Rabu, Julai 20, 2011

Apabila Makhluk Kecik Menyerang..

Ada makhluk 'kecik' menyerang tempat kerja ku.. habis satu tingkat blok kena serang. Kawan2 dan pelajar yg kena 'serang' habis gatal2 satu badan. Ada yg bengkak2 badan selepas kena serang. Seorang senior ku kata makhluk 'kecik' ni suka serang perempuan saja, tapi tak sempat habis ketawa, dia pun kena serang.. kesian.

Teringat masa aku kena jalani latihan membina semangat sewaktu masih berkursus 22 tahun lepas... habis satu badan aku kena 'serangan' makhluk kecik ni sewaktu aku kena bermalam di hutan, camping solo. Habis bengkak mata dan badan...sakit tak terkata. Pedih betul bila nak cabut binatang tu. Lepas doktor bagi ubat sapu (mcm krim) baru binatang tu mati dan jatuh sendiri..Bahaya juga binatang ni walaupun kecik..



Ni la rupa binatang ni.. KUTU BABI namanya.. Gambar tu aku amik kat blog kawan ni.

Control pest dah datang sembur 'bahan beracun' utk matikan kutu babi ni. Berjaya atau tak aku tak pasti. Tapi rasa cuak juga ni.. esok aku sepatutnya guna 'area' tu utk PBS pelajar. Harap2 kutu2 tu dah mati.. hairan juga ye, kawasan tu tak ada babi atau anjing jadi datang dari mana kutu tu??

p/s ada satu teka teki... kenapa siput babi jalannya asyik menunduk dan pelahan je?

Jawapannya: siput tu keliru samada dia adalah babi atau siput... jadi waktu dok jalan tu dia dok fikir, " aku ni siput ke atau babi". Sebab tu le dia jalan pelahan je...he..he..he.

2 ulasan:

al-lavendari berkata...

kutu babi kurang bahaya .. babiga lagi bahaya !

Nida berkata...

senyum jap baca komen Pak Ngah di atas..

Agaknya kutu babi tu ada ler terikut sapa-sapa..