Isnin, Disember 05, 2011

Batuk atau Batok?

Hari ni anak ke 3 berdebat dengan kakak sulungnya tentang perumpamaan " bagai melepaskan batuk di tangga." kedua-dua mempunyai tanggapan berbeza tentang maksud batuk tersebut.

Kakak memahami batuk itu adalah seseorang itu batuk iaitu mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Macam orang batuk tak lepas, berdehem.

Adik lelakinya pula memahami batuk tu adalah sejenis alat untuk membasuh kaki orang zaman dulu.

Masing-masing berhujah dan mempertahankan apa yang mereka belajar di sekolah. Aku bukanlah cikgu bahasa jadi terpaksa rujuk kamus dewan. Dalam kamus Dewan tertulis di bahagian akhir maksud batuk (mengikut pandangan kakak); peribahasa melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.

Tetapi perkataan batuk yang diajar oleh cikgu BM adik lelakinya pula, sebenarnya mempunyai ejaan berbeza iaitu 'batok' berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud tempurung. Masyarakat Melayu lama menggunakan batok untuk membasuh kaki pabila pulang dari kebun atau sawah. Kemudian, batok itu disangkut mereka dengan baik untuk mengelakkan batok itu pecah. Jadi pada pendapatnya perumpamaan itu tepat dengan perbuatan orang yang membuat sesuatu kerja sambil lewa saja, iaitu melepaskan alat tersebut dari anak tangga tanpa menyangkutnya.

Jadi aku kira dua-dua boleh pakai..janji tak lari maksud peribahasa atau perumpamaan itu.


Image dr pakcik google..

P/s cantik juga kalau mandi guna alat ni, letak pula bunga-bungaan, ayu saja nampaknye. Tapi bila memikirkan umur aku hari ni dah makin bertambah, tak jadilah. Tunggu org bg mandi jenazah, letak daun bidara, lepas tu ditabur bunga-bunga..hapy bday untuk diri sendiri..makin tua aku ni.

3 ulasan:

Nida berkata...

salam..

oooo.. barulah Nida tahu apa nama benda ni.. selalu sebut tempurung buat cedok je..hehe

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum shaniza

Baru tahu ada 'batok' hari ini.. kak cuma ingat batuk je dalam peribahasa tu, elok juga ya perbahasan ini.

Masa kanak-kanak dulu ada guna tempurung ni buat cedok air dalam tempayan tepi tangga urntuk basuh kaki sebelum naik ke rumah.

ahsfantasy24 berkata...

Ada sedikit kekeliruan mungkin
sebab dahulunya dieja dalam jawi :)

Latest Post:
1. Rozita Che Wan Bertudung: Alhamdulillah
2. Tuan hakim tolonglah, dia tu psiko!