Ahad, Oktober 23, 2011

Ustad Ikan Haruan

Kawanku pernah bercerita kisah ni sewaktu dia berkunjung ke rumah kenalan di Ladang Tebu, Cuping. Kisah ini adalah kisah benar tetapi bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana yg hidup mahu pun yang mati termasuklah ikan haruan di dalam cerita ini;

Ada seorang lelaki yang telah menangkap ikan haruan di dalam petak sawah kepunyaan orang. Dia jumpa seorang ustad utk tanya hukum memancing ikan di dalam petak orang tersebut. Ustad membuka kitab berwarna hijau lalu berkata,

Ustad: "Hukum dia haram, sebab ambik ikan dalam petak orang. tak boleh makan ikan tu."

Lelaki: "Haram ye ustad?. Sebenarnya ikan yg saya tangkap tu besar dan banyak. Cadang tadi nak bagi kat ustad tapi dah ustad kata haram, saya kena lepas baliklah."

Ustad: "Err..nanti ustad rujuk kitab satu lagi. (ustad buka kitab warna kuning pula) Ha! tengok ni. dalam kitab ni kata, boleh makan ikan tu sebab ikan tu boleh berenang merata tempat dan tak hidup dalam petak tu saja. Jadi tak boleh kata ikan tu milik tuan petak tu. Ikan tu bebas pi sana sini."

Lelaki: "Jadi maksud ustad ikan tu boleh makanlah? (Kata lelaki tu sambil garu kepala, konfius)

Ustad: "Boleh tak dak masalah. Tak haram, tak dosa."

Lelaki: "Kalau gitu, saya bagi ikan tu kat ustad."


Moral cerita: Jgn percaya sgt org yg bergelar ustad, tengok dulu betul-betul. Takut kita rujuk pd bukan ahli, boleh tukar-tukar hukum ikut selera...waulahualam..
Ikan ini bukanlah ikan haruan tetapi ikan kap diperbuat dari coklat. Sapa-sapa nak tempah, hubungi anakanda ku di sini

3 ulasan:

Nida berkata...

kalau saya jadi lelaki tu pun confuse..hehe. Ada juga insan begitu ye :)

Cikguzam berkata...

Salam Puan,
cantik berseri ikan tu, kanak-kanak pasti gemar. looked beautiful

cemomoi berkata...

sian kat ustat tu, masih keliru dengan dunia atau akhirat