Sabtu, Ogos 28, 2010

Bulan Ramadhan, tanpa azab kubur?

Pagi ni kawan sekerja ku kehilangan ibunya yang tersayang... menyusuli pemergian arwah suaminya tahun lepas... Al-Fatihah untuk semua arwah. Meninggal dalam bulan Ramadhan.. elok orang kata... tiada azab kubur di bulan ini...waulahualam. Aku tak berapa arif dalam hal ini lagi pun aku belum meninggal lagi. Kalau dah meninggal, baru aku tahu kan? Tapi lepas tu tentu aku tak boleh nak bagi tau kau orang semua!!

Teringat kata2 arwah ibuku, elok meninggal dalam bulan2 utama Islam. Arwah ibuku kata bahawa ayah ku meninggal dalam bulan Rejab (Jumaat) ...begitu juga kakakku ( Sabtu, berturut hari dengan ayahku). Dan dengan takdir Allah ibuku juga meninggal pd hari Jumaat dalam bulan Rejab yg lepas..

Orang Mukmin lelaki atau perempuan yang meninggal dunia pada hari Jumaat sama ada di waktu malam harinya atau siangnya, akan terlepas daripada azab kubur.
Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.”
*lihat buku “Tanqih al-Qaul” oleh Muhammad bin Umar Nawawy.

Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”
*lihat buku “AL-Ihya’) karangan Imam al-Ghazali..

Nampak gayanya makin bertambah 'ahli kelab anak yatim piatu' dikalangan kawan2ku.. termasuklah aku...

sedih....

Giliran aku dan kau orang semua tentu akan tiba suatu hari nanti. Bersediakah kita? Jom tingkatkan ibadah...moga Allah melimpahi rahmatnya pd kita semua.

3 ulasan:

cemomoi berkata...

bahagia le orang yang terlepas azab kubur sebab ia pintu ke akhirat, senang kat pintu mudah le sikit jalan seterusnya

Abd Razak berkata...

Salam...

Bersedia sebanyak mungkin untuk hari yang Allah tetapkan kembali kepada~Nya..

”Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. An Nahl : 97)

Dahlia Nawi berkata...

hiasi diri dgn amalan2 yang tidak membuatkan kita malu mengadapNya nanti..tinggalkan segala perbuatan yg membpolehkn kita merasa azabNya.