Sabtu, Ogos 06, 2011

HARAM MEMAKAN LOKCHENG

Salam Ramadhan buat semua. Aku harap kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan ikhlas dan mendapat keberkatan Ilahi...Insya Allah.

Berita yang aku nak kongsi bersama-sama kau orang adalah tentang HARAM memakan LOKCHENG.

Tentu ramai yang sudah memakan makanan ni. Aku sekeluarga memang tak pernah makan benda ni sebab produk makanan dari Thailand ni kena tengok2 juga halal haramnya. Bulan lepas anak kawan baik keluargaku yang bekerja di bahagian makmal kajian makanan (aku tak tau nama jawatannya) hospital Tuanku Fauziah kangar, Perlis telah membuat kajian ke atas lok cheng dan mendapati makanan tu mengandungi DNA babi. Selepas tu mereka menyiarkan kenyataan tersebut di dalam akhbar (Akhbar mana aku tak tau sebab aku tak baca akhbar).

Lepas berita tu keluar, ada penjual lokcheng yang telefon marah2 depa terutama pegawai yg keluarkan kenyataan tu. Dia marah sebab rugi bila orang tak mau beli lokcheng yang dia jual. Pulak dah..patut bersyukur kerana ramai orang Islam tak perlu makan benda haram secara tak sengaja lagi.

Kawan aku (ustazah) yang bagitau pelajar dia mendapat respon pelbagai. Ada yang kata hari-hari dia makan benda tu dan sebut pula benda pelik2 (kata sedap dan lemak) membuatkan kawan aku naik geram. Dah la makan benda haram yg boleh jadi darah daging, selamba saja bila orang suruh bertaubat dan buat solat taubat mohon keampunan Allah. Astagfirullah...apa nak jadi generasi kini. Tak takut ke hati jadi gelap tanpa cahaya Ilahi kerana memakan benda-benda haram?


Ni la rupa lokcheng yang aku kutip dr uncle google.

8 ulasan:

izahdaut berkata...

uishh tak pernah dengar dan tak pernah makan.. takutkan makanan yang menjadi darah daging tapi kadang2 tak de penapisan yang betul

cemomoi berkata...

slamat posa kak!

ooo tak pnah nengok menda alh ni... eeelok le diwar-warkan pengharamannya

Nida berkata...

Salam Kak Niza..

First time dengar perkataan ni.. bagus juga Kak Niza share, sebab kadang2 takut kita terlepas pandang

Cikguzam berkata...

Salam Shaniza,
Begituloah zaman sekarang, buat baik akan dibenci dan dicemuh orang. Manusia yang dah ramai hilang pertimbangan akal agaknya. Bersama kita berdoa memohon ampun dosa-dosa kita, InsyaAllah.

Cikguzam berkata...

Salam Shaniza,
Begituloah zaman sekarang, buat baik akan dibenci dan dicemuh orang. Manusia yang dah ramai hilang pertimbangan akal agaknya. Bersama kita berdoa memohon ampun dosa-dosa kita, InsyaAllah.

Dahlia berkata...

salam kak niza,
lokcheng biasa org kelate yg tau name ni..eee btl ke ni.takutnye..

sy bc dlm paper, sosej pulut n chicken cake yg ada DNA babi..
tapi x sure plk lokcheng yg mcm fish ball tu blh tak..

klu dh was was x yah la kan, same je la tu, klu jula dlm bekas yg same..

shaniza berkata...

Salam Ramadhan buat izahdaut, cemomoi, Nida, Cikgu Zam dan Dahlia.

Terima kasih kerana bagi komen. Minggu lepas pembuat lokcheng dr Thailand datang berjumpa pegawai yg keluarkan kenyataan pengharaman tu. Dia marah sebab dh rugi 1/2 juta duit kita bila org tak order dh lokcheng tu. Malang sungguh bila hanya pentingkan duit tanpa kira halal haram

Sofya berkata...

mmg seram...
akak pun pernah wat n3 ni..
cuba intai..
http://sayangsofya.blogspot.com/2011/08/sosej-pulut.html