Jumaat, Julai 15, 2011

Aku Sokong Bersih...

Ya, aku memang sokong seruan bersih! Aku hairan juga kenapa ada orang yang tak suka bersih? Hidup dalam kekotoran, walhal Allah sukakan bersih dan Rasulullah saw adalah sebaik-baik contoh orang yang bersih. Rasulullah saw melalui berbagai hadis, mengajarkan agar umat Islam menjadi pelopor dalam hal menjaga kebersihan. Baik kebersihan badan, pakaian, hati maupun persekitaran. Bersih juga meliputi kebersihan I’tiqad atau Akidah, Bersih dari sifat Mazmumah ( sifat jahat dalam hati ), Bersih dari hawa Nafsu yang jahat, Kebersihan pergaulan dan sebagainya.

Hadis tentang kebersihan:

Hadis 1.

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”

Hadis 2.

“Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebahagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

Hadis 3:

“Diriwayatkan Abu Hurairah r.a. dia berkata : Rasulullah saw bersabda : Jika aku tidak menjadikan berat umatku, maka sungguh aku perintahkan bersiwak (menggosok gigi) setiap hendak shalat”. (HR Bukhari)

Sumber di sini

Kebersihan itu meliputi semua aspek dalam Islam. Barangsiapa benar-benar dapat mengamalkan kebersihan yang global secara Islam, maka oleh Allah mereka dijanjikan kemenangan baik di dunia terlebih lagi di akhirat.

Jadi kalau ada orang yang tak suka bersih, tentulah orang itu termasuk ke dalam golongan orang yang rugi...

4 ulasan:

Cikguzam berkata...

Salam Puan,
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Shaniza

Mudah2an segala kekotoran dapat dibersihkan dengan pertolongan Allah juga kita mohon..

Nida berkata...

As-salam Kak Niza..

semoga hati ini juga selalu bersih... :)

shaniza berkata...

Cikgu Zam, Kak werdah dan Nida..
Waalaikumusalam... insyaallah, mudah2an kita diberi Allah keberkatan dan kebersihan hati..