Selang beberapa ketika, anak gadisku bertanyakan dimana mondok (hamster jantan) kerana tiada di dalam sangkarnya. Aku segera teringatkan Musfit dan menyuruh anakku bertanya padanya. Kebetulan pula Musfit dah ikut maknya ke rumah datuknya. Anak-anakku serta abang kepada Musfit mencari sekitar kawasan rumahku dan rumahnya...hasilnya tiada. Hari dan semakin lewat kerana setengah jam saja lagi dah masuk maghrib.
Anak-anak dah mula cemas kerana mondok masih tak kelihatan. Sedang aku mengayuh basikal takasima, tiba-tiba aku ternampak si mondok berada di celah-celah sofa yang diterbalikkan oleh anakku. Di hujung sofa tu tergantung baju ku yang aku gunakan sebagai baju 'cover' bila ke halaman rumah. Aku segera menyuruh anak ku melihat jika si mondok kencing atau buang najisnya di atas sofa tu.. tapi tak ada apa-apa...lega!
Tiba-tiba anakku tertawa dan mengangkat baju ku..aku pun terkejut dan ketawa walaupun geram juga pada si mondok. Rupa-rupanya mondok dikeluarkan oleh anak bongsuku sebelum dia keluar bermain dan terlupa meletakkannya semula ke dalam sangkar. Lama rupanya dia di luar sehingga habis baju jeans aku di mamahnya..tentu lapar....kesian mondok.
Bajuku yang berlubang dimamah mondok...

.jpg)






6 ulasan:
Alahai, kesiannya mondok, lapar punya pasal, baju pun dia makan!
Kesian juga kat baju tu.. dah koyak..
comel nye mondok...
geram tgk, tapi takut pun de..
hiihi gigi dia mesti tajam nih..
baju pun leh gigit bis..hihi
comel tapi nakal..hihi
comel3..
To kakcikseroja..
Hi..hi..memang dia lapar sungguh.
Kesian kat saya juga sebab baju tu baju kegemaran...kena buat kain buruk la lepas ni.
To Hurun-Ein..
Amboi...meow pun pandai puji.
Tak kan le meow pun takut...
patutnya mondok tu yg takutkan meow.. he..he..he.
uh ganas mondok nh..
assalammualaikum
tak tau la pulak mondok makan kain...
To nadirah-nor..
Hi..hi.hi..tak ganas tapi terdesak kerana lapar.
To a kl citizen..
Waalaikumusalam..
Saya pun tak tahu sebelum ni..
selalunya dia hanya gigit kayu tapi tak makan.
Mungkin kali ni dia lepas geram...
Catat Ulasan