Ahad, September 23, 2012

Bukan Sekadar Resepi


















Dah dua minggu beli buku 'Bukan Sekadar Resepi' tetapi baru hari ni berpeluang nak komen di sini. Aku dah baca buku ni walaupun tak habis lagi tapi ada sesuatu yang istimewa tentang buku ni. Bukan hanya resepi yang dipaparkan tetapi cerita di sebalik resepi turut diselitkan. Penceritaannya menarik dan aku teringat masa kecil ketika baca kisah di sebalik resepi ke 2 'Sayur Lemak Mengkudu'. Di sini aku letakkan sikit petikannya.

'Masya-Allah! Sayur lemak yang tinggal 'hujung-hujung itu terasa enak sekali. Saya mahu lagi. Namun, emak katakan itu sahaja yang tinggal, sayur sudah habis. Saya kecewa.
Saya berdegil tidak mahu mnerima sebarang alasan, saya meminta berkali-kali untuk menambah sayur itu. Emak juga memberikan alasan yang sama. Perasaan tidak puas hati meluap-luap dan darah mula naik ke kepala. Saya terus melepaskan suara setinggi mungkin. Menangis sekuat hati, meronta sekuat tenaga serta berguling-guling di atas lantai dapur.
"Saya mahu sayur daun mengkudu! Mahu sayur daun mengkudu!"

Dalam buku ni penulis nak kan sayur mengkudu lepas kena panggil makan oleh bapanya (mak dia panggil dia tak endahkan) Tapi aku pula jenis tak mahu makan. Jenuh kena paksa dan sebab protes aku letak sos cili banyak-banyak dalam nasi. Lepas makan semulut dua, aku tolak tepi. Pedas! Alasan baik punya... hi..hi..hi. Sayur mengkudu memang aku tak pandang.

Zaman kanak-kanak sangat indah dan bila dibukukan berserta resepi seperti buku ni, memang sangat menarik dan penuh nostalgia. Buku ni pun ada gambar yang menarik dan resepinya pun mudah diikuti. Cubalah dapatkan buku ni..(aku tak dpt sen pun walau aku promote) Sekadar perkongsian pengetahuan agar semua dapat memanfaatkan.















Tiada ulasan: