Salam buat semua teman.
Dah lama blog ni terbiar bersawang. Hari ni rasa nak buang sikit sawang-sawangnya.
Hampir dua bulan menulis, akhirnya novel sulungku telah memasuki bab terakhir. Lepas ni nak edit ejaan dan susunan ayat kerana aku bukan pakar dlm BM malah bidang aku sebenarnya lebih kepada Teknikal.
Dah 3 orang aku bagi baca separuh novel ni dgn harapan dpt feed back balik. Tapi kawan2 pun sibuk juga dan dpt baca sikit sj... feed back memberangsangkan.
Novel aku tulis adalah kategori novel dewasa bertemakan, of couse... cinta dan kasih sayang. Tapi cinta yg aku tulis lebih bersifat cinta suami isteri berlandaskan keimanan dan kasih sayang sesama Islam. Kekuatan iman dapat menarik dan menyatu padukan keluarga berlainan keturunan walaupun tanpa pertalian darah atau pertalian keluarga akibat perkahwinan.
Jalan cerita adalah rekaan semata-mata tetapi watak yang menjadi hero dan heroin adalah dari kisah benar yang berlaku sekitar hidup aku sendiri. Watak Sara Raihana (benar-benar wujud walaupun nama dan pekerjaannya berlainan) adalah seorang guru muda yang kematian suami selepas beberapa jam diijabkabulkan dan bertemu jodoh dengan anak muridnya sendiri yang merupakan saudara baru berketurunan Cina. Istimewanya watak anak Cina ni kerana watak ini benar-benar wujud dan belajar agama Islam sejak tingkatan 1 malah belajar Bahasa Arab juga.
Cahaya keimanan timbul di dalam dirinya dan adik perempuannya yang juga pelajar sekolah berasrama penuh.
Novel ini berjudul "Cahaya Iman" dan membawa dua maksud;
1. Cahaya keimanan lahir di dalam watak-watak yang ditonjolkan dan menunjukkan kekuatan iman mampu mengatasi segala halangan dan dugaan hidup
2. Cahaya iman juga membawa maksud Sara Raihana yang menjadi 'cahaya' kehidupan bagi suaminya yang bernama Iman...
Novel ni masih dalam penyelenggaraan dan dalam sedikit masa, Insya Allah aku akan hantar ke syarikat percetakan. Doakan agar novel sulungku ini berjaya..Insya Allah.
p/s Terima kasih Nida kerana kad raya yang cantik..akak letak tepi blog.
3 ulasan:
Salam Puan,
Selamat maju jaya dalam penulisan. Semoga novel tersebut berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan, InsyaAllah.
Salam kak niza..
Good luck... tak sabar nak lihat hasilnya...
p/s: sama-sama.. terima kasih juga sudi tepek kad saya :)
Cikgu Zam,
Salam.. terima kasih atas komen dan doa. Insya Allah berkat doa kawan2 mudah2an berhasil..
Nida..
Salam.. dah habis edit cuma nak print dan hantar. Kalau berjaya, insya Allah keluarlah buku Sarimah Shaniza yang pertama..
Catat Ulasan