Free Website Translation

Sabtu, Julai 11, 2009

Pokok Bogak Pokok Berharga


Pokok Bogak atau Cycas Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Pada masa ini cycas adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati.. Bagaimanapun terdapat nursery yang menjual pokok ini pada harga yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan harga spesies ini melambung tinggi.

Pokok bogak ini tidak boleh diambil sesuka hati dari dalam hutan kerana ia adalah menyalahi akta perhutanan dan sesiapa yang tertangkap boleh dikenakan denda. Tetapi jika pokok ini telah ada di rumah atau nusery, maka akta perhutanan ini tidak boleh dikenakan kepada pemiliknya. Inilah yang menyebabkan ada orang yang sanggup masuk ke hutan mencari pokok ini kerana mereka tahu jika pokok ini telah di bawa turun dari hutan dan ditempatkan di nursery atau rumah, mereka terlepas dari membayar denda.

Jika begini keadaannya, kepupusan pokok ini mungkin tidak dapat dikawal lagi. Berkemungkinan satu hari nanti, pokok ini hanya tinggal namanya sahaja jika tiada tindakan tegas dan pengawalan yang ketat. Sebelum ini pokok 'Kangar' dan pokok 'Perlis' telah mengalami kepupusan dan tidak ada lagi contoh untuk dilihat. Mungkin masyarakat tidak peka akan hal ini dan faktor kewangan yang agak lumayan menjadi buruan sesetengah orang memburukkan lagi keadaan.

Kawanku pernah mengalami kehilangan pokok berharga ini yang telah ditanamnya sekian lama di dalam pasu. Ada pencuri yang datang dengan lori kecil mengangkut beberapa jenis tanaman di rumahnya. Bayangkan, pencuri mencuri disiang hari dengan menggunakan lori pula!..dan di kawasan kampung pula tu..alahai apa nak jadi dengan negara kita ni. Apa saja yang boleh dijual, habis diangkut. Kalau zaman aku kecil dulu, orang mencuri ayam diwaktu malam...curi ayam adalah yang paling popular di kampung pada masa tu. Tapi sekarang orang tak curi ayam lagi, tapi curi pokok pula.


Ini bukanlah pencuri pokok bogak, tetapi merupakan peminat pokok tersebut.

3 ulasan:

inc3 berkata...

salam,

mahalnye pokok bogak ni.padanla pencuri pokok sanggup bwk lori.duit punye pasal,ape pun org sanggup.halal haram belakang kire.berkat agaknye rezeki dia rase.nauzubillah.

Dida... berkata...

First time dengar nama pokok ni.. tak sangka pulak ada pokok yg berharga ribu riban...

Saya mmg tak pakar pasal pokok2 ni.. tp sesekali baca tentang pokok.. menarik jugak ya... ada juga pokok yg pupus ya... ish2.. nampak sangat saya ni buta ilmu ttg pokok...

shaniza berkata...

Linda..
Waalaikumusalam. Duit punya pasal manusia sanggup buat apa saja. Aman dunia jika semua orang taat pada perintah Allah..mungkin satu hari nanti, insyaAllah.

Dida..
Pokok ni tumbuh di kawasan utara semenanjung saja. Banyak dah pokok yang pupus..maklumat ni pun saya dapat dari pegawai perhutanan.