Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
2 genggam kacang dal - direndam semalaman
1/2 bii bawang besar-didadu
Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
Daun kari -dihiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
1/2 biji telur
Cara-cara
- Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air. Kalau tak hancur sangat pun takpe.
- Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
- Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
- Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
- Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.