Jumaat, September 30, 2011

Silapkah Aku membuat keputusan?

Kadangkala aku terfikir silapkah aku membuat keputusan untuk anak aku? Mungkin ada kawan memandang sinis kerana anak aku tidak memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi lagi sebaliknya masih mengikuti kursus pembuatan coklat peringkat sijil di bawah seliaan Mara. Dia belajar dengan pengusaha coklat yang berdaftar dengan Mara dan akan berakhir bulan November ini.

Perancangan aku, selepas ini aku nak masukkannya ke Politeknik (kalau dapat) atau mana-mana institusi pengajian yang menawarkan kursus perniagaan dan juga kursus pembuatan makanan. Aku cuma nak merealisasikan impiannya untuk membuka sebuah industri kecil pembuatan coklat, kek dan biskut.. sesuatu yang kawan-kawan kata tak glamour.

Kawan aku pernah di tegur oleh seorang kawan yang lain kerana berniaga dengan kata-kata, " tak malu ke berniaga?" Rupanya kerjaya sebagai seorang peniaga atau usahawan dianggap 'low class' dan hanya untuk orang yang gagal mendapatkan peluang pekerjaan di sektor swasta atau kerajaan.

Itu pendapat dia. Pada aku, bidang perniagaan adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w kerana Rasulullah s.a.w sendiri merupakan peniaga yang pada mulanya membantu seorang usahawan perempuan dan yang kemudiannya menjadi isteri Baginda iaitu Saidatina Khadijah r.a.

Dua hari lepas semasa memandu ke tempat kerja terdengar siaran radio yang membincangkan tentang kenaikan umur persaraan swasta dinaikkan ke 64 tahun. Jadi kesannya makin bertambahlah graduan menganggur selepas ini jika hanya harapkan peluang kerja di sektor kerajaan atau swasta.. kerajaan pun dah naikkan had umur persaraan.

Bila direnungkan kembali, serasanya aku tidak silap membuat keputusan malah selepas ini aku akan pastikan semua anak-anak menjadi seorang usahawan di dalam bidang masing-masing mengikut apa yang mereka minat.. kami siap berangan-angan nak jadikan satu blok bangunan yang di usahakan oleh anak-anak dengan mengambil contoh macam group Ikhwan Enterprise yang ada macam-macam perniagaan dalam satu blok bangunan.
Sesiapa berminat nak tempah coklat hand made yang anak aku buat bolehlah contact dia di blog dia atau facebook dia.

Link




Already tagged

1 ulasan:

maiyah berkata...

assalam..

mmg x slh pun.. sapa le yg rsa beniaga ni low klas.. mmg buta zaman le hehe

moga akan sukses ya ;)