Jumaat, Mei 28, 2010

Daging Gulai Kawah. (Drp lembu yg ditag)


Ini adalah lembu wasiat yg ditag oleh cikgu Normah (a kl citizen).
Sebenarnya lembu ni patut ditag kepada beberapa org kawan lain. Tapi aku nak ubah sikit tag kali ni. Disebabkan lembu ni dah merayau masuk ke blog2 org lain, maka lembu ni patut disembelih dan dibuat kenduri. Lagi pun kan sekarang musim org buat kenduri kawin kan! Lembu ni rasanya, cukup utk semua..jemput la jamu selera...Resepi gulai daging kawah ni pun dr blog chef Hanieliza...Sedappppp!!

DAGING (lembu) GULAI KAWAH
Sumber : FP Hanieliza

Bahannya
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Jemput la makan...gulai lembu kawah dah siap!! Nak bawa balik pun boleh atau bagi kat sapa2 yg bagi lembu tag ni sebelum ni...hi..hi..hi.

Ahad, Mei 23, 2010

Satay Arnab.


Sumber gambar dan artikel di sini

Dalam beberapa penemuan terkini daging arnab dikatakan mengandungi ketotifen iaitu bahan yang mujarab dalam pembasmian dan rawatan penyakit asma. Ia juga dikatakan mujarab sebagai bahan alternatif dalam perawatan penyakit yang berkaitan dengan masalah paru-paru.
Bahagian yang paling mujarab terletak pada hati arnab. Untuk mempertahankan kadar gizi dan kandungan ketotifen ini, sebaiknya ia dimasak menggunakan konsep merebus. Kepala arnab yang terdapat otak di dalamnya dikatakan boleh meningkatkan kesuburan wanita.
Hati arnab juga mempunyai composisi yang baik untuk mengubati penyakit asma. Dagingnya yang terkenal dengan kadar protein yang tinggi dan kolesterol yang rendah adalah amat baik untuk kesihatan.
Manakala penis serta testis haiwan ini dikatakan boleh meningkatkan tenaga dalaman kaum lelaki.

Maklumat diatas dipetik dari tulisan risalah Cina lama dan ahli-ahli homeopati antarabangsa terutamanya dari Pakistan.
Jadi, apa yang ditunggu lagi, marilah kita mula berjinak-jinak dalam aktiviti pemakanan daging arnab. Kita mulakan dengan satay arnab...

Bahan:

1 ekor arnab yang siap diproses (dipotong kecil2)
5 Batang serai (kisar halus)
½ kilo bawang merah (kisar halus)
200 gram halia (kisar halus)
300 gram lengkuas (kisar halus)
50 gram jintan manis (kisar halus)
30 gram jintan putih (kisar halus)
50 gram kunyit (kisar halus)
1 cawan gula pasir
5 camca teh garam

Cara membuat satay arnab;

1. Daging arnab yg dipotong kecil diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan.

2. Bakar seperti membakar satay biasa...

Untuk kuah Satay

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 1/2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.

2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)

3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.

4. Didihkan campuran tadi.

5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.

6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.

7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay arnab.

8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala.


Sumber gambar drp pakcik google.

Ahad, Mei 16, 2010

Donat / Donat sambal

350 gm tepung gandum } ayak sedikit dengan garam
80 gm marjerin
6 camca besar susu cair (suam)
2 camca teh gula halus
1 biji telur dipukul
25 gm yis kering
minyak masak
gula halus untuk sadur

Cara:
1. Gaul ramas tepung dengan marjerin
2. Sediakan campuran yis - susu cair + yis
3. Campurkan ke dalam tepung dan gaul hingga doh lembut, letak tepi sekejap (20 minit)
4. Uli sebentar, bahagi doh kepada beberapa bahagian
5. Buat le bulat dan lubangkan, goreng...


Doh yg telah siap utk dibentuk


Lepas ditoskan, gaulkan dgn gula halus atau gula aising


kalau rajin boleh letak, coklat masakan yg telah dicairkan dan hias ikut kegemaran.


*boleh juga buat bulat2 tanpa lubang, letak sambal bilis dan timun jd donat sambal. Atau boleh letak inti kacang utk donat manis...

p/s Sumber gambar drp pakcik google.

Jumaat, Mei 07, 2010

Kuih-kuih Daripada Pastri Rapuh

Resepi asas pastri rapuh: (boleh menghasilkan 7-10 bj karipap)

120 gm tepung gandum
1/4 camca teh garam
45 gm marjerin sejuk beku (letak dlm peti ais sekejap)
3-4 camca sedang air sejuk

Cara nak buat:
1. Ayak tepung dengan garam, masukkan marjerin yang telah dipotong2.
2. Gaul dan ramas marjerin dengan tepung (hujung jari je) sampai jadi macam serbuk roti
3. Masukkan air sejuk dan uli hingga dapat doh yg lembut tapi tak melekat.
4. Bahagikan doh kpd beberapa bahagian dan canai dengan torak.
5. Letak inti karipap..dah jadi karipap, letak inti sayur jadi epok2 tapi kalau nak buat sardin gulung letak je sardin dan bakar.

* Inti Karipap.
  • 250gm ubi kentang - potong dadu
  • 100gm bawang besar- potong dadu
  • 50 gm daging - potong halus
  • minyak
  • 1 sb rempah kari (campur sedikit air)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • garam
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan seketika baru masukkan daging.
3. Masukkan garam dan biar ubi kentang empuk. Angkat dan sejukkan.


Karipap


Epok-epok sayur

* inti epok-epok sayur.
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(kesemua bahan di atas ditumbuk atau dimesin halus)
400 gm taugeh
1/2 biji sederhana sengkuang (hiris halus mcm btg mancis)
1/2 batang lobak merah (hiris halus mcm btg mancis)
garam
minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau dan biar sebentar sehingga separuh masak.
3. Masukkan taugeh dan garam. Jgn biar terlalu lama agar taugeh tak layu
4. Angkat dan sejukkan.


Sardin Gulung.

* Inti sardin gulung;
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji cili Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
3. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, cili merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
6. Tumis hingga betul² garing.

* Sumber gambar drp pakcik google....

Isnin, Mei 03, 2010

Puding Koktel Bersos Aiskrim Vanila



Bahan untuk puding;

Bahan A.

4 gm serbuk agar-agar

75 gm gula pasir

250 ml sirap koktel


Bahan B.

125 gm susu sejat / susu cair

1 biji kuning telur

½ camca teh tepung kastard


Bahan C.

½ tin koktel buah-buahan

½ camca besar mentega


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A hingga mendidih.

2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A tadi.

3. Masukkan bahan C ke dalam gelas sundae dan tuang campuran bahan AB tadi. Biar beku.

4. Tuang sos vanila di atasnya dan hias dengan ceri.


Bahan untuk sos vanila;

Bahan A

50 ml Susu Rendah Lemak

50 ml air


Bahan B

25 ml Susu Rendah Lemak

1 biji kuning telur

25 gm gula kastor

½ camca teh esen vanila

½ camca teh tepung jagung


Bahan C

1 camca besar Aiskrim vanila


Cara membuatnya;

1. Masak bahan A seketika.

2. Putar bahan B dan masukkan ke dalam bahan A.

3. Masak semula kedua-dua bahan tersebut. Angkat.

4. Masukkan Aiskrim Vanila dan setelah sejuk, tuangkan sos di atas puding.


Sabtu, Mei 01, 2010

CUKUP RASA TUNA BREAD

Kali ni aku letakkan resepi yg pernah memenangi tempat pertama pertandingan memasak kebangsaan tahun lepas, atas permintaan seorang rakan. Resepi ni ditulis dalam Bahasa Inggeris sbb pihak penaja nak begitu..


Ingredients

2 loaf of hotdog bread ( cut into 2 )

2 tablespoons tuna in can

1 egg

½ carrot ( finely chopped )

2 cabbage leaves (sliced)

2 salad leaves

1 tablespoon butter

A pinch of salt

1 tablespoon mayonnaise

Ingredients for sauce

1 teaspoon mayonnaise }

1 tablespoon Chili Sauce } mix together

1 tablespoon Tomato Ketchup }

Method:

1. Mash the tuna meat and mix well with egg.

2. Add a pinch of salt.

3. Mix sliced cabbage and chopped carrot with mayonnaise.

4. Spread bread with butter, put tuna meat and grill it on non stick pan.

5. When the bread ready, put in vegetable ( cabbage and carrot) and salad.

6. Spread sauce and cut in halves.