Khamis, Ogos 06, 2009

Kisah Hantu di Malam Jumaat.

Orang kata malam Jumaat elok le buat amal ibadat...jangan merayau malam-malam, takut hantu ikut pulang. Hantu ni pun banyak spesisnya. Kat bawah ni ada beberapa jenis hantu yang aku dapat 'cekup' dalam sebuah blog kisah jenaka...

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya.......kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjenguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang.....kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak...Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang perempuan yang kejam, hobinya menanggalkan poster atau bendera. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan semua bendera atau poster pilihanraya tak kira dimana jua. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari.....Penanggal'. Dilaporkan hilang ketika menanggalkan bendera pilihanraya terbesar yang terletak dipuncak Genting Highland... sekarang selalu kedengaran hilaian ketawa dipuncak bukit tersebut..

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita...kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, mulanya orang yang suka main Komputer surf internat sampai 24 jam hingga tak ingat dunia. Disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,..........komputer,komputer...akhir sekali di sebutlah hantu KOM-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja.... sama la macam korangggg!!!! hehehe =)

8 ulasan:

Idalara berkata...

mak oi...niza ni citer pasal hantu pulak mlm2 jumaat ni..
kak ida ni dah le kerap tggal sorg2..tp so far ni kak ida masih berani..Allah ada di hati so mst berani.

shaniza berkata...

Alahai kak ida, cerita hantu lawak je.. jgn takut la sbb hantu tu pun makhluk Allah. Jika dalam hati kita hanya ada Allah, hantu pun takut..:))

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

hahaha..
kelakar la ummi sha ni :D

pelbagai hantu.. kat sini.. xderla citer2 gitu.. tp dulu time kat mesia, time sek n univ.. adeh, smpi takut gi tandas.. hehe

hmm.. student malaysia di jordan ni sihat2 semua... alhamdulillah.. xder dgr brite ttg jangkitan tu

shaniza berkata...

To Norullisza..
he..he..dh habit ummi sha..
kanak2 memang takut hantu sebab org dewasa suka sakat atau takut2kan dengan pelbagai cerita hantu.. tv pun dok tayang cite hantu.
Alhamdulillah jika semuanya sihat tanpa H1N1...

REENAZ berkata...

Shaniza,
Laaaaaa ingatkan citer hantu yg kat siri KELIWON tuhhhh!!!! Arituh balik M'sia sempat layan citer keliwon tuh!Hantu dier kelakau arrr....hehehehehe....

shaniza berkata...

he..he..hantu joke je..
saya jarang tengok TV, jd tak pernah tengok siri tu..
skrg ni tengah hangat cite ceplos, tp saya tak tengok pun..

bibisarahazira berkata...

betul juga kata awak.... saya ni dok tanah merah kelantan alamat:jalan ismail petra.... nama saya bibisarah azira...umur saya 10 tahon baru darjah 4.... saya tuisyen kat yuza muri la kat kelantan... lepastu saya dengar ramai orang cakap kat tuisyen yuza murnisaya tu ada hantu .... cikgu ada kawan saya kata ada cikgu kena rasuk kat yuza murni...betulke...ha...

Tanpa Nama berkata...

betul ke cite ni??