Isnin, Mei 21, 2012

Majlis Perasmian MSSM di Perlis - Rekod Malaysia

Malam ini akan di adakan majlis perasmian kejohanan olahraga MSSM di Perlis. Dianggarkan 15,000 orang pelajar akan mengambil bahagian di dalam persembahan perasmian tersebut. Sekolah aku terlibat di dalam persembahan tarian dan juga gendang satu ritma, satu Malaysia.
Pelajar dan guru dah ambil masa berbulan untuk persediaan ni. Selama 3 hari berturut-turut latihan penuh di adakan di stadium. Apa yang membanggakan 900 pelajar sekolah aku  dan 300 pelajar SMK Arau terlibat dalam permainan gendang ala-ala di Beijing, China.
Malam ni akan diumumkan persembahan pembukaan ni telah mencatat rekod Guinness Malaysia. Gambar di bawah adalah gambar kelmarin, sewaktu latihan. Solat perdana turut diadakan dan malam ni lebih ramai yang terlibat.. semoga semua berjalan lancar. 
Harap tak ada lagi pelajar yang tersesat naik bas atau tertinggal bas...


Tiada ulasan: