Sabtu, Mei 23, 2009

Amalan Pemakanan

Aku ada pinjam buku pasal "panduan diet mengikut jenis darah: A, B, AB dan O" di perpustakaan. Depan kulit buku tu kata,"terbukti berkesan" dan ada testimoni orang yang mengaku dah berjaya mengatasi masalah kesihatan dengan mengamalkan panduan diet tu, di belakang kulit buku tu.

Aku pun teruja juga sebab masalah kesihatan yang aku alami ada juga si testimoni kata boleh selesai dengan amal diet ikut jenis darah. Kebetulan si testimoni tu, kumpulan darah dia sama dengan aku..B. Mula tu nak percaya juga tapi bila aku cari info lain, aku rasa panduan makan ikut sunnah Rasulullah S.A.W adalah yang terbaik...

Ni info yang aku dapat: Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.

Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf kerana ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.

“Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan. Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein. Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan.”

Hmm..rasanya apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W adalah panduan terbaik yang perlu kita ikuti dan amalan permakanan Rasulullah S.A.W merupakan amalan yang terbukti berkesan untuk mencegah penyakit yang berpunca dari pemakanan. Rasulullah S.A.W tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.

Saintis menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Di antara amalan yang dilarang:
1. Makan SUSU + DAGING
2. Makan DAGING + IKAN
3. Makan IKAN + SUSU

4. Makan AYAM + SUSU
5. Makan IKAN + TELUR
6. Makan IKAN + DAUN SALAD
7. Makan SUSU + CUKA
8. Makan BUAH + SUSU (contohnya :- KOKTEL)
9. Makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI
10. Meninggalkan MAKAN MALAM(Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda)
11. Makan MAKANAN DARAT + MAKANAN LAUT
12. Makan sebarang ORGAN DALAMAN (contohnya:- HATI)
13. Makan MAKANAN RAPU (contohnya:- coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker,burger, naget, sausage)
14. Minum MINUMAN BERGAS
15. Makan JERUK-JERUK KERING dan BASAH


Di antara amalan yang digalakkan:
1. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
2. Makan BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
3. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik(Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul)
4. Minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi
5. Makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari(Ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. *enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
6. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit
7. Makan buah delima dan epal hijau


2 ulasan:

inas berkata...

"Makan MAKANAN DARAT + MAKANAN LAUT" - oh, makanan feveret ku, tomyam! dlm nye ade ayam, daging, udang, sutun.....

shaniza berkata...

he..he..makanan ku juga..
tu lah sebabnya sistem badan pun dah terganggu.