Khamis, Julai 09, 2009

MENGENAL ALLAH SWT.

Firman Allah dalam surah Muhamad ayat 17 : Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayat petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertakwa.

Dalam kitab dikatakan, awaluddin makrifatullah (awal-awal agama ialah mengenal ALLAH). Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH SWT, segala amal baktinya tidak akan sampai kepada ALLAH SWT. Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat, baik yang berbentuk fardhu maupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi, baik yang berbentuk haram maupun makruh, merupakan persembahan yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT. Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala persembahan itu tidak akan sampai kepada-Nya. Ini berarti, sia-sialah segala amalan yang kita perbuat. Bagaimana hendak mengenal ALLAH SWT? Carilah guru mursyid yang dapat membimbing kita mengenal ALLAH SWT. Dengan jalan (Tarekat) sahajalah kita dapat mengenal ALLAH SWT. Berikut adalah kupasan yang telah aku ambil daripada beberapa orang ustaz.

Istilah syariat hendaklah diberi definasi yang lengkap dan benar. Syariat mengandungi tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat bukanlah sesuatu yang di luar syariat atau lain daripada syariat. Tindakan mengasingkan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat menjadi jalan menjalarnya kekeliruan dalam masyarakat. Kaum Muslimin haruslah sedar bahawa tarekat adalah satu bahagian daripada syariat. Demikian juga hakikat dan makrifat. Syariat adalah umpama air yang mengalir dan menghidupkan tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat yang tidak dibasahi oleh air syariat adalah umpama pokok yang ditanam di atas batu, tidak ada air menghidupkannya. Syariat adalah umpama nyawa yang memberi kehidupan kepada tarekat, hakikat dan makrifat.

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu, kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhanmahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

Tarekat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqatwajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tarekat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokokyang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan syariat itu hingga ia naik ke peringkat tarekat, yakni ia menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tarekat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqamredha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yangberbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atauperubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tarekat yang dibuat dengan faham dan dihayati.

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al Arifbillah.

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tarekat itu terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat dan tarekat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana ia hanya melibatkan usaha lahir. Kesempurnaan syariat adalah gabungan lahir dan batinnya.

Orang yang telah mencapai tingkatan makrifat , Allah SWT ilhamkan jalan yang mampu membawanya ke arah kecemerlangan agar dia dapat menempuhnya dengan mudah. Dia juga akan Allah SWT ilhamkan kepadanya jalan yang membawa kemusnahan agar dapat dia hindari sebagaimana Firman Allah SWT :“Maka Allah ilhamkan kepada jiwa itu, jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang –orang yang mensucikan jiwa (nafsu) nya itu . Dan sesungguhnya merugilah ( celakalah ) orang yang mengotorinya.” As Syams : 8 - 10..

Orang yang memiliki makrifat inilah yang dinyatakan sebagai orang yang mengenal Allah SWT dengan mata hati, ainul yakin. Orang yang sebeginilah yang diisyaratkan sebagai memiliki sifat yang disebut dalam Al Quran :Al Anfal : Ayat 2-3 : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal. (yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka.

6 ulasan:

zul berkata...

hrm.. tentu perjalanan mengenal Allah ni penuh ddengan dugaan ye?

shaniza berkata...

ya..Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan hamba itu sendiri agar hambaNya itu dapat mendekati dan mengenaliNya.

Tanpa Nama berkata...

Awaludin makrifatullah
Nak kenal Allah mesti ada guru yang mursyid.
Apa hubungan Guru yang mursyid tu dengan Allah Taala.

Mohd Aminudin berkata...

ntah apa dia yer,,,boleh laa kongsi cikit..?

"Ibnu Mohamad" berkata...

Hubungan guru mursyid dengan Allah swt tetap hubungan antara hamba dengan Yang Maha Pencipta. Cuma guru yang mursyid ini adalah guru-guru yang pernah merasai sendiri perjalanan di dalam mengenal-Nya. Dari pengalaman beliau lah kita belajar cara bagaimana untuk mengenal Allah swt. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Seawal Agama mengenal Allah...ingatkan kan mengucap dua kalimah Syahadah...jahil sungguh yer org islam kita sekarang..Terbatal semua rukun Islam kepada yg tidak mengenal Allah SWT! Haram Dunia ini untuk anda. Mati anda tiada dlm Islam.Faktanya, bagaimana anda mengucap jika Allah SWT pun anda tidak mengenalinya. Kenapa tidak dinyatakan Seawal Islam mengenal Allah? Inilah bezanya apa itu agama dan apa itu Islam..sesungguhnya kita sentiasa dalam kesesatan.Masalah orang islam kita dimasa kini..tidak diambil berat pekara yg perlu diketahui dahulu terus mengejar rukun Islam.Apabila anda meninggalkan perkara yg dituntut maka lagi kamu mencarinya bertambahlah kesesatan kamu.