebab aku masih rujuk buku tu bila nak buat biskut, kek dan masakan lain.

Resepi kek pelangi atau kek marble ni pun aku ambil daripada buku teks tingkatan 3. Resepi ni boleh menghasilkan kek bersaiz sederhana besar (1/2 kilo).
Bahan-bahan:

150 gram marjerin/mentega }
135 gram gula } putar hingga kembang

150 gram tepung gandum }
1 camca teh sebuk penaik } diayak

3 biji telur }
1 camca teh esen vanila } di pukul sebati

sedikit perwarna merah dan hijau.

Cara Membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 'c.
2. Gliskan acuan kek dengan marjerin.
3. Putar marjerin atau mentega dan gula hingga kembang dan berwarna krim.

4. Masukkan campuran telur sedikit demi sedikit.

5. Kaup balikkan tepung sehingga sebati dan bahagikan kepada tiga warna iaitu merah, hijau dan warna asal (plain).

6. Setelah itu, masukkan secara berselang seli setiap warna ke dalam bekas kek.

7. Ambil pisau pelepa dan 'pusing' ikut jam adunan tadi sehingga putarannya berakhir di tengah.

8. Masak kek sehingga berwarna keperangan atau lebih kurang 30 -40 minit.


Ini rupa kek yang dah masak..tapi budak-budak ni dah telangkupkan kek tu ke bawah. Yang nampak ni bahagian bawahnya la..


Ni le rupa kek yang baru dipotong...kejap je ada dalam pinggan..lepas tu lesap dalam perut..
Tengah menbahagi-bahagikan kek...satu untuk kau, satu untuk aku, satu untuk cikgu... he..he.. setiap kumpulan bermurah hati bagi sepotong kek untuk cikgu rasa...kalau tak rasa kecik hati pulak..last-last cikgu yang naik muak makan kek sebab tiga hari berturut-turut makan kek yang sama...mana tak naik badan..
P/s Linda...kek ni boleh buat jamuan ari raya atau jamuan masuk umah baru...^_^

Rabu, Julai 22, 2009

Biskut Koko Rangup

Biskut yang dibuat dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas (gaul hujung jari je) senang dibuat dan kemenjadiannya..insyaAllah boleh jadi. Marjerin atau mentega perlu dibekukan dan dipotong kecil-kecil sebelum digaul ke dalam campuran tepung. Waktu gaul dengan hujung jari, 'tarik' menghala ke atas ketulan tepung dan mentega agar menjadi berderai seperti serbuk roti.

Resepi biskut koko ni agak mudah dibuat dan sedap dimakan. Kedua-dua anak perempuan ku buat sendiri tanpa bantuanku. Hasilnya memang boleh dibanggakan cuma disebabkan biskut tidak ditekan kuat dan rata, biskut jadi mudah pecah. Tapi sebab ni kali pertama mereka berdua buat sendiri..aku kata ok. Lepas ni diaorang nak buat lagi, nak dapat hasil yang lebih baik.. chaiyo!

Bahan-bahan
50 gram mentega (Bekukan dalam peti sejuk)
*70 gram tepung
*15 gram serbuk koko
*1/8 camca teh serbuk kulit kayu manis
*1/4 camca teh baking powder
*40 gram gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar ke 180C. Alas dulang dengan kertas surih.
2. Potong mentega sebesar 1 cm.
3. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *.
4. Ramas-ramaskan dengan hujung jari mentega dan bahan ayak sehingga jadi seperti serbuk roti.
5. Ambil 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam dulang dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. (pastikan betul-betul padat supaya bila dipotong tidak berderai)
6. Ambil adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
7. Bakar selama 25-30 minit.
8. Potong memanjang 1-2cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Adunan yang aku bagi ni boleh hasilkan lebih kurang 18 hingga 21 keping je..kalau nak lebih, tambahkan adunannya sendiri.
Ni le biskut koko rangup yang anak aku buat...