Rabu, Ogos 19, 2009

Memusuhi Syaitan..















Wajib bagi orang-orang mukmin menyintai ulama dan orang-orang soleh serta mengikut nasihat mereka, jauhi amal buruk dan menjadikan syaitan sebagai musuh. Allah SWT berfirman dalam Surah Al Fathir ayat 6; "Sesungguhnya syaitan bagimu adalah musuh, maka jadikanlah dia sebagai musuh."

Musuhilah dia dengan taat kepada Allah. Jangan mentaatinya dengan berbuat maksiat. Hati ibarat gedung pertahanan dan syaitan itu musuh yang hendak menyusup ke dalamnya, sehingga menguasai dan memerintah. Tidak mampu menjaga pertahanan dari musuh kecuali dengan menjaga pintu gedung dan celah-celahnya.

Menjaga hati dari godaan syaitan adalah wajib fardu ain. Jika tidak mampu menolak syaitan tapi mengetahui lorong-lorongnya, maka mengetahui lorong-lorong itu adalah wajib. Sebagai hamba, lorong dan pintunya adalah banyak, antaranya marah dan syahwat. Marah merupakan belenggu akal. Jika akal lemah pasukan syaitan akan menyerbu. Banyak kemarahan seseorang itu adalah permainan syaitan seperti anak kecil bermain bola. Dan telah tersebut bahawa Ba'dhul Auliya berkata kepada iblis, "Perlihatkan kepadaku bagaimana engkau mengalahkan manusia?". Iblis berkata," Aku mengalahkannya ketika marah dan berkeinginan." Lorong lain adalah kerakusan dan tamak. Boleh jadi kerakusan itu membuat seseorang tuli dan buta ketika syaitan mengoda menawarkan segala cara untuk mencapai keinginannya meskipun cara itu mungkar dan keji.

Lorong lain adalah kenyang makan meskipun halal. Sebab kenyang akan menguat nafsu syahwat sebagai pedang syaitan. Telah dirawikan bahawa Nabi Yahya A.S. nampak Iblis membawa penjerat lalu Nabi Yahya A.S. bertanya," Ya Iblis, penjerat apa itu?" Iblis berkata," Inilah syahwat kupakai menjerat manusia." Nabi Yahya A.S. "Adakah aku akan dijerat". Iblis menjawab," Jika kamu kenyang, kuberatkan kau dari solat dan zikir". Nabi Yahya A.S. bertanya lagi,"Adakah selain dari itu". Iblis menjawab," Tidak". Lalu Nabi Yahya A.S. berkata, "kerana Allah semata, perutku takkan kupenuhi makanan selamanya". Iblis juga berkata," Demi Allah, aku akan menggoda manusia disepanjang hayatnya."
Ya Allah janganlah Engkau kuasakan syaitan menguasai manusia dan menghasut kami. Tolonglah kami untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu...amin.
Sumber: Penenang Jiwa (Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub-Imam Al-Ghazali)

5 ulasan:

^inas^ berkata...

"Jika kamu kenyang, kuberatkan kau dari solat dan zikir.."

solat zohor dulu baru g lunch la kan.. nnti kenyang, mesti nak lepak2 sat.. smpi lewatkan solat ke hujung waktu..

salam ramadhan ummi!!!!

Dida... berkata...

Salam..

Time berbuka puasa pun sama... kalau makan kenyang sangat.. nak gi terawikh pun rasa berat je... pernah juga alami perkara tersebut... tp suami saya agak tegas.. jd pergilah juga dalam pada malas & mengantuk disebabkan kenyang itu...

Jadi lepas ni, kena ingat.. makanlah sekadarnya.. jgn mengikut nafsu jika tidak ingin mengikut telunjuk Syaitan..

Terima kasih kak & selamat menyambut bulan Ramadhan yg penuh mulia ini...

shaniza berkata...

To inas..
Tau tak pe...he..he..he.
Lepas ni tak ade lagi makan siang, kecuali time 'uzur'..kena sorok2 pula..
Selamat berpuasa dan selamat berpesta ibadah...

To Dida..
Bersyukurlah kerana ada suami yg boleh membimbing. Kita ni kadang kala lalai terutama lepas berbuka, nk layan kerenah anak satu hal.. anak tekak pun satu hal..
Sama-samalah kita saling ingat meningati..mudah-mudahan Ramadhan ini memberi kita kekuatan menundukkan nafsu dan bisikan syaitan..insyaAllah.
Selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan ibadah...

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

ingatlah bahawasanya syaitan adalah musuh kita yg nyata.. pelbagai cara yg akan digunakan untuk mengajak kita sama ke tempat persemadiannya kelak di akhirat.. na'uzubillah min zalik

salam ramadhan ummi sha :D

shaniza berkata...

Ya..syaitan dah bersumpah di hadapan Allah nak sesatkan seberapa ramai yang boleh.. mudah-mudahan kita dilindungi Allah dari tipu daya, gangguan dan godaan syaitan.
Selamat berpuasa Ramadhan.. sini, puasa bermula hari sabtu.