Isnin, Disember 14, 2009

Nenas Batu

Pernah tak tengok bunga nenas batu atau bunga kembang setahun? Nama bunga kembang setahun diambil berdasarkan keunikan bunga ini yang tidak layu atau rosak walau lama disimpan. Ianya banyak digunakan sebagai herba perubatan terutamanya masyarakat Timur Tengah. Bunga ini sememangnya telah dijadikan amalan oleh Puteri-Puteri Raja Mesir Kuno....

Aku pernah dengar dan lihat nenas batu ni tapi tak pernah ambil kisah kegunaannya. Kalau puteri raja mesir kuno biasa guna (cloepatra ?) tentu khasiat dia amat besar untuk wanita..


Nenas batu di Langkawi..

Antara khasiatnya;
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.



CARANYA MENGGUNAKANNYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

Khasiat dan cara guna tu aku ambik dalam blog ni. Di Malaysia pun ada nenas batu ni, terutama di Langkawi dan Cameron Highlands. Kalau orang lelaki nak minum ada yang kata boleh, tapi berani tak? Takut jadi awww pulak...cukuplah Fatine menjadi aww. Lelaki lain tak usah le nak jadi aww-aww ni...dosa tau!

15 ulasan:

azieazah berkata...

Pernah dengar tapi tak pernah lihat sendiri... kalu jual dia kira cemana? Kilo? atau sekuntum?

kakcikseroja berkata...

Salam Niza..

dulu MIL kakacik pernah bagi kakcik benda ni..tapi, kakcik tak pernah guna pun...

Banyak juga khasiatnya, ya?

CIKGU ZAM berkata...

salam,
saya pernah tengok satu ketika dulu, eee tapi dah lupa di mana, yee mmg sunggug banyak khasiatnya kan, tapi sangat sukar utk ditemui

Idalara berkata...

kak ida mng pernah amalkan meminum air rebusan nenas batu ni..mng ternyata sgt berkhasiat dan berkesan...tp la ni dah lama tk nampak..nk carilah nk amalkan semula..

Mybabah berkata...

Assalamualaikum. Dengan segala hormatnya anda dijemput berkunjung ke blog saya http://www.mybabah.blogspot.com dan isteri saya http://www.teacherrahila.blospot.com. Di sana anda terdapat mutiara yang selama ini anda cari.

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

baru tahu kegunaannya..
terima kasih

rosnanie berkata...

Salam kak niza, tks kongsi info.
Dulu pernah member bagitau pasal nenas batu ni tp tak tahu rupa camana

^inas^ berkata...

x penah dgr la pasal ni..
ni baru tau...

kat taiping x de ponggg

Nida berkata...

laaa..... ini rupanya nenas batu. Rumah saya banyak, tapi saya buat perhiasan, tak tahu pulak banyak khasiatnya. Thanks ye kak Niza atas perkongsian info..

p/s: sini banyak pokok ni yg ditanam...

LanaBulu berkata...

TQ..shaniza..
boleh awet muda tu..bagus..
tapi kalau isteri muda camna..?

rosnanie berkata...

hahaha... oh en LB, sempat lagi dier bergurau, ada hati jgk ker....

shaniza berkata...

To azieazah..
Akak tak pasti dia jual cemana tp rasanya jual kuntum. Ada blog yg jual nenas ni tp harga dia 50 hinggit
sekuntum

To kakcikseroja..
Waalaikumusalam..
La ni dah tau, boleh cuba. Tapi tak tau boleh tak rawat sakit belakang sekali

To cikgu zam..
Waalaikumusalam..
Mungkin pokok dia ada kat luar negara saja jadi tak banyak yang tahu dan guna.

To Kak Ida..
wow..boleh ambil petua dari kak Ida ni.. berkesan? Kena cuba la..

To Mybabah..
Terima kasih kerna menjemput saya. InsyaAllah saya akan masuk lagi ke sana.

To a kl citizen..
waalaikumusalam..
Info ni pun baru saya tahu.. kalau tahu dari awal dah lama borong nenas batu ni masa pi langkawi hari tu..

To rosnanie..
Dah kenal, boleh la cuba. Kak Ida pun dah bagitau.. berkesan!

To inas..
Kat Taiping, tak tau ada tak. Kalau kat bazar melayu atau yang jual ubat melayu ada tak?
Inas nak cuba juga ke? Anak dara, tak payah lagi kot...

To Nida..
Lepas ni boleh ambik dan rendam... lepas habis khasiat, buat balik hiasan.
Boleh jadi ejen bekalkan nenas batu lepas ni.. ramai yg minat kat sini

To Lanabulu..
Ada berapa cawangan? Boleh bagi kesemuanya.. kena adil. Kalau semua dah awet muda, boleh beza ke antara bini tua dgn bini muda?

To rosnanie..
Lumrah lelaki.. tak caya cuba tanya hubby. Dalam hati depa mesti ada rasa nk 'bercawangan'. Cuma mampu dgn tak je yg membataskannya.

Tanpa Nama berkata...

hi sumer..sy ade bekalkan nenas batu nie..sesapa berminat leh PM sy kat fb SHIKIN AUNI @ sms ke 0194156432..:-)

Pn Mardhiah berkata...

Betul tu..sgt bgus utk lelaki n wanita.sy juga ada pasarkan.sy ambil dr mesir. Sms sy 0194344930 ye

Tanpa Nama berkata...

saya ada membekalkan hera nenas batu secara borong dan runcit.herba lain seperti tongkat ali,kacip fatimah, cendawan susu rimau ahaj beranak ,rempah gunung,tebu gajah dll.hubungi 0175984085.tq