Jumaat, April 30, 2010

Nasi Kerabu



Dah 5 hari aku tahankan diri tak makan nasi. Tapi hari ni salah seorang kawanku belanja makan, aku pun tak dpt nak tolak. Dia belanja nasi kerabu yg sehari dua ni asyik ada dimindaku...

Aku pernah juga buat nasi kerabu ni (dengan kawanku) masa ada gerai jualan di sekolah dulu. Resepi nasi kerabu ni, aku ikut dlm buku dan pernah tengok kawanku yg telah berpindah semula ke Kelantan membuatnya..

Bahan-bahan (utk 5 org)
6 cawan nasi putih atau nasi warna biru.

Bahan untuk Sambal Ikan :

3 ekor ikan kembung - panggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - jadikan kerisik
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara menyediakannya:
1. Gaul isi ikan panggang, kerisik, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
2. Masukkan gula, lada hitam dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat

SAMBAL KELAPA

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

Cara Menyediakannya

1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.


Bahan untuk kuah :

4 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
Sedikit belacan - kisar
10 tangkai cili kering - kisar
2 cm halia - kisar
2 cawan santan cair
1 batang serai - hiris halus
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:
1. Masak santan dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.

2. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.

ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

SOLOK LADA


10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat

Cara Menyediakannya

1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

IKAN GORENG CELUP TEPUNG

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya

1. Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

2. Panaskan minyak.

3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.


CILI PADI JERUK

1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.

2. Campurkan 1 camcateh garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

3. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.


Cara Menghidang

1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, kuah dan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

Khamis, April 29, 2010

Spaghetti Carbonara Mudah.

Kali ni aku nak kongsi resepi mudah dan paling 'malas' yg aku buat. Anak2 nak makan spaghetti waktu malam. Jadi nak buat segera, aku gunakan sos carbonara mushroom dalam tin dan diolah ikut selera anak2.



Bahan:

1 bungkus spaghetti direbus dgn sedikit minyak & tos
2 sudu makan olive oil
300gm Isi ayam
1 tin carbonara mushroom
sedikit fresh milk
1/2 tin button mushroom(slice nipis)
2 camca besar puri tomato
1 biji bawang besar didadu
3 biji bawang putih ditumbuk halus
Lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan olive oil, tumis bawang putih & bawang besar yang didadu tadi sampai wangi.
2. Masukkan isi ayam dan puri tomato, masukkan sedikit air tunggu sehingga masak baru masukkan mushroom.
3. Masukkan fresh milk & carbonara mushroom,
4. Masukkan garam & lada sulah secukup rasa.
5. Lastly masukkan spaghetti, kacau rata

Ahad, April 25, 2010

Steam Chicken & Black Pepper



Bahan:

2 keping isi ayam }

1 camca teh Sos Tiram }

1 camca sedang Kicap Cair }

2 ulas bawang putih (cincang halus) }

1 camca sedang minyak bijan } perap selama sejam

½ camca besar Perencah lada Hitam }

1 camca sedang Sos Cili Thai }

1 camca sedang Sos Tomato }bancuh sekali

1 cawan air }

100 gm sayuran campur

½ biji bawang besar (dadu)

1 biji tomato (dipotong baji)

minyak untuk menumis

Hiasan

Cili merah

Daun bawang


Cara membuatnya

1. Kukus ayam yang telah diperap sehingga empuk.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang telah didadu.

3. Masukkan bancuhan Perencah lada Hitam, Sos Cili Thai dan Sos Tomato.

4. Masukkan tomato yang dipotong baji dan sayuran campur.

5. Apabila sos agak pekat, angkat dan tuang di atas ayam yang telah dikukus tadi.

6. Hidang dan hias.

Sabtu, April 24, 2010

Biskut Jejari Oat


Bahan-bahannya

250 gram mentega
4 oz gula Caster
2 cawan oats dikisar
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum

Gula aising secukupnya
Susu tepung secukupnya

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.

2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati. Masukkan rolled oats, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan seperti jejari atau bentuk ikut suka. Bakar pada suhu 170 'C selama 10 - 15 minit.

4.Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan gula aising dan tepung susu