Isnin, Disember 07, 2009

Batu ajaib?

Warga Desa Banjarrejo, Grobogan, Jawa Tengah, gempar atas penemuan batu unik yang mampu berputar sendiri ketika diinjak atau diduduki. Bahkan dapat diperintah jika dinaiki. Diminta berputar lambat, berputar cepat, belok kanan atau kiri pun akan menuruti. Juga saat diminta berhenti berputar. Sang penemu, Heru, mengaku bermimpi ditemui bocah yang ingin menolongnya. Keesokan hari sepulang dari sawah, ia menemukan batu tergeletak di tengah jalan. Rupanya, batu itu adalah wujud lain dari sang bocah.

Dalam alam bawah sadarnya, sang bocah itu yang kini dipanggil Embah ingin menolong kehidupan keluarga Heru. Keajaiban batu ini mengundang ratusan warga. Mereka tak hanya melihat tapi datang untuk berobat. Warga menyatakan, tiba-tiba sakitnya sembuh berkat diolesi atau menaikibatu. Banyak warga yang kemudian mengaitkannya dengan batu petir milik dukun cilik dari Jombang, Ponari.

sumber : http://artikel-kesehatan-online.blogspot.com/2009/12/warga-desa-banjarrejo-grobogan-jawa.html



Ni le rupa batu yang dihebohkan tu.

Apa pendapat kau orang semua tentang hal ni? Kagum? Rasa orang tu hebat? Nak juga mimpi mcm tu dan jumpa batu ajaib mcm tu?


Atau nak jumpa batu-batu permata seperti gambar atas di bawah rumpun serai? Ada org kata rumpun serai yg ada bunga, kemungkinan ada batu mcm gambar di atas.


Atau nak jumpa dan miliki batu geliga... tak kira la geliga apa pun. Geliga buluh (gambar atas), geliga pokok, geliga ular, geliga siput atau geliga serba mak nenek lagi la....

Kau org nak tak? Kalau kau org jawab nak dan ada hasrat nak cari atau beli... nanti dulu.
Dengarkan dulu apa yg sebenarnya aku nak kongsi tentang hal ni...

Jangan mudah terkeliru dan percaya benda-benda seperti batu, geliga dan segala benda yang kita tahu tak akan bergerak sendiri tanpa ada 'benda' lain yg mengangkatnya. Mana ada batu yg boleh berputar2 mcm yg diberitakan tu. Tu semua mainan syaitan yg memperbodohkan manusia agar mengagumi yg lain selain Allah. Sebenarnya batu tu digerakkan oleh jin atau syaitan yg sengaja nak sesatkan umat Islam secara halus.

Mungkin ada yg tak percaya semua ni. Memang ada makhluk halus (syaitan) sbb dlm Al Quran pun ada menyebutnya. Kita wajib percaya benda ni ada tapi kita tak boleh menganggap syaitan berkuasa kerana yg berkuasa hanyalah Allah. Allah izinkan syaitan utk buat 'silap mata' tu bagi mengaburi mata org yg ingin disesatkan.

Bagaimana pula dgn geliga? Benda tu pun sama mcm batu tadi. Sebenarnya batu permata ni dicuri oleh jin pencuri ( adik beradik toyol ) dan diletakkan di bawah pokok atau celah pokok. Mana mungkin batu yg cantik dan siap digilap boleh tumbuh dengan sendiri? Cuba tengok org yg ambil batu berlian... tak cantik mulanya dan tak ada bentuk lagi. Tukang berlian akan canai dan gilap batu tu sampai batu tu jadi cantik. Jin ni mudah2 je pi curi dan letak ikut suka dia agar org percaya benda2 ni berkuasa...nauzubillah, bersyirik dengan Allah.

Bagaimana aku tahu? Aku pun sebenarnya diberitahu oleh seorang ahli zikirullah yg kenal permainan syaitan ni. Syaitan dah bersumpah akan sesatkan semua anak cucu adam sehingga kiamat.. jadi byk cara yg syaitan ni buat agar manusia tunduk dan patuh kepada dia.

Bayangkan amalan kita seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya jadi sia-sia hanya kerana kita masih bersyirik kepada Allah dengan mempercayai benda2 sebegini berkuasa dan berupaya menyembuhkan penyakit. Bayangkan si A sakit kepala tiba2 dan berjumpa dgn org yg ada geliga ni ( si B). A minta B rawat dia dgn geliga tu. Bila B celupkan geliga ke dalam air dan beri A minum, tiba2 sakit kepala A hilang. A dan B akan kagum pd geliga ni dan kata geliga ni ada 'power' utk sembuhkan sakit... jd kedua-dua org ni pun telah terpedaya dgn tipu helah syaitan yg ada di dalam geliga tu. Sebenarnya jin tu yg dok kacau kepala A dan bila dia minum air yg di rendam geliga (ada jin dlmnya...silap2 jin tu kencing sekali) tiba2 baik sbb jin tu dah tak kacau kepala dia. Tentu A akan kata ,"baguslah geliga ni. Dah baik sakit kepala aku." Pada masa tu si A dah letakkan bahawa geliga tu berkuasa menembuhkan sakitnya...secara tak langsung dah bersyirik dengan Allah... Halus cara syaitan ni nk rosakkan akidah seseorg....

Jadi hati-hatilah dengan permainan syaitan. Mintalah perlindungan Allah setiap masa. Dan jika kau org pernah terkagum mcm A, bertaubatlah dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat serta mohon pada Allah agar diampunkan segala dosa. Pernah tak kau org buat solat sunat taubat? Jangan tunggu nak buat dosa besar saja baru nak buat solat taubat ni, tapi sebaik2nya lakukan setiap hari kerana kita manusia sering lalai dan lupa....termasuk aku juga. Nasihat ni aku tujukan utk diriku dan diri kau org semua. Sama-samalah kita tinggalkan yg batil dan banyakkan ibadat, sujud dan patuh kepada Allah...insyaAllah.

9 ulasan:

LanaBulu berkata...

Mmg sukar dipercayai bila ada yg kata batu boleh bergerak sendiri..
Namun tak ada yg mustahil sekiranya dgn IZIN ALLAH SWT.
Kejadian sebegini selalunya berlaku dizaman para nabi sebagai mukjizat.
Zaman laa ni kalau terjadi demikian..AWAS jgn sampai tertipu dgn permainan iblis setan utk menyesatkan manusia secara halus dan terang..

aidah berkata...

Dizaman serba moden segalanya mungkin, ye la zaman yg penuh ngan tipu muslihat ni. Tapi apa2 pun jgn ktia terlalu taksub mempercayainya.

azieazah berkata...

Minta dijauhkan dari segala muslihat syaitan.. aminnnn...

Info perkongsian yang best... terimakasih

Webmaster@Echam berkata...

Moga2 kita dijauhkan dari tipu daya syaitan...

a kl citizen berkata...

assalammualaikum

betul sangat seperti yang shaniza tulis tu

^inas^ berkata...

..sbbnye iman manusia skrng lemah.

cuba tgk zaman nabi. mcm2 keajaiban terjadi. tp para sahabat tak de plak terpegun mcm nak rak, sampai nak kata ade magic itu ini, bleh sembuh kan, bleh bg duit, bleh mcm2 lg.. sbb? sbb iman kuat. iman yakin tinggi. percaya semua allah boleh buat, ape nak heran??

tp skrng, bila allah izinkan batu gerak sndri ke, pokok terangguk2 ke, hape ke, manusia skrng pon ckp la, ade jin la, ade setan la, ade bunian la itu la ini la.. sbb? iman yakin kurg, asik nak besarkan kuasa yg lain selain kuasa allah..

allahu'alam..

maiyah berkata...

wallahuallam.. kuasa Allah

rosnanie berkata...

salam kak, betul macam akak tulis, macam2 syaitan boleh buat untuk sesatkan manusia. Sama juga dgn isu sejadah berdiri tu

shaniza berkata...

To Lanabulu..
Ya, betul tu..dengan izin Allah jua lah segalanya boleh berlaku, hatta nak kelipkan mata pun dgn izin Allah.
Zaman Nabi memang Allah beri mukjizat, wali pula, Allah beri karamah sbb wali sgt hampir dgn Allah.. tp org biasa mana nk ada mukjizat @ karamah ni.
Tambah dpt dlm mimpi..embah pula tu. Terang2 syaitan memperdayakan..

To kak aidah..
Firman Allah dalam surah an-Nisaa' ayat 60 yg bermaksud..
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

To azieazah..
Apa yg diketahui patut dikongsi agar kita sama-sama terhindar dari tipu daya syaitan yg menyesatkan.

To webmaster..
Amin..insyaAllah.

To a kl citizen..
Waalaikumusalam..
Saya tulis berdasarkan pengalaman dan lihat sendiri depan mata permainan syaitan ni... moga kita terhindar dari gangguannya.

To inas..
Firman Allah dalam surah an-Nisaa' ayat 76 bermaksud..
Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

To maiyah..
Ya..Allah berkuasa ke atas semua. Terpulang pd kita nk ikut tipu daya syaitan atau memerangi tipu daya itu.

To rosnanie..
Ya..fenomena sejadah berdiri pun sama juga. Tipu daya syaitan utk alihkan pandangan kita supaya hati kita lalai pd Allah. Memang mulut puji kebesaran Allah pd masa tengok sejadah berdiri tp kenapa nk kaji dan buang masa dok ambil gambar la, panggil wartawan heboh satu Malaya. Sepatutnya bentangkan sejadah tu dan panggil ramai2 buat solat sunat, solat taubat, solat hajat atau solat dhuha beramai2.. byk faedahnya.