Ahad, Ogos 14, 2011

Suci Dalam Debu

  • beberapa keping kulit popia (dipotong 4)
  • 2 sudu besar Nestum
  • 2 sudu besar Susu tepung
  • 1 sudu besar gula halus

Cara-cara

  1. Lipat kulit popia yang telah dipotong empat 2 kali dari bucu ke bucu. Pastikan ia tidak terbuka. Untuk melekatkannya, gamkan dengan air yang dibancuh dengan sedikit tepung jagung di bucu kulit popia.
  2. Panaskan kuali sehingga betul - betul panas.
  3. Masukkan kulit popia ke dalam kuali. Gorengkan ia sekejap sahaja kerana ia mudah masak dan garing.
  4. Kisar nestum, susu tepung dan gula bersama.
  5. Golekkan popia yang telah siap digoreng di dalam campuran tadi. Golekkan sampai habis popia goreng.


p/s Naim dan kawan-kawan yang nak resepi paling mudah dan sedap, inilah resepi yang sesuai.