Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
"Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanafaat bagi manusia dan seburuk manusia orang yang membahayakan manusia"- sabda Rasulullah SAW.
Khamis, Julai 30, 2009
Perlis Dilanda Selsema Babi..
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
Rabu, Julai 29, 2009
Karangan Naratif Bergambar
Kalaulah pelajar aku buat cerita macam ni... berapa markah nak bagi?

Hidup Gary terseksa kerana sering diperlakukan sebagai hamba dan dipaksa membuat segala kerja. Tubuh badan Gary menjadi kurus kering dan bulu yang cantik juga sudah tiada.

Gary terlekat dicelah-celah dua batang pokok. Gary menjerit meminta tolong.

Tiba-tiba datang seekor monyet menyelamatkannya. Dia dibawa ke suatu tempat yang asing baginya.

Gary diberi makan sepuasnya dan diberi juga sebatang rokok. Setelah menghisap rokok tersebut, Gary terasa pening dan terus tertidur.

Apabila Gary sedar, dia telah berada di dalam kandang bersama-sama anjing yang lain. Dia melihat sendiri seekor kawannya dibunuh dengan kejam dan dilapah kulitnya.

Rupa-rupanya Gary telah ditangkap oleh sendiket menjual daging anjing bakar. Gary perlu menyelamatkan dirinya.

Gary mendapat peluang melarikan diri daripada kandang tersebut apabila lelaki yang mengurungnya terlupa mengunci pintu kandang. Gary lari sekuat hatinya dan membuat penyamaran dengan memakai topeng supaya dirinya tidak dikenali.
Gary yang hidup merempat, akhirnya dibela oleh seorang lelaki yang amat menyayanginya. Apabila Gary mati, lelaki tersebut telah mengawetnya sebagai kenang-kenangan..begitulah nasib Gary.
Ahad, Julai 26, 2009
Buah-buahan dan Kerbau..
Jumaat, Julai 24, 2009
Mai Belajag Buat Kek Pelangi..
135 gram gula } putar hingga kembang
Rabu, Julai 22, 2009
Biskut Koko Rangup
50 gram mentega (Bekukan dalam peti sejuk)
*70 gram tepung
*15 gram serbuk koko
*1/8 camca teh serbuk kulit kayu manis
*1/4 camca teh baking powder
*40 gram gula perang
*2 cubit garam
2. Potong mentega sebesar 1 cm.
5. Ambil 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam dulang dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. (pastikan betul-betul padat supaya bila dipotong tidak berderai)
7. Bakar selama 25-30 minit.
8. Potong memanjang 1-2cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
Isnin, Julai 20, 2009
Nostalgia Gila-Gila..

Ahad, Julai 19, 2009
Sampah Boleh Jadi Minyak?

Lebih menarik, proses berkenaan tidak menghasilkan bahan buangan kecuali arang yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan industri.
Kualiti minyak berkenaan pula menepati standard Euro 4 selain tidak mempunyai unsur sulfur.
Pengerusi Eksekutif Greenbase, Tan Sri Halil Abdul Mutalib berkata, pada masa ini loji pertamanya mampu menghasilkan 5,000 liter minyak daripada lima tan sampah sarap dalam masa sehari.
Katanya, proses berkenaan bermula dengan pemotongan sampah sarap yang boleh diuraikan seperti plastik, kertas dan kayu menjadi kepingan kecil.
''Semua bahan ini akan dimasukkan dalam kebuk khas untuk tempoh yang tertentu dan 80 peratus daripadanya akan ditukar menjadi minyak mentah.
''Selebihnya ia menjadi arang berkualiti tinggi yang tidak menghasilkan asap,'' katanya.
Sabtu, Julai 18, 2009
~ Rehat Minda ~
Stress yang sering melanda kehidupan kami merupakan salah satu cabaran yang mesti kami semua tangani dengan baik. Kadang kala stress boleh membantu meningkatkan motivasi diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik. Tetapi jika seseorang tidak mampu menangani stress, pelbagai perkara negatif boleh berlaku termasuklah merosakkan diri sendiri. Rata-rata kawanku ingin menikmati rehat selama dua hari tanpa mahu memikirkan kerja, tugasan atau pun kuliah lagi. Semuanya ingin rehat...
Masing-masing ada aktiviti sendiri untuk merehatkan diri dan minda. Selalunya aku akan memerhatikan gelagat hamster ku atau ikan peliharaan yang tidak menjemukan untuk merehatkan minda. Memerhatikan hamster yang sudah besar dan 'gemuk' menaiki roda pusing, terkadang kala melucukan. Kerap kali aku akan 'bercakap' dengan hamster walaupun aku tahu 'diaekor' (pinjam kata-kata suterakasih) tak faham apa yang aku kata.
Tapi kadang kala bila aku balik dari tempat kerja dan beri salam pada 'diaekor', aku lihat 'diaekor' seolah-olah mengerti dan akan 'berdiri' dua kaki sambil merenungku. Haiwan-haiwan ini sebenarnya sentiasa 'bertasbih atau berzikir' kepada Allah dan begitu juga tumbuh-tumbuhan..Cuma haiwan dan tumbuhan tidak dikurniakan dengan akal fikiran. Sepatutnya kita sebagai manusia yang Allah anugerahkan dengan akal fikiran, lebih mengingati Allah. Kalau kita suka dan cintakan seseorang, kita akan sering menyebut namanya sehinggakan ke dalam mimpi pun kita menyebutnya. Tapi kenapa kita tidak boleh menyebut dan mengingati Allah setiap detik jika kita mengaku mencintai dan merindui Allah?
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari .
Ahad, Julai 12, 2009
Ikan Keli @ Cat Fish.
Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung. Besar rupanya khasiat ikan keli ni..tapi kalau ibu yang baru melahirkan orang-orang tua tak bagi makan, takut "bisa" kata mereka.. mungkin boleh mengundang sakit lain pada ibu tersebut. Waulahualam..

Ini ikan keli. Aku kenal ikan ni sebab selalu makan keli bakar atau keli goreng masak cili... hmm..sedapp. Tapi bila dapat tahu ada pengusaha keli yang buat kolam ternakan dekat kolam kumbahan (guna najis untuk bagi makan ikan) atau beri makan sisa buangan khinzir...aku dah naik loya. Bila nak beli ikan keli di pasar tani, aku cari yang keli sawah atau keli kampung. Keli bela aku tak berani nak makan...takut terkena keli yang makan najis.

Ini adalah keli gergasi yang dilepaskan di sungai Mekong, Veitnam. Orang Veitnam memang suka makan ikan darat. Sebab tu aku sering nampak mereka (pekerja kontrak) memancing di sungai dan kadang-kadang longkang besar dalam bandar.

Ikan ni bukan ikan keli tapi ikan patin gergasi. Ikan ni pun ada 'janggut' macam keli.

Rupa sebenar patin yang normal saiznya. Nampak macam ikan tapah sekali pandang pada bahagian kepalanya. Bahagian ekor lain sikit.

Ikan tapah yang rupanya ada iras-iras ikan patin. Ada 'janggut' juga.

Ini tapah gergasi yang ditangkap di Tasik Kenyir. Besar orang dewasa...silap-silap orang pun boleh ditelannya.

Ikan belida ni nampak macam tapah pada bahagian ekornya tapi ikan ni tak ada 'janggut'. Ni bukan spesis cat fish.
Pak Pandir memberikan Mak Andeh Sekor ikan keli untuk disiang.
Mak Andeh: Cemana nak mamposkan ikan ni Pandir oii? Nak ketuk kepalanya sadisla plak.
Pak Pandir: Apa susahnya Andeh? Kau rendamkan ikan tu dlm air, nanti mamposlah dia..
Sabtu, Julai 11, 2009
Pokok Bogak Pokok Berharga
Pokok Bogak atau Cycas Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Pada masa ini cycas adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati.. Bagaimanapun terdapat nursery yang menjual pokok ini pada harga yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan harga spesies ini melambung tinggi.
Pokok bogak ini tidak boleh diambil sesuka hati dari dalam hutan kerana ia adalah menyalahi akta perhutanan dan sesiapa yang tertangkap boleh dikenakan denda. Tetapi jika pokok ini telah ada di rumah atau nusery, maka akta perhutanan ini tidak boleh dikenakan kepada pemiliknya. Inilah yang menyebabkan ada orang yang sanggup masuk ke hutan mencari pokok ini kerana mereka tahu jika pokok ini telah di bawa turun dari hutan dan ditempatkan di nursery atau rumah, mereka terlepas dari membayar denda.
Jika begini keadaannya, kepupusan pokok ini mungkin tidak dapat dikawal lagi. Berkemungkinan satu hari nanti, pokok ini hanya tinggal namanya sahaja jika tiada tindakan tegas dan pengawalan yang ketat. Sebelum ini pokok 'Kangar' dan pokok 'Perlis' telah mengalami kepupusan dan tidak ada lagi contoh untuk dilihat. Mungkin masyarakat tidak peka akan hal ini dan faktor kewangan yang agak lumayan menjadi buruan sesetengah orang memburukkan lagi keadaan.
Kawanku pernah mengalami kehilangan pokok berharga ini yang telah ditanamnya sekian lama di dalam pasu. Ada pencuri yang datang dengan lori kecil mengangkut beberapa jenis tanaman di rumahnya. Bayangkan, pencuri mencuri disiang hari dengan menggunakan lori pula!..dan di kawasan kampung pula tu..alahai apa nak jadi dengan negara kita ni. Apa saja yang boleh dijual, habis diangkut. Kalau zaman aku kecil dulu, orang mencuri ayam diwaktu malam...curi ayam adalah yang paling popular di kampung pada masa tu. Tapi sekarang orang tak curi ayam lagi, tapi curi pokok pula.
Ini bukanlah pencuri pokok bogak, tetapi merupakan peminat pokok tersebut.
Jumaat, Julai 10, 2009
Cintai Rasulullah SAW kekasih Allah SWT
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW Wahai orang2 beriman hendaklah kamu berselawat ke atas Nabi dan mengucapkan salam kepadanya sebenar2 salam.”(Al-Ahzab: 56)
Rasulullah SAW bersabda: “Hinanya manusia yg mana disebut namaku disisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”(Hadis riwayat Muslim).
Suatu saat beberapa sahabat menunggu Rasulullah SAW di masjid Madinah. Mereka berdiskusi soal agama. Sampai, pada suatu tema, mereka berbicara tentang topik kelebihan pada Rasul dan Nabi. Ibnu Abbas RA menuturkan, sebagaimana dicatat Ad-Darimi dan At-Tirmidzi dalam kumpulan hadits mereka, ada seorang sahabat berkata, “Sungguh menakjubkan! Allah telah menjadikan Ibrahim sebagai kawan dekat-Nya.”
Yang lain menyahut, “Lebih hebat lagi Allah telah bercakap-cakap secara langsung dengan Musa!.”
Sebagian lagi mengutarakan, “Isa sebagai kalimat Allah dan ruh-Nya.”
Ada lagi yang mengatakan, “Allah telah memilih Adam.”
Pernyataan-pernyataan para sahabat itu telah menimbulkan perbezaan pendapat. Dan mereka belum menemukan kata akhir, siapakah yang lebih dari yang lain. Sementara dalam ayat disebutkan, “Dan sesungguhnya telah Kami lebihkan sebagian Nabi itu atas sebagian yang lain.“-QS Al-Isra’ (17):55.
Tanpa disedari para sahabat, ternyata yang dinanti, Rasulullah SAW, sudah berdiri di belakang mereka. Dan Baginda SAW pun sudah mendengar apa yang mereka bicarakan. Dengan wajah mengekspresikan tanya, para sahabat menunggu Rasulullah SAW bersabda.
“Aku telah mendengar apa yang kalian percakapkan dan memaklumi kehairanan kalian terhadap keberadaan Ibrahim sebagai kawan dekat Allah, memang begitulah adanya. Terhadap keberadaan Musa sebagai orang yang diajak bercakap-cakap langsung, memang begitulah adanya. Terhadap keberadaan Isa sebagai kalimat dan ruh-Nya, juga memang begitulah adanya. Sedang aku adalah kekasih Allah (Habibullah), dan ini bukan sebuah kesombongan.”
Beberapa sahabat yang mendengar keterangan, sedikit lapang hatinya. Bererti mereka sudah menemukan jawapan atas persoalan yang mereka perdebatkan.
Rasulullah SAW melanjutkan, “Aku menjadi pembawa bendera kemuliaan pada hari kebangkitan. Aku adalah pembela pertama dan orang pertama yang dikabulkan syafaatnya, dan ini bukan sebuah kesombongan. Aku adalah orang pertama yang mengetuk pintu surga, dan Allah akan membuka pertama kalinya untukku dan mempersilakan aku memasukinya dengan orang-orang miskin di antara kalian. Aku adalah orang yang paling dimuliakan di zaman awal dan di zaman akhir, dan sungguh ini bukan sebuah kesombongan.”
Istilah Habibullah inilah yang sering disebut-sebut dalam syair dan qashidah maulid. Mayoritas ulama berpendapat, kekasih Allah SWT lebih tinggi daripada kawan dekat Allah (Khalilullah). Salah satunya pendapat Imam Abu Bakar bin Furak, berdasarkan sebuah pendapat ahli kalam, “Khalil mencapai Allah SWT melalui sebuah perantaraan sebagai yang diisyaratkan pada firman-Nya, ‘Demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda kekuasaan Kami di langit dan di bumi’.” – QS Al-An’am(6):75.
Sementara bagaimana “seorang yang cinta” mencapai Allah SWT, diisyaratkan dalam firman-Nya, “… Dia sangat dekat dua ujung busur mata panah atau lebih dekat lagi.”-QS An-Najm(53):9.
“Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian.”-QS Asy-Syu’ara(26):84. Sedang kepada orang yang dicintai dikatakan. “Dan Kami tinggikan bagimu sebutan namamu.” QS Alam Nasyrah (Al Insyirah):4.
Nabi Muhammad SAW dianugerahi sejumlah kemuliaan tersebut tanpa beliau memintanya.
Bagi seorang Muslim yang taat, setiap nas wahyu sama ada daripada al-Quran mahupun sunnah yang sahih adalah perintah dan arahan dari Tuhan yang dengan segera dan bersemangat dijunjung dan dipatuhi.
Apatah lagi jika perintah itu datang dalam nada yang tegas dan diiringi amaran. Nada inilah yang jelas dapat kita rasakan pada ayat yang memerintahkan kita mencintai dan mengutamakan Nabi SAW dalam surah al-Taubah, ayat 9 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).
Dalam ayat ini, Allah SWT memberi ancaman dan menjanjikan balasan azab-Nya bagi orang yang mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Perbanyakkanlah selawat setiap masa dan setiap detik. Mudah-mudahan bila kita sentiasa berselawat akan membuatkan hati kita sentiasa mengingati Rasulullah SAW dan dapat menimbulkan perasaan rindu dan kasih terhadap Baginda SAW. Sungguh beruntung hati siapa yang dapat merasakan kerinduan dan rasa kasih kepada Rasulullah SAW kerana bukan semua orang akan dapat merasakannya. Orang yang ikhlas mengingati Baginda SAW dengan sepenuh hati sahajalah yang akan mendapatnya. Moga kita tergolong di dalam golongan itu insyaAllah...
Sumber:
http://pondokhabib.wordpress.com/
Khamis, Julai 09, 2009
MENGENAL ALLAH SWT.
Dalam kitab dikatakan, awaluddin makrifatullah (awal-awal agama ialah mengenal ALLAH). Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH SWT, segala amal baktinya tidak akan sampai kepada ALLAH SWT. Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat, baik yang berbentuk fardhu maupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi, baik yang berbentuk haram maupun makruh, merupakan persembahan yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT. Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala persembahan itu tidak akan sampai kepada-Nya. Ini berarti, sia-sialah segala amalan yang kita perbuat. Bagaimana hendak mengenal ALLAH SWT? Carilah guru mursyid yang dapat membimbing kita mengenal ALLAH SWT. Dengan jalan (Tarekat) sahajalah kita dapat mengenal ALLAH SWT. Berikut adalah kupasan yang telah aku ambil daripada beberapa orang ustaz.
Istilah syariat hendaklah diberi definasi yang lengkap dan benar. Syariat mengandungi tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat bukanlah sesuatu yang di luar syariat atau lain daripada syariat. Tindakan mengasingkan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat menjadi jalan menjalarnya kekeliruan dalam masyarakat. Kaum Muslimin haruslah sedar bahawa tarekat adalah satu bahagian daripada syariat. Demikian juga hakikat dan makrifat. Syariat adalah umpama air yang mengalir dan menghidupkan tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat yang tidak dibasahi oleh air syariat adalah umpama pokok yang ditanam di atas batu, tidak ada air menghidupkannya. Syariat adalah umpama nyawa yang memberi kehidupan kepada tarekat, hakikat dan makrifat.
Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhanmahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.
Tarekat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqatwajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tarekat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokokyang bercabang dan berdaun.
Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat tarekat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tarekat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqamredha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yangberbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atauperubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tarekat yang dibuat dengan faham dan dihayati.
Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al Arifbillah.
Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tarekat itu terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat dan tarekat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana ia hanya melibatkan usaha lahir. Kesempurnaan syariat adalah gabungan lahir dan batinnya.
Orang yang telah mencapai tingkatan makrifat , Allah SWT ilhamkan jalan yang mampu membawanya ke arah kecemerlangan agar dia dapat menempuhnya dengan mudah. Dia juga akan Allah SWT ilhamkan kepadanya jalan yang membawa kemusnahan agar dapat dia hindari sebagaimana Firman Allah SWT :“Maka Allah ilhamkan kepada jiwa itu, jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu . Dan sesungguhnya merugilah ( celakalah ) orang yang mengotorinya.” As Syams : 8 - 10..
Orang yang memiliki makrifat inilah yang dinyatakan sebagai orang yang mengenal Allah SWT dengan mata hati, ainul yakin. Orang yang sebeginilah yang diisyaratkan sebagai memiliki sifat yang disebut dalam Al Quran :Al Anfal : Ayat 2-3 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.
Isnin, Julai 06, 2009
PBS membebankan?
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata sebagai perintis, sebanyak 500 buah sekolah rendah dipilih tahun ini dipilih merangkumi Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk memastikan pelaksanaannya adalah komprehensif.
"Kita akan mula melaksanakannya untuk murid pra sekolah dan Tahun Satu bermula tahun depan, diikuti murid Tahun Dua pada 2011 dan seterusnya sehinggalah pelaksanaan sepenuhnya melibatkan murid Tahun Enam pada 2016.
"Untuk pelajar sekolah menengah, kita bercadang mengaplikasikan sistem penilaian secara menyeluruh itu untuk pelajar Tingkatan Satu pada 2013," katanya. Beliau berkata sistem penilaian secara holistik yang digariskan mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan meliputi ujian psikometrik, pencapaian kokurikulum serta penilaian yang disediakan oleh guru sendiri. Sistem penilaian pelajar berasaskan sekolah itu bukanlah satu perkara baru kerana ia dilaksanakan di negara-negara lain dan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Alimuddin berkata melalui sistem itu, pelajar dinilai menerusi peperiksaan standard yang diluluskan oleh Lembaga Peperiksaan dan peperiksaan awam selain mengambil kira penglibatan dalam bidang ko-kurikulum.
"Ini bermakna pada 2010, markah peperiksaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tinggal 30 peratus, manakala 70 peratus lagi markah akan dinilai daripada peperiksaan sejak mereka berada di Tahun Satu lagi selain penyertaan dalam ko-kurikulum," katanya.
Penilaian Berasaskan sekolah (PBS) nampak macam bagus je dan terlalu "sempurna". Aku memang terlibat secara langsung dengan PBS ni..penilaian ni memang boleh membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang terbaik kerana pelajar boleh diberi peluang untuk membuat sesuatu kerja kursus berulang kali sehingga dia berpuas hati. Tapi perlaksanaannya amat membebankan dan kadang-kadang banyak membuang masa dan wang apabila pelajar membuat perkara yang sama berulangkali.
Pelajar tingkatan 3 (PMR) contohnya, perlu melaksanakan beberapa kerja kursus seperti sejarah, geografi, sains(Peka), kemahiran hidup, BM(ULBS), BI(oral) dan pendidikan Islam. Pelajar perlu menghasilkan folio, amali dan sebagainya mengikut tahun (sejak dari tingkatan 1). Pelajar banyak menghabiskan masa menyiapkan kerja kursus dan ada ketikanya silibus pun tak sempat nak habis..Kadang-kadang kesian melihat pelajar yang terpaksa menyiapkan kerja-kerja sekolah disamping kerja kursus yang banyak. Masa untuk bermain dah tak ada...tambah-tambah sekarang semua markah (bulan Julai), perlu dikumpul oleh guru dan dibuat semakan terakhir..
Aku pun sebenarnya dah rasa macam nak tidor je di sekolah kerana kerja-kerja menyemak dan memastikan markah pelajar siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan dah meninggi gunung!!. Tambahan pula pelar kelas "hujung" yang selalu tidak hadir ke sekolah. Kerja mereka tak siap, dan selalu ponteng sekolah kerana tidak mahu menyiapkan kerja PBS ni..bagi mereka, kerja-kerja menulis dengan banyak ni amatlah membosankan, Disebabkan mereka tidak perlu membayar yuran peperiksaan maka peperiksaan PMR ini diambil mudah oleh pelajar..
Pelajar tak perlu bersusah payah untuk lulus kerana mereka hanya perlu mendapat 1 D dalam mana-mana pelajaran bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat. Jangan hairan jika sebuah kelas tingkatan empat yang berjumlah 35 orang mempunyai separuh pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca! Bayangkan bagaimana mereka akan mengikuti pelajaran sedangkan mereka tidak tahu membaca? Maka jadilah kes ponteng kelas, vandalisme atau kes-kes salah laku yang serius sekarang ni..
Aku rasa sistem pendidikan kita perlu dikaji semula bagi memastikan semua pelajar sekolah menengah yang normal (kalau tak normal, boleh ke kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran-PKBP)boleh membaca dan dapat menguasai kemahiran 3M..sekarang ni isu PPSMI tak selesai lagi dah nak ditambah dengan wajib lulus Bahasa Inggeris dalam SPM pula..Rasa-rasanya pusat tuisyen le yang akan tersenyum lebar kerana pasti income mereka akan bertambah... waulahualam.
Jumaat, Julai 03, 2009
Pelaburan Emas???
Wakil atau agen etika emas tu kata dia baru je buka pejabat di Perlis ni dan perniagaannya berbentuk 'single line'.
Program Pembelian Dan Pemilikan Aset Berbentuk SimpananEmas Fizikal 999.9 (24k)
A) SYARAT SYARAT
1)-Pembelian minimum adalah 100gram mengikut harga semasa
2)-Tempoh perjanjian adalah selama 6 bulan dan beleh diperbaharui
B) KAEDAH SIMPANAN
1)-Simpanan sendiri - Diskaun berjadual yang dibayar adalah RM100.00 sebulan
2)-Simpanan di Ar Rahnu - Diskaun berjadual yang dibayar adalah RM300.00 sebulan
3)-Pembayaran diskaun berjadual akan terus dikreditkan ke akaun pembeli
C) KELEBIHAN MEMILIKI SIMPANAN INI
1)-Urusniaga yang dijalankan adalah berbentuk EMAS fizikal
2)-Perjanjian yang sah antara pihak pembeli dan penjual
3)-Membeli semula pada harga pasaran
D) PEMBAYARAN DISKAUN BERJADUAL
# Tertakluk pada yuran broker dan perjanjian
E) KONTRAK1) Pihak Terlibat - Etika Emas,Pembeli dan Ar Rahnu
2) Tempoh - 6 Bulan
3) Pilihan - Memperbaharui atau menjual semula
4) Harga - Mengikut harga semasa
* NOTA : (mengikut harga semasa)
Pembeli akan menerima diskaun 12% setahun* bagi simpanan sendiri,manakala simpanan melalui sistem Ar Rahnu akan menerima diskaun sebanyak 30% setahun*.Pembeli akan dikenakan sedikit bayaran untuk servis perkhidmatan. Boleh rujuk sumber ni.. etikaemas
Tapi bila aku masuk ruang forum ni www.topix.com/ lain pula jadinya...
Ni aku copy paste dari ruangan forum tu...cadangan aku pada semua…tak payahlaa masuk skim nii pasal risiko dia kat pelabur yang teruk kalau jadik apa2 hal. aku dah check bank negara yang company nii tak ada lesen untuk ambik deposit dari orang ramai…just imagine kalau BNM ambik keputusan untuk siasat company nii..dah tentu suma aktiviti diorng akan dibekukan.skim ini sangat berisiko tinggi kepada pelabur2 dan meragukan dari segi syarak.
1. Etika ambil duit gadaian bersama dan membayar RM300.00 setiap bulan. apa hukumnya???2. Jika etika di siasat oleh BNM (kerana tiada lesen collect duit)…siapa yang akan menebus balik emas2 tersebut.pelabur bukan…mari kita buat matematik…- Harga emas semasa beli = RM 13000- Etika bagi lagi satu emas = RM 13000Jumlah nilai emas = RM 26000- Pergi bank rakyat gadaikan emas (65% dari value)= dapat 16900.00- Bagi duit tu kat etika (takde lesen nii)- sekarang ada 2 option, pertama kita tebus balik dan kedua bank lelong.- kalau tebus balik kita kena bayar RM 16,900 +(kos simpan yang diterankan di bawah) utk mendapatkan emas yang mungkin pada masa itu (selepas 6 bulan) berharga RM 29,120.00 (berdasarkan harga emas sebelum yang meningkat sebanyak 12% enam bulan).- untuk menebus balik kita juga perlu membayar kos simpan iaitu sebanyak RM0.75 setiap RM100.00nilai emas yang disimpan.Jumlah nilai simpan = RM26000/100 * 0.75 menjadikan RM195 sebulan.
Jika 6 bulan bersamaan dengan RM1170.00- Mari kita lihat amaun yang dibelanjakan utk memperolehi emas bernilai RM29,120.- kita membeli emas pertama denga harga RM13,000 ditambah dengan nilai tebus balik bernilai RM16,900.00 + kos simpan iaitu RM1170.00. Jumlah keseluruhan adalah RM 31070.00- Disini kita terang terang rugi sebanyak RM 31070.00 - RM29,120 iaitu RM 1950.00Option ke 2..suruh bank lelong.. saya bertanya kepada kawan saya yang pernah membuat gadaian di al rahnu dan kemudian tidak mampu menebus balik barang itu …menurutnya bank akan lelong dengan harga 50% dari nilai semasa.Mari kita ambil nilai semasa emas adalah RM29,120.00. Hasil lelongan yang didapati dari bank adalah RM29,120 / 2 = RM14,560.00- Di sini kita kerugian besar kerana kita terpaksa membayar semula bank baki yang dipinjamkan kepada kita iaitu sebanyak RM 14,560 - RM16,900 (nilai gadaian). Di sini kita terpaksa membayar bank sebanyakRM2340.00 dan kita tidak mendapat apa2 dari hasil tadi..senang cerita kita kerugian RM13,000 ditambah RM2340.00.
Nasihat saya…jauhilah dari sistem ini…sangat berisiko..sekarang ini mungkin tiada masalah pembayaran..tapi siapa boleh jamin ?? adakah bank negara??.. adakah kertas perjanjian dengan pelaksanaan undang2 negara kita yang slow nii???
Apa pendapat kau orang pula? Pelaburan ni betul ke mematuhi hukum syarak dan ke mana pelaburan ini dibuat? Bila ditanya siapa tuan punya syarikat ini, agen tersebut bagitau 'seorang Melayu' yang memiliki perniagaan sehingga ke luar negara. Maklumat ni aku tak pasti dengan sahih. Tapi apa pun, RM13,000 adalah jumlah yang banyak. Kalau kita simpan di Tabung Haji sebanyak tu, hujung tahun kita akan dapat dividen juga dan yang penting perlaburan Tabung Haji tidak meragukan dari segi hukum serta lebih terjamin...waulahualam..









